Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Wednesday, March 28, 2012

Post #107 : Melepas rasa


Bila lihat raut wajah kamu,
Aku sekadar meneka,
tidak dapat menyeka,
kesedihan yang masih mengalir di hati kamu.

Biar tak terlihat di luaran, namun saya sekadar meneka.

Aku tau kamu amat tabah.

Getir hidup tak buat kamu lemah.
biar jatuh terduduk,
bangun,
tersembam,
tersungkur,
kamu tetap insan kuat di mata saya.

Kamu istimewa,
kerana sesekali aku tau,
ada masa kamu sekadar melepas rasa.

Rasa yang sekian lama kamu tanggung.

Tuesday, March 27, 2012

Post #106 : Pinjam meminjam



Assalamualaikum. Hari ni permulaan bekerja untuk minggu ini. Semalam? Cuti. Oh, saya aje yang bercuti. :-)
Diharap semua dari kita sentiasa sihat dan ceria, sentiasa di bawah lindungan payung rahmat-Nya. Sedari mula bergerak nak ke ofis dari rumah, sambil memandu, tangan ni sibuk menekan punat stesen radio, sekejap Sinar FM, sekejap Suria FM, sekejap IKIM FM, sekejap-sekejap ke Hot FM. Alih-alih saya tertarik dengan topik yang dikeudarakan di Sinar FM pagi ni. Berkenaan "Pinjam Barang, Tapi Tak Reti-Reti Nak Pulang" (ok, saya ada tokok tambah sedikit tajuk topik tu...:P).

Lebih kurang sejam memandu ke ofis, banyak panggilan dari pendengar menceritakan kisah mereka meminjam barang dari orang, tetapi masih tak pulang-pulang sampai sekarang. Antara yang menarik :-

Kisah 1 (Tudung bawal)
Kisah seorang perempuan, yang meminjam tudung bawal dari ibu saudaranya sejak 7 tahun lepas tapi masih tak pulang-pulang sampai sekarang. Yelah, sekarang ni tudung bawal dah dikira old fashion dah, tak macam 10 tahun yang lepas, tudung tu lah paling in sebab selalu student U selalu pakai waktu pegi ke kelas. Tudung bawal pun faveret kakak-kakak saya, sampai sekarang menimbun-nimbun kat rumah. Al-kisahnya dia (si peminjam) kata, dari dia takde anak, sampai dia dah ada 3 orang anak, masih tak pulangkan lagi tudung tu kat makcik dia. Katanya lagi, tudung tu masa dipinjam warna pink nya masih cantik lagi, sekarang dah macam tak warna pink, dah lusuh...Fuuu..teruk kan...hahaha. Eloklah dia hadiahkan makcik dia tudung baru je.. :-)

Kisah 2 (Pengasah pensel)
Yang ni lagi dahsyat. Pemanggil ni seorang lelaki. Dia kata dia pernah pinjam pengasah pensel (sharpener) dari rakan sekelasnya semasa dia Darjah 4. Tapi sampai sekarang masih tak pulangkan lagi kepada rakannya tu. Bila ditanya umurnya berapa sekarang...dah 31 tahun weh... bayangkan la...dah lebih 20 tahun pengasah tu dia pinjam, tak tergerak hati nak pulangkan kat rakan dia tu. Padahal dia sendiri mengaku setiap kali tengok pengasah tu kat rumah dia, mesti dia teringat kat rakan dia tu. Katanya lagi, rumahnya dengan rumah rakan dia tu takla jauh pun. Cuma...dah dia sendiri pun tak tergerak hati nak pulangkan pengasah tu. Dah berkarat dah pun. Baiklah dia belikan pengasah baru yang style cucuk pensel, pastu pusing2, yang canggih sikit tu...Mesti berbaloi-baloi bila dia pulangkan kat rakan dia tu..

Kita sendiri sebenarnya kadang-kadang bila pinjam barang orang lain, sampai terlupa nak pulangkan semula. Sampai terlupa apa yang kita pinjam. Lebih teruk kalau kita sedar, kita pinjam barang orang lain, tapi still taknak pulangkan balik, atau lebih tepat dah jadi macam harta sendiri. Saya pun kadang-kadang pinjam buku library, liat je nak pulangkan...Macam sekarang, buku library kat rumah ni masih tak pulang-pulang lagi. Time pinjam nak cepat, time nak pulang, bertangguh-tangguh, liat sungguh.....

Wallahu'alam.

Friday, March 23, 2012

Post #105 : Sotong Goreng Kunyit

Saya jarang buat entri pasal resepi masakan. Sebenarnya godek-godek kamera, hari tu ada ambil gambar sotong goreng kunyit yang saya masak. Saya kalau masak suka yang pedas. Resepi ni simple sangat. 

Bahan- bahan (untuk 4 orang makan)

6-7 ekor sotong (saiz sederhana)
Garam (letak la ikut sedap rasa)
Serbuk lada (1 SK)
Serbuk kunyit (1 SK)
1 biji lada besar (dihiris nipis atau besar..suka hati ler)
1 ulas bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (diketuk)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Bersihkan sotong dan potong kecil-kecil (seperti dalam gambar...huhu)
2. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Masukkan 3 SB minyak dan panaskan kuali.
4. Tumis bawang putih dan lada besar. Agak dah naik bau, masuk la sotong tu.
5. Masukkan bawang besar. Nak lagi pedas, masukkan serbuk lada, kalau tak lada besar tu dah mencukupi.
6. Sotong jangan masak lama2. Nanti jadi liat tak sedap. (dalam 4-5 minit je, pastu tutup api dapur gas tu).
7. Settle masak. Bersihkan dapur semua ye. Baru boleh makan dengan seronok.


Ni la sotong goreng kunyit versi koi...huhuhu

Thursday, March 22, 2012

Post #104 : Alya

Alya

Gambar anak saudara saya yang sulung, sekarang Alya dah pun 7 tahun (2012). Seingat saya foto yang saya ambil ni, ketika Alya belum pun sampai setahun usianya. Saya lukis potret ni tahun 2010 cuma kecuaian saya tak mencatat tarikh ia dilukis.

Alya bagi saya anak saudara yang baik, kadangkala ada masanya buat perangai juga..hehehe...sangat sukakan budak-budak dan dialah cucu sulung keluarga saya. Alya sangat suka mewarna dan melukis, kerana itu tiapkali dia akan meminta saya mengajarnya melukis dan mewarna. Alya kuat berlari. Baru- baru ini, Alya dapat no.8 bagi tahap 1 (darjah 1-3) berlari merentas desa di sekolahnya. Memang kulitnya dah semakin gelap, gara-gara di rumah Alya kuat bermain di luar rumah bersama dengan adik dan sepupu yang kebanyakannya lelaki.

Alya budaknya kadang-kadang bila merajuk, suka menyorok. Saya sayangkan Alya, sama seperti semua anak-anak saudara saya. Dialah yang pernah saya jaga ketika saya cuti semester, dialah yang membuatkan saya kapal terbang kertas ketika saya bangun dari tidur. :-)

Post #103 : Doakan Saya


Sumber gambar : Cahaya Islam

Saya akui saya sudah menghampiri alam 30-an dan kalau umur panjang bye-bye lah alam 20-an. Saya tak tahu nak mula dari mana. Cuma saya sekadar tersenyum bila memikirkan soal jodoh.

"Bila nak kahwin ni?"
"Kawan-kawan awak dah ramai kahwin, awak bila lagi?"
"Dah ada calon ke?"
"Jangan tunggu lama-lama, nanti orang taknak."

Itulah antara ayat-ayat dan soalan klise yang biasa ditanya kawan-kawan dan orang sekeliling bila bertemu mereka. Saya tidak rimas. Memang pun baik kaum Adam mahupun Hawa, lazimnya selepas SPM, akan sambung belajar, atau bila lepas SPM terus kerja. Bagi yang sambung belajar, soalan sebegini tidak ditanya lagi. Selepas tamat belajar, dah mula bergaji sendiri, mulalah mak abah, makcik, pakcik, tok wan di kampung, kawan-kawan sekerja, kawan-kawan sama sekolah, kawan-kawan sama universiti bertanya soalan keramat tentang KAHWIN dan JODOH.

Saya tidak terlepas dengan hujanan soalan tentang soal jodoh sejak 2 3 tahun kebelakangan ini. Saya biasakan mulut menjawab, jodoh belum berjumpa, doa-doakanlah.

Saya akui ada juga antara rakan-rakan yang cuba-cuba untuk memadankan saya dengan seseorang yang mereka kenal. Tapi setakat ini belum menjadi. Saya rasa kahwin itu sangat besar tanggungjawabnya. Tapi tiada alasan untuk saya mengatakan BELUM bersedia.

Saya pernah istikharah, dan berserah pada Dia. Mungkin usaha saya tidak seberapa. Namun saya tidak pernah menyalahkan sesiapa jika jodoh saya belum sampai. Saya tidak berani bercakap soal CINTA, kerana itu terlalu luas skopnya. Saya tidak berani menghurai lanjut CIRI-CIRI jejaka idaman, kerana saya tidak pernah meletakkan syarat menyukai dan menyenangi mana-mana lelaki.

Saya tidak menyalahkan sesiapa jika tiada lelaki menyenangi dan memiliki hati saya. Kerana TAKDIR itu datang dari Allah. Sepahit mana pun ketentuan Dia, seboleh-bolehnya saya tetapkan hati terima dengan berlapang dada.

Saya tidak mahu menggunakan istilah menerima dan menolak cinta. Saya tidak arif dalam mentafsir cinta sesama manusia, apatah lagi mentafsir CINTA HAKIKI milik Dia.

Soal JODOH SAYA, saya serahkan pada Dia. Saya berusaha dan akan berusaha, tapi jika sudah ada jalan yang ditentukan Dia buat saya, saya terima. Saya berkahwin atau tidak, mudah-mudahan saya bahagia. InsyaAllah... Buat famili tercinta, buat kawan2, buat sesiapa yang kenal saya, bertanya selagi mana anda suka, saya tak pernah marah. Saya jawab sejujurnya, DOAKANLAH saya. Mana tahu mungkin satu hari kita berjumpa, anda sudah melihat saya menggenggam erat jemari suami di sisi, mungkin juga dengan putera dan puteri saya sendiri. Sekian. :-)

Post #102 : Kenapa Cik Kaktus?

1. Kenapa Cik Kaktus?
Saya sendiri tak berapa ingat sejak bila saya menggunakan nick Cik Kaktus ni. tapi sekitar awal 2007 mungkin. Kenapa Cik Kaktus? Ada apa dengan kaktus? Kenapa bukan bunga ros ke, bunga seri pagi, bunga matahari ke, bunga tahi ayam ke, buah rambutan ke, durian ke? kenapa kaktus?

'Cik' tu dipilih sebab melambangkan saya seorang perempuan. Namun kalau ditanya kaktus tu, saya sendiri tak tahu nak jawab macam mana. Saya memang sukakan kaktus, kerana sifat kaktus itu sendiri yang boleh survive hidup di tempat yang kurang air atau lazimnya di padang pasir. Kalau di mata kasar, tiada yang istimewanya kaktus ni, tidak indah pada pandangan pertama, bahkan jarang sekali kita menyamakan keindahan kaktus dengan bunga-bunga lain. Tapi dalam mata saya, kaktus sangat indah. Mula-mula rasa tak cantik, bila taip kaktus kat Google Images, maaf saat itu agak keterlaluan menyanjungi kaktus.

2. Cik Kaktus, bunyinya macam ada kena-mengena dengan hidup sendiri.
Saya membayangkan ingin menjadi sekuat kaktus. Saya pernah kecewa dalam banyak hal, dalam masa sama, saya banyak mengecapi kegembiraan. Justeru, saya tidak percaya jika ada di antara kita mengatakan hidupnya sentiasa gembira, sentiasa berjalan lancar dan tak pernah diduga. Saya berharap saya menjadi lebih kuat, lebih sabar, lebih berlapang dada menerima ujian dan dugaan hidup. Macam kaktus! :-)

Oklah, entri ini sangat bosan, ya saya tau...hahaha. Saya tengah mencari ramuan menjadi penulis entri yang santai untuk dibaca.

Monday, March 19, 2012

Post #101 : Siri mimpi

Malam semalam...saya didatangi 3 mimpi yang pelik.
Mungkin siang harinya, saya seharian berjalan, melihat binatang.
Malam pula, seawal jam 9.30 dah tidur.

Begini mimpi saya...

Mimpi 1
Situasi adalah di musim banjir. Ada 3 orang lelaki dewasa, tidak berbaju. Mimpi bermula dengan mereka sedang memanjat pencawang elektrik. Dalam mimpi saya, mereka tidak berniat mencuri kabel elektrik. Mungkin mereka pekerja upahan syarikat yang membekalkan elektrik untuk membetulkan pencawang elektrik berkenaan. Tiba-tiba salah seorang dari mereka terkena renjatan elektrik yang kuat, dan hampir tidak sedarkan diri. Terus dia dipapah turun oleh 2 rakannya. Semasa dipapah, dia sempat memandang kedua-dua rakannya itu dan seolah-olah berbisik sesuatu, dan selepas itu terus meninggal dunia. Mimpi saya tergantung di situ.

Mimpi 2
Situasi adalah di waktu hampir maghrib, sekitar jam 6.30 petang. Saya berjalan kaki dan dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba dalam perjalanan, saya terserempak dengan seorang kenalan pejabat di hadapan sebuah sekolah mengajar bahasa arab yang terdapat di kampung saya. Kami saling menyapa dan asyik berbual.

Tiba-tiba saya sedar yang hari dah hampir malam dan azan maghrib akan berkumandang tak lama lagi. Saya terkocoh-kocoh menelefon emak untuk memberitahu yang saya hampir sampai ke rumah. Emak menjawab, "Jangan balik lagi, sebab Tok (Datuk) awak dan jiran kita sedang memburu harimau. Ada orang nampak harimau dekat kawasan rumah kita ni!. Nanti mak telefon awak atau suruh sesapa jemput awak". Talian dimatikan. Perasaan saya ketika itu, hendak teruskan saja perjalanan memandangkan hari hampir gelap, saya pula berseorangan berjalan kaki. Tetapi teringat pesan emak, tunggu sehingga emak menelefon semula atau ada yang datang menjemput. Saya berfikir macam-macam, takut dan risaukan keselamatan keluarga di rumah. Saya terjaga dari tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, terus beristighfar dan perasaan takut itu membuatkan saya terbawa-bawa hingga ke pagi tadi. Manalah tau kalau-kalau betul yang 'harimau' itu benar-benar muncul di kawasan rumah saya.

*Untuk pengetahuan, emak saya pernah memberitahu kami, sebelum kampung saya tu diwujudkan, kawasan tersebut ialah laluan sang raja rimba itu. Arwah Tok saya juga dah lama meninggal dunia, dan arwah adalah antara pengasas kampung saya tu.

Mimpi 3
Situasi di dalam rumah. Saya bermimpi bertemu arwah Wan (nenek) saya. Dia duduk tersenyum di tengah rumah, sambil mulutnya mengunyah sirih. Mungkin saya terlalu rindu melihatnya begitu.

Mimpi yang saya alami kadang-kadang buat saya mentafsir sesuatu yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kadang-kadang sangat berkait rapat. Ajaibnya mimpi.

Post #100 : Wordless Monday

Malas nak tunggu sampai Rabu untuk Wordless Wednesday...