Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Wednesday, May 27, 2009

Post #61 : Bersabar


Tadi al-kisahnya aku telah bersua dengan classmate aku masa degree, Puan A. Kami sama2 join visit yang dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) ke MATRADE kelolaan J/kuasa Perpustakaan Khusus.

Rombongan dari opis kami yang pertama sampai. Rombongan ini tak de kenderaan yang disediakan untuk mengangkut kami2 ni. Jadi terpaksalah aku pergi dengan akak2 dan bos aku naik kete diorang. Sampai je kat MATRADE kami terus dibawa ke tingkat 5 untuk sedikit penerangan tentang organisasi dorang. Pada masa tu lah aku jumpa dengan Puan A ni. Rupanya dia bekerja sebagai pegawai (Gred 41).

Bestnye rakan aku ni dah dapat gred 41. Yela, sebab aku masih makan gaji dengan gred 27. Dengarnya kawan2 aku dah ramai yang dapat keje gred 41. Yalah, walaupun dah dekat 2 tahun grad, ramai juga berjaya dapat keje kerajaan dengan gaji degree. Dan aku masih di tahap diploma.

Aku harus bersyukur, walaupun dah banyak keje yang aku apply, tak dapat apa yang aku idamkan. Tapi ofis aku skang ni sanggup terima aku. Ya mungkin rezeki aku masih kat sini. Jangan ingat penah jadi best student,  keje sentiasa menanti kita. Aku rasa ramai yang rasa situasi cam aku. Alah, tak kronik, cuma aku agak kecewa dengan diri sendiri. Imbas balik dengan sedikit sesalan, selesai praktikal, Ketua Program kos aku dulu penah tawarkan untuk mengajar 'cataloging' di UiTM. Benar kata orang, bila peluang dah ada, jangan ditolak.

Jawapannya, tak perlu cari jauh2.. mak aku pernah pesan..BERSABAR.... Tiap orang jalan hidupnya berlainan, begitu juga rezekinya tak sama. Seperti contoh, aku ada degree, dan kawan aku pun ada degree. Tapi mungkin aku harus melalui banyak step untuk dapat segenggam ijazah. Dan mungkin kawan aku, jalannya telah ditentukan mudah untuk dia dapat degree dia tu.

Mungkin aku tak dapat apa yang aku nak sekarang. Esok atau akan datang, Allah akan beri aku peluang, atau mudahkan jalan untuk aku amik Master pulak.. Amin...

Bersabar...

Friday, May 22, 2009

Post #60 : Mengalah


Aku mengalah. Aku bukan yang terbaik. Dan hakikat itu sememangnya begitu. Tiada insan di dunia ini dilahirkan untuk menjadi terbaik. Tap-tiap orang ada walau sekelumit kekurangan, walau hakikat luaran telah menjadi atau diangkat terbaik di sisi semua orang. Namun, tidak dapat lari dari kelemahan yang dapat dilihat Yang Maha Pencipta.

Aku mengalah lagi. Kerana aku belum cukup bagus untuk memuaskan hati kamu semua. Maafkan aku. Dan seharusnya doakan aku menjadi kesukaan dan kesenangan buat hati2 yang pernah runsing, risau, sakit dan marah atas segala yang ada pada aku..

Ya Allah...maafkan aku.

Wednesday, May 20, 2009

Post #59 : Teknologi melindungi orang ramai dari 'terrorists'

Semalam aku ada menuntun rancangan RTM 1 di waktu maghrib (hehe..). Tajuknye aku tak ingat, tapi National Geographic (special).

Berkaitan teknologi terkini untuk protect diri drp pengganas2..Mmg menarik pada aku, sebab aku t'lekat' kat dpn tv 1 jam dr awal smpai la tamat rancangan tu.

Ia berkaitan teknologi yang digunakan dalam kapal terbang yang boleh buat 1 protection sheild utk mengelakkan dari kena sasaran misil pengganas2 tu, menggunakan alat yang ala2 mcm kotak hitam la. Isyarat akan dihantar pada kotak hitam tu menunjukkan plane tu dah ditarget, n bila pengganas tu melancarkan misil dorang, kotak hitam tu dah siap2 wat shield utk cover badan plane tu, n bila je misil tu kena pd gelombang shield tu, automatically plane tu akan kuarkan fire2 la yg akan mengelirukan misil tu dr menjejak n menjahanamkan plane tu. Yang payahnye, nak apply teknologi ni mahal sebab utk satu plane je dah makan kos 1 juta USD.

Lepas tu citer lak tentang penggunaan sistem keselamatan yang dipasang kat public transport terutamanya bas2 awam. N case study tu kat Israel, pasal kat Israel tu their main public transport ialah bas, dengan 3,000 buah bas utk kegunaan harian rakyat dorang yang berjumlah kira2 1,000,000 (sejuta).

Apa yang menarik ialah satu sistem keselamatan akan dipasang di pintu bas, yang mana sistem ni trace sama ada penumpang yang akan naik bas tu ada bawak TNT ke,or benda2 yang mencurigakan sebelum dibenarkan naik bas tu. Kalo penumpang tu didapati bawak benda2 terlarang or membahayakan keselamatan sekeliling, automatically 2 layer pintu bas akan tertutup. Layer pertama adalah bertujuan melindungi kaca pintu bas (layer kedua) tu dari pecah jika 'terrorist' tu meletupkan bom or baling batu( hehehe). Penggunaan sistem ni macam yang diaplikasikan pada pas utk naik LRT or komuter (secara luaran) yang mane ada palang2 yang perlu dilalui penumpang utk masuk ke dalam bas.(Ekceli focus point die ialah nak menunjukkan simbolik bhwa orang Palestin a.k.a Islam ni terrorist) sebab selalu wat keje mengebom2 ni kat rakyat2 Israel yang sengsara tu.

Kemudian citer pasal teknologi robotic yang digunakan mengganti manusia untuk mengesan, memindah, n memusnahkan bom yang dipasang oleh pengganas2. Teknologinya lebih kurang sama cam sinar-X yg digunakan kat airport, tp lebih advance sebab sinar-X tak boleh nak bezakan 'chocolate bar' dengan plat TNT. Tapi yang ni lebih hebat sebab die leh kesan jenis logam, senang kata, leh bezakan kandungan setiap medium yang diimbas.

Bukan setakat itu saje, malah ada gak robot yang boleh membantu mengesan suspek yang mencurigakan dengan niat menceroboh or mengancam keselamatan kawasan sekeliling. Robot ni boleh bertindak secara automatik (but still with under human control) utk memberi amaran kepada suspek dan tanpa belas kasihan menyerang dengan niat untuk memusnahkan dengan kata lain membunuh suspek yang menceroboh.

Ada gak robot yang leh kesan bahan2 kimia yang kompleks (yg leh mendatangkan bahaya kpda org ramai) seperti contah gas-gas berbahaya (macam serangan gas sarin yg pernah berlaku yg mana membunuh 5,000 org awam). Robot camni sesuai apply kat stadium or kawasan2 orang ramai. So sebelum satu2 event dibuat, contohnye football match; robot ni akan mainkan peranan untuk mengesan sebarang benda yang tak diingini yang mungkin telah diletakkan or dipasang di kawasan stadium utk memastikan stadium tu selamat utk orang ramai.

Macam2 lagi teknologi baru, seperti senapang yang dilengkapi dengan kamera yang membolehkan seseorang tu menembak sasaran di sisi yang lain (maksudnya, sasaran di sebalik dinding yang kita tak nampak). Sebab askar Israel ckp, banyak askar dorang mati kena shoot kat kepala (ni kes jenguk... ).

To be continue....

Tuesday, May 19, 2009

Post #58 : Weng..

Kepala tengah weng..
Semua pasal keje..
Kepala tengah weng..
Keje bertambah2..
Kepala tengah weng..
Keje tak siap2..
Kepala tengah weng..
Nak siapkan keje..

Sambung belajar pun baguih gak ni...Tapi bukan ke kalo study pun weng gak..

Monday, May 18, 2009

Post #57 : My recent DESKTOP WALLPAPER

I've been tagged by my cousin (nana)  on what's my current desktop wallpaper. So here's my part..

1) What is it?
I've used this wallpaper for about a month. Just grabbed it from beanipet blog.

2) Why do you like it?
Just want to put something different for my wallpaper besides off plain Windows XP wallpaper.. hehehe..

3) Please tag to 10 peoples.
Next time la kot..



Friday, May 08, 2009

Post #56 : Sulaman

Hari ni aku join ahli KKB (Kelab K/tangan Bernama) utk kelas sulaman. Kelas ni ada 2 sesi je. Kelas ni dibuat lebih kurang 2 jam 30 minit aje. Itupun sewaktu rehat hari Jumaat (masa rehat lebih panjang).

Hari ini adalah sesi pertama dan Jumaat minggu depan akan dibuat sesi ke-2.
Seronok sgt...!!!

Cantik benor hasil kerja aku kan!!~

Tuesday, May 05, 2009

Post #55 : MAK, IBU, UMI, BONDA, MAMA, MAMI

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku.....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .......mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah..........mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya........mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah......mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu...........mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil..... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu........mak
Bila ada masalah, yang paling risau....... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni........... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.........mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. Aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT............

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup.... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup...... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Aku copy je dari website orang...:-)

Post #54 : Pengajarannya




Aku agak ramai juga antara kite-kite yang dah baca berita tentang seorang mamat kulit putih yang kes tumboh pokok fir dalam perut die.Kalo tak silap kuar dalam Kosmo, bulan lepas.

Kes ni jadi kat Russia tu. Ada sorang mamat tu tertelan biji buah fir, lalu terjadi lah insiden sakit2 dada.Ibarat macam orang lelah..macam sesak nafas..macam mencucuk2.. (pandai2 je aku).
So, mamat dengan rasa gundah gulana dan berkecamuk fikirannya, mamat ni gi kat tuan doktor, maka tuan doktor cakap die nak wat X-ray kat mamat ni..
After wat x-ray, result kuar,tuan doktor cakap positif..mmg positif sebab ada seketul objek bersaiz 5cm dalam paru-paru mamat tu. Rupe-rupenye pokok fir.. terkejut doktor tu menggalabah dan panik beberapa saat sebab tak percaya yang pokok fir dalam paru2 mamat tu masih bernyawa.

Setelah dibawak berbincang, maka tuan doktor bersetuju nak bedah mamat ni, nak kuarkan pokok kenit tu. Sedikit spesimen hati mamat tu telah diambil sebagai hadiah kepada tuan doktor sebab dah kuarkan pokok tu..

* Masa aku kecik2 dulu, kak der aku selalu menyakat aku. Kata die, kalau makan biji pisang, nanti pokok pisang akan tumbuh dalam badan aku. Mungkin la ade benarnya... Jadi kalo kite ni selalu makan biji lada, tak tumbuh lak pokok lada dalam badan kite. Mungkinlah kondisi badan kite tak sesuai untuk pokok lada tu tumbuh, maka tidak hairan lah biji lada akan kuar la bersama najis kite :P.

Kesimpulannye, jangan makan biji2 buah ke, sayur ke, tapi kalo biji mangga tu confirm la takleh nak telan kan, kecuali yang leh dikunyah or confirm senang dihadam. Lagipun kalo dah terlalu taksub makan biji2 sayur n buah ni, nanti sakit apendiks baru tau..

Post #53 : Pasangan ikut adik-beradik

Aku tidak menyokong tilik nasib, ramalan zodiak dan sewaktu dengannya. Cuma bila dibaca, kita jadi tend to know, tend to compare benda-benda tu semua dengan diri kita. Jadi dinasihatkan jangan percaya dan terpedaya ye semua. Ni ha nak cerita sedikit, seorang ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - TengahSudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - TengahPasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu 
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Sekian, untuk makluman semua.

Monday, May 04, 2009

Post #52 : Esok pasti di tangan Tuhan..


Esok pasti ditangan Tuhan..

Bukan aku yang menentukan. Semakin hari aku merasa semangatku bagaikan hilang.



Walau masa merubah segala,namun semakin perit perasaan ini menjalar diri.

Tuhan, akankah aku tenang selalu? Dan akankah selalu bibirku tenang mengukir senyuman? Dan..akankah hatiku seperti selalu tersimpan kepedihan?



Oh Tuhan, lamunanku tak bertepi, seperti hanyut dibuai lautan hati..

Dan akhirnya..

Semangatku bagaikan hilang..