Sudah masuk bulan ke-5 saya di bumi Jengka. Memulakan tugas baru di sini. Di bumi KMTPh, terlalu jauh bezanya dengan Kuala Lumpur. Setidak-tidaknya saya dapat juga kembali ke kampung halaman saya di Temerloh lebih kerap. Jarak perjalanan dari Jengka ke Temerloh lebih kurang 45 minit saja.
Ya, saya dapat berkhidmat di sini atas tiket 'calon simpanan' SPA yang saya pohon sedikit masa dulu. Alhamdulillah syukur. Lebih kurang 5 bulan menanti, pada pertengahan Ramadhan, Ogos 2010 yang lepas, saya terima surat lantikan dari SPA. Setidak-tidaknya keluhan saya juga tidak berpanjangan. Terlalu berharga rezeki yang menunggu saya ni.
Hm..harus diingat juga cabaran juga berlainan. Segala- galanya baru di matrik ni. Suasana kerja baru, dan operasi matrik ini juga masih baru. Bulan Mei 2011 juga bakal menyempurnakan graduasi student batch ke-2 matrik ini.
Kawan-kawan di sini juga sangat baik dan banyak membantu. Moga yang terbaik menanti saya kat sini.
(nota kaki: Sesapa yang sudi or tinggal di area berdekatan boleh jenguk sy kat sini:-
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) Jengka, Pahang :-))