Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Friday, April 03, 2009

Post #39 : Kesinambungan Najib



Terima kasih buat Pak Lah kerana bergelar PM Msia yang ke-5. Banyak jasa Pak Lah pada rakyat Msia. biasa le.. tak semua orang menyenangi pihak pemerintah...tapi harus diingat, kita semua saling bergantung antara satu sama lain untuk menghidupkan Malaysia ni..

Kalau Chedet, Bapa Pemodenan, maka Pak Lah pula apa gelarannye?? Ada juga yang meletakkan gelaran 'Father of Freedom' atau Bapa Kebebasan. Memang sesuai sebab tempoh pemerintahan Pak Lah ni, ketelusan rakyat dalam menyuarakan rasa dan pendapat lebih terbuka, lebih ruang untuk menyalurkan ketidakpuashatian (upss..betul ke istilah aku guna ni) masing2.. dan hasilnya kita dapat menilai bahawa politik Malaysia sedikit goyah apabila mula diberi KEBEBASAN sana-sini. Terselit kebaikan dan keburukan jika kebebasan yang diberi disalahgunakan.


Tahniah buat Najib! Pagi tadi dah rasmi la Najib jadi PM. Berkat Jumaat,istiadat rasmi pelantikan Najib sebagai PM yang ke-6 menggantikan Pak Lah lepas beliau menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO mnggu lepas. Jika sebelum ini PM ke-4 dan ke-5 berasal dari utara, aku bangga sebab PM ke-6 berasal dari Pantai Timur, negeri koi weh... :). Sama macam Pak Lah, Najib jugak Anak SULUNG yang mana kesemua adik-beradik beliau laki-laki. Macam Pak Lah lak, ada la sorang adik perempuan, dan lainnya semua laki-laki..agaknya..PM ni lahir dari along2 ke??..(anak sulung).
Apapun selamat menjadi PM buat Najib, dan selamat bersara buat Pak Lah. hanya bersara sebagai PM, yang lain2 belum lagi kot..
Seperti yang rakyat duk harap moga ada lebih banyak kemakmuran, kemajuan dan kekuatan setiap kali pimpinan baru dibentuk. Tak kira saiz kabinet dikekalkan atau dirombak menjadi lebih kecil, moga2 barisan PM baru, dan kabinet baru kali ni lebih umpphh!!! Amin..

No comments: