Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Thursday, April 09, 2009

Post #40 : Sembuhkan

Ya Allah...berilah aku kesihatan yang baik..
Berilah aku kesihatan yang baik Ya Allah..

Esok aku kena duty jadi urusetia pendaftaran mesy. agung PCKP (Puspanita Caw. Kem. Penerangan), kat Angkasapuri.. Aku taknak, tapi last2 hati aku merelakan aku pergi. Mungkin dengan niat baik aku, nak tambah pengalaman, kerja dengan orang2 lebih senior dengan aku. Sekaligus membuatkan aku lebih bercampur gaul dengan senior2 wanita di BERNAMA ni. Yelah, aku agak mungkin ada 1 2 je staff BERNAMA yang sebaya ngan aku join esok. Ataupun aku dengan team2 senior je kot..Alah.. Aku fleksibel je.. (hehehehe..kunun2!)

Ayyaiyyy...!!!~ letih dik non, kena jalan kaki nak menapak cari Auditorium Perdana tu.. Aku pun bukan familiar sgt dengan Angkasapuri yang tersergam indah di atas bukit tu..

Sementelah pulak, mood aku suam2 kuku bila pikirkan pasal esok. Sure esok meeting dalam Auditorium tu sejuk dengan air-cond yang akan menggalakkan lagi virus selsema ni merebak dalam badan aku. Pagi tadi aku dah rasa ada virus mula menular2, merebak dalam badan aku.. Mana tak nye.. aku asyik genyeh2 hidung aje semalam..

Oh Yaaa..!!! Mmg sah aku dah kena selsema pagi tadi. Ditambah dengan air-cond ofis aku ni, lagi cepat wabak ni merebak dalam tubuh badan aku. Aku jadi batuk2, macam orang taknak batuk betul2, pasal TEKAK AKU GATAL JE... Macam nak ambik garfu nak garu2 dalam tekak ni..

Ya Allah..berikan aku kesihatan yang baik.. aku mohon pada-Mu..

No comments: