Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Monday, July 21, 2008

Post #12 : Rasa bersalah

Hari ni permulaan minggu baru, hari Isnin yang aku sangka nak hujan je pagi ni, tapi tak hujan.


Malam semalam sebelum tido, aku dah set jam handset pukul 5.00 pagi sebab aku nak bersahur, nak puasa. Kebiasaannya aku bangun 5.30 pagi (hanya untuk hari bekerja). Kalau hari minggu faham2 lah.. Oleh kerana letih balik dari kampung semalam tak hilang lagi(aku sampai KL pukul 2.00 pagi), aku tido lalu malas le nak meng'iron' baju untuk dipakai gi kerja esok pagi (pagi ni) ni.

Kringggg!!! Aku bangun pagi tadi..rasa malas sgt nak bersiap2 gi kerja. Jam dah bising2, aku off kan, aku tido semula. Oleh kerana aku ni hanya makan gaji, terpaksa jugak aku gagahkan diri bangun,kena meng'iron' baju. Baju yang senang di'iron'..yaa! aku memilih jubah pagi ni.

Menu sahur aku - roti + jem kacang + air nestum

Dalam tren (KTM) aku berdiri. Walaupun pagi ni agak awal keluar dari rumah (6.20 pg), tapi adalah satu keajaiban kalau tren 6.33 pagi, ada seat untuk duduk.

Pagi yg agak lancar (sewaktu dlm perjalanan nak sampai ofis) sebab aku sampai ofis pukul 7.38 pagi. Dan seperti biasa aku kemas2 library, dan switch on PC kaunter dan PC meja aku.

'Kenapa suratkhabar belum sampai lagi?' (Biasanya pagi2 sampai je kat ofis, suratkhabar dah menunggu aku untuk di'divide' dan dicop2)

Pukul 8.00 pagi, baru lah minah yang hantar suratkhabar hari2 tu datang,dengan muka yg agak serius (dia suka duk kacau aku selalunya). Pagi ni mungkin dia tak nak masuk dalam library sebab aku cuma nampak dia park troli suratkhabar tu kat depan pintu masuk library n terus hantar suratkhabar ke AV dulu (sebelah ngn library). Aku pun dgn hati yg tulus dan mulus, ambik la suratkhabar khas untuk library kat troli tu.

Sedang syok duk kira2... maka lalulah Kak A dan Kak N (ofismate aku) yg on da way nk gi beli sarapan kat Kak Ima (AV).

Dorang cakap "Eh, Baina..jangan2..biar dia bawak masuk dalam suratkhabar tu. Dah tugas dia". "Takpelah Kak, saye bawak masuk..tak berat ni"

Dengan tiba2 muncullah minah suratkhabar tu dgn muka agak serius (aku takut gak kalo tengok die marah).Die pun bersuara.. "Tak apa,biar aku angkat ini sume..aku kan low class" Dah tengok dia macam tu, aku pun serba-salah. Terus Kak A dan Kak N meng'chow'kan diri..

Serta merta aku rasa bersalah.. "Eh takpe, biar saye yang angkat je.."
Kak A dan Kak N beria-ia larang aku angkat paper tu..last2, aku biar je minah tu angkat..Aku tak berani tegur dia (minah tu la) sebab muka dia dah lain macam (kalau ditegur mungkin akan menyebabkan gempa bumi berlaku)

Lepas setel2 menghadiahkan suratkhabar kat aku, aku hadiahkan minah tu "Terima kasih"

Kak N pun dtg kat aku, "Baina, lain kali tak payah angkat surat khabar tu. biar die angkat sendiri, nanti kalau kite ambil sendiri, kalau tak cukup n salah kira, mesti dia salahkan kita.." "Ok Kak.."

Hari ni aku rasa BERSALAH..

No comments: