Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Thursday, July 31, 2008

Post #16 : Hari terakhir..dan bermula 1 2 3...

Dah 2 3 hari rasanya aku tak menulis, hari ni mood aku macam biasa (rasa seperti suam-suam kuku sebab sedih sikit hari ni hari last aku kat BERNAMA).

Hari ni aku bangun awal, pukul 4 pagi setelah terjaga kerana kesejukan angin kipas yang meniup aku sepanjang malam hinggakan aku terjaga dari tidur sebab aku rasa macam perut aku masuk angin (angin dari kipas kot).

Petang semalam akak aku ajak tidur (bermalam) kat umah sepupu aku kat Shah Alam, tapi aku taknak sebab mengenangkan ada banyak benda aku nak bawak ke ofis esoknya (hari ni la).

Tengahari kat ofis, warga Infolib buat jamuan khas sempena 'keberhentian' perkhidmatan aku, Aziz n Shah kat Infolib BERNAMA. Makanan ada yg dimasak ada yg tempah..tapi ALHAMDULILLAH SEDAP... :)

Sebelum acara makan2, kami bertiga diminta bagi ucapan sikit...mula2 Shah, dituruti Aziz n aku.
Mula2 nak bagi ucapan aku memang cool aje.. (tak gelabah sgt).. Elok2..part tengah2 aku berucap..aku pandang muka bos, muka kak ron n kak ani..aku rasa sebak. :_( MAKA BERDERAILAH air mata aku..hehehe..(malu nye aku!!) . Nasib baik Mr. Ragu 'cool down' kan aku.. (maceh Mr. Ragu).

Bila dah 'cool down' tu aku pun sempatlah buat lawak tepi jalan skit2 masa nak ending ucapan aku tu (aku bukan la jenis pandai melawak sgt masa time2 keje kat Infolib ni)..

Time makan tu ada 2 pasang mata orang2 telah memandang aku n Ozah, mungkin sebab mata aku sembab menangis (cengengnye aku...!!!). Tapi orang2 yg pandang aku tu tak lain tak bukan mmg suka menyakat orang..hehehe..

Alahai sedihnye tinggalkan warga2 Infolib....hari terakhir,aku balik lambat hari ni..tinggalkan infolib dalam pukul 6.30 pm. Aku balik naik bas ngn Rani terus ke Pekeliling amik bas ke Temerloh kul 8.00 pm. Dalam bas.aku mengelamun macam orang2 lain dalam bas tu gak...

'Go go 1 2 3 cari kerjaa baruuuu...lalalalala!!!!'

Dalam bas insiden lain pulak... ada GADUH2!!!!.. Aku nak citer ke tak ek?????

No comments: