Aku baru terbaca salah satu cerpen dalam buku "Mendakap Kasih Guru" susunan Azman Ahmad. Tajuknya "Kenangan terakhir". Ceritanya pendek, dan jalan ceritanya sangat2 mudah difahami. Ceritanya macam ni. Rozi, watak utama dalam cerita ni, seorang pelajar perempuan yang nakal (suka buat kes) tiba2 berubah. Berubah menjadi apa? Barbie doll yang cantik?? Rozi sebenarnya menjadi lebih baik dengan perubahan perangai yang dulunya suka menganggu kawan2 sekelasnya, setelah ditukarkan ke kelas lain atas arahan guru kelasnya.
Kenapa dia tiba2 berubah? Adakah sebab dia dah rasa tak best ngan situasi kelas baru die? Sebab dia tak leh nak ganggu kawan2 die lagi? (Dalam cerita sebenar jalan ceritanya ringkas dan tak ada jawapan untuk menjawab soalan2 tu)
Hanya satu yang dapat aku ringkaskan.. sebabnya "MATI" atau dengan lebih afdal "MENINGGALKAN DUNIA" setelah MENJADI SEDAR.
Rozi mungkin dapat rasa (MENJADI SEDAR) dia banyak melakukan kesalahan, dan mungkin dapat merasakan ajal dia hampir tiba.
Satu hari dia berjumpa dengan guru kelas dia, beria-ia benar Rozi menyatakan dia nak balik semula ke kelas asalnya. Sejak dari hari tu, hampir tiap kali terserempak dengan mantan guru kelas dia tu, dia akan merayu perkara yang sama. Hinggalah pada satu hari, "Cikgu, jangan lupa ya hari Isnin minggu depan saye pindah ke tempat asal saye". Mantan guru kelasnya cakap "InsyaAllah"
Hari Isnin tu, sebaik sahaja bertemu dengan guru kelas Rozi, mantan guru kelas Rozi pun bertanya, "Ada nampak tak pelajar yang bernama Rozi?"
"Encik tak tahu? Rozi sudah tidak ada lagi," kata guru kelasnya.
"Dia meninggal dunia semalam. Dia cedera parah dilanggar lori dalam kemalangan jalan raya Sabtu lalu," sayu suara guru kelasnya menyampaikan berita kematian Rozi.
Serta-merta terngiang-ngiang kata-kata Rozi pada minggu lepas.
Dalam cerpen ni, daripada seorang pelajar yang nakal, Rozi dah banyak berubah..MENJADI SEDAR untuk diri sendiri. Mungkin selepas kematiannya maka wujudlah alasan kenapa Rozi berubah. Sebenarnya bukan hanya sebab Rozi tahu ajal dia akan tiba, baru dia MENJADI SEDAR.
Kita berubah MENJADI SEDAR atas banyak sebab. Dalam tahap2 tertentu dan situasi tertentu, seringkali kita mengalami dan dapat rasa MENJADI SEDAR apa yang kita buat itu sama ada salah atau tidak. Rasanya semua orang rasa macam tu. MENJADI SEDAR yang wujud dalam perasaan dan fikiran dianggap tak relevan sebab tidak berlaku apa2 perubahan secara jasmani, 'verbal', perbuatan. Hanya melengkapkan MENJADI SEDAR itu bila ia wujud sama dalam rohani dan jasmani dan aku guna istilah aku sendiri 'mengalami titik perubahan'. Salah satu titik perubahannya, dalam kes ROZI; berubah dari seorang pelajar yang nakal kepada pelajar yang baik, dan titik perubahan itu disedari setelah Rozi meninggal dunia (akibat). Hanya setelah adanya perubahan(sebab) dan akibat, maka "MENJADI SEDAR" itu lengkap dengan peralihan yang sinonim 'negatif ke positif'. (Pada pendapat aku 'SEDAR' ni bila kita tau dan dapat menilai sesuatu dan membezakan sesuatu itu positif atau negatif ).
Aku selalu 'MENJADI SEDAR' tetapi tidak nampak sebab tidak ada titik perubahan tu. Kalau tak orang akan cakap "Dia dah sedar selama ni dengan ape yang dia buat"
Labels
Personal
(84)
Seronok
(19)
Pengalaman
(12)
Kerja
(11)
Pendapat
(8)
Sahabat
(8)
Lukisan
(5)
Puisi
(5)
Seni
(5)
Lirik lagu
(4)
Potret
(4)
Ulasan
(4)
Kehidupan
(3)
Keluarga
(3)
Makanan
(3)
Merapu
(3)
Pengetahuan Am
(3)
Perkongsian
(3)
Agama
(2)
Blog
(2)
Cute stuff
(2)
Fakta
(2)
Hati
(2)
Isu semasa
(2)
Motivasi
(2)
My Hobby
(2)
My Passion
(2)
Tag
(2)
Alya
(1)
Anugerah
(1)
Blythe
(1)
Celoteh
(1)
Goreng
(1)
Haiwan Kebangsaan
(1)
Jodoh
(1)
Kahwin
(1)
Kaktus
(1)
Karaoke
(1)
Kasut
(1)
Kidal
(1)
Malaysia
(1)
Masak Kunyit
(1)
Mimpi
(1)
Norsheila Amin
(1)
Nujum
(1)
Pensel Warna
(1)
Resepi
(1)
Ros
(1)
Sketchbook
(1)
Sotong
(1)
Uji minda
(1)
Wikipedia
(1)
Wordless Monday
(1)
peti
(1)
1 comment:
:)
Post a Comment