Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Friday, March 27, 2009

Post #36 : Menilai

Hari2 biasa..hari2 takde lain2 aktiviti, hari2 tak melibatkan kerahan tenaga berhabis-habisan.. mesti orang2 kat opis akan tengok aku sedang khusyuk melakukan tugas harian, mengetik2 keyboard kat depan aku. Memegun bisu, menikmati kusyen kerusi yang melenguhkan badan2 aku..
Entah kenapa sejak orang teknikal godeng2 PC aku, selalu je hang dan terpaksa la aku restart balik. Aku dah tension pulak buat kerja terpaksa save byk kali..

Aku memang rajin..RAJIN...Rajin sangat bekerja, dan komited dengan tugas aku. Sehinggakan aku tak menikmati waktu senggang aku, lunch hour aku, even makan pagi juga aku dah beli siap2 untuk seminggu on Monday. Aku beli roti di cafe PNM (jimat + senang nk makan)..
Rajin ke macam tu? Hehehe..tak rajin..puji diri sendiri je..

Yupp..ada banyak kerja yang nak dibuat, tapi tak bermakna aku hanya bekerja secukupnya waktu bekerja. Aku sempat ber'facebook', ber'tagged', ber'friendster', ber'blogging' malah ber'YM' sedang tangan memegang pen dan gunting..

Pagi2, aku akan terima salinan n/papers tempatan untuk aku buat headline news dalam portal lib. aku. Kemudian aku berkhidmat bakti kepada chairman..memilih dan memotong keratan akhbar mengenai ekonomi M'sia. tugas baru ni aku peroleh dari Kak Ju (bukan nama sebenar) yang sebelum ni melakukan tugas ni secara harian.. Maka dan sejak dari 11 Mac hari tu aku mula membelek2, mencatat, memotong, dan melekat semua akhbar yang aku pilih, kemudian diserahkan kepada org yang btanggungjawab untuk beri kpd chairman. Pagi adalah waktu aku membereskan kesemua surat2 khabar tu..

Tugas aku yang main adalah update + godek2 lib. website. handle koleksi gambar lib. wat buletin lib. wat minit mesy utk lib. wat itu..wat ini.. wat itu...wat ini.. wat itu..wat ini...wat benda2 lain..wat taktau sudah~~~!! hehehehe

Menjelang tengahari aku dah boleh mula wat kerja aku yang lain.. Kadang2 dengan web lib..aku ada banyak idea untuk meng'update' layout yang tak brp nak cun tu.. Layout web lib. ni plain sgt..

Masalahnya bila aku nak menyelesakan diri dengan kerja meng'update' apa yang patut, akan menjengah la kerja2 on d spot, on d dot, on time aku terpaksa buat, even bukan tugasku.. (Ya Allah, aku ni mcm nak kurangkan pahala je..redha je walau terpaksa buat kerja orang lain)..
Tension tak kalau kena buat kerja orang lain..yelah..bila dah disuruh, terpaksa wat on d spot..dan waktu tu kite tengah ada kerja yang perlu disiapkan.. sampai kerja kita tak siap.... hehehehe...
Erm...banyakkan bersabar... kite kena selalu melihat apa2 pun yang berlaku lebih dari 1 sudut..
Sudut pertama, kebaikan dan keburukan dari sesuatu yang berlaku
Sudut kedua, kenapa dan mengapa sesuatu itu berlaku
Sudut ketiga, akibat daripada sesuatu itu berlaku..
Ya..sebagai contoh.. kita sering dipilih melakukan apa juga tugasan, walaupun ada orang lain yang mampu untuk melakukan tugas2 tu..Jadi kita harus menilai dan jangan lah tension sgt bila diberi kerja yang banyak..
Kita harus menilai..
Sudut pertama... apabila diberi banyak kerja, kebaikan adalah :
1. kita lebih pandai + terer wat kerja tu dari orang lain
2. maknanya bos suka kat kite la + nampak kite boleh diharap
3. dapat pahala (off course)
4. menunjukkan kita rajin + tak berkira
5. Dll.. pikirkan lagi ye..
Jika kita menilai keburukannye pulak, mungkinlah:
1. Kerja kite bertambah (bertimbun2)
2. Kita rasa tak adil sebab byk keje kite kena wat..
3. Dll
* TAPI rasanya lebih baik kita fikirkan kebaikan yang kita dpt, dari keburukan yang leh men'stress'kan kite..
Sudut kedua...kenapa dan mengapa?
1. Dari sudut ini, nilailah kemungkinan kite diberi kerja kerana orang lain melihat kita mampu melakukan kerja tu (mungkin hasilnya lebih baik dari org lain) , mungkin juga kita dapat melakukannya dari sudut lebih menarik dan berbeza hasilnya. Mungkin juga kita fikir, tugas tu terpaksa buat kerana dah last minute dan orang lain tak dpt buat mengikut speed kita sebab nak urgent. Apa pun menilai dari sudut kedua tak perlu lah sampai wat kite rasa tension. Ada baiknya kita anggap aje, kenapa dan mengapa sesuatu tu berlaku ada hikmahnya..sama ada ke atas diri kita or org lain..
Sudut ketiga...akibat dari sesuatu perkara..
Dalam konteks or contoh yg aku beri ni.. mmg kita akan dpt pahala..mungkin orang2 sekeliling akan anggap kita ni best, sebab boleh diharap, boleh wat keje, dan ada harapan untuk kita dinaikkan pangkat, laporan prestasi kite pun chantek... hehehehe..
Jadi jangan la berkira sgt bila diberi banyak kerja.. macam aku gak lah..aku ni berkira sgt ker??? UPSSS...
Buat sesuatu dengan rela hati.. InsyaAllah.. balasan baik kita akan dpt, antara cepat atau lambat je... itu memang dah dijanjikan.. :)

No comments: