Aku Hawa
Dicipta indah menemani Adam
Aku Hawa
Tulang rusuk Adam.
Aku Hawa
Terkadang
Dipandang lemah
Dianggap lemah.
Aku Hawa,
Yang halus
Aku Hawa,
Yang mulus
Aku Hawa,
Yang lembut
Itu peribadiku.
Hari ini,
Aku masih Hawa,
Mampu berlari jauh,
Mampu bertatih hidup,
Walau fitrahku lembut,
Kerana gerak hatiku,
Ada kehendak,
Ada kemahuan,
Ada keinginan,
Menyalakan api tak pernah padam,
Biar tak marak, tapi sentiasa bersinar.
(ntah ape2 aku merepek hari ni..bosan Jumaat break lama sgt... )
(ntah ape2 aku merepek hari ni..bosan Jumaat break lama sgt... )
No comments:
Post a Comment