Pertama sekali, isu ini sangat sensitif untuk dikupas. Cuma aku nak share ape yang aku baca dalam akhbar pagi tadi. Sedang duk leka membelek-belek paper,ada satu berita yang berjaya mencuri perhatian aku.. (berita dari akhbar tempatan). Tak perlu rasanya aku nak mention nama akhbar dan tajuk beritanya..
Kisahnya berkenaan sekeluarga Muslim yang ingin menukar agama kerana kesempitan @ kesusahan hidup.. Agak pelik bunyinya...kerana dari rupa paras salah seorang dari mereka yang di'sensor'kan matanya, aku lihat macam orang Melayu je... yelah pelik sebab orang Melayu nak tukar agama ni agak janggal @ jarang kite dengar.
Al-kisahnya terjadi di salah sebuah negeri di Pantai Timur. Keluarga ni ada 11 orang isi keluarga, keluarga nukleus terdiri daripada mak, ayah + anak2..
Menurut cerita dari Si Ibu yang di'interview', oleh kerana mereka sekeluarga ni hidup miskin, maka orang2 sekampung tak suka n memandang 'hina' mereka. Hidup mereka sekeluarga ni dibenci oleh orang kampung. Walaupun dah dapat bantuan sebijik rumah PPRT dari pihak yang memerintah, tapi disebabkan kesempitan hidup, bekalan air rumah mereka dah dipotong. Sejak rumah mereka takde air, dengan cerdiknya mereka menyambung paip rumah mereka dengan paip surau kat kampung tu.
Mungkin ramai jiran2 dorang tak senang ngan 'cara' macam tu, jadi adalah budak2 nakal ni pegi potong paip air yang dah disambung tu dan campak kepala paip tu dalam tempat tak sepatutnya (takungan najis kalau tak silap aku).
Selain dari tu jugak Si Ibu ni mengadu yang keluarga mereka slalu kena cemuh sebab miskin, tak berduit, tak kaya macam Sultan Brunei..memandangkan Si Ayah hanya bekerja sebagai pengutip besi buruk untuk menanggung Si Ibu n 9 orang anak2 mereka. (emm..sedih kan)
Kemuncak cerita ni bila Si Ibu n Si Ayah buat surat permohonan untuk convert n gi ke salah sebuah gereja kat tempat dorang. Ada pihak yang dapat tau dan hasrat dorang tu dihalang.
Dan seperti biasa, pihak yang bertanggungjawab sedang dalam usaha meng'kaunseling' dan brainwash keluarga ni agar membatalkan niat dorang untuk tukar agama.. (hishh...berdosa besar tu, MURTAD..).
Harapan aku, harap2 keluarga ni jangan la duk pikir sampai nak tukar agama. Ape kejadahnya laa sampai nak tukar agama sebab tak tahan dengan hidup susah. Banyak cara lain yang lebih bagus nak memperbaiki hidup. Belum tentu dengan tukar agama hidup dorang akan berubah lebih baik. Dah la akan dilaknat Allah, taktau la kalau masih boleh hidup dengan tenang lepas tukar agama.. (hurmm) .. Wallahualam...
Kepada keluarga ni, "Pikirkan cara yang terbaik untuk memperbaiki hidup anda, bukan dengan cara merumitkan lagi hidup anda.."
Pada pihak2 yang rasa tersinggung, aku mintak maaf.. cuma berkongsi cerita aje. Diharap pihak berwajib dapat la membuat tindakan yang sewajarnya untuk menghalang hasrat dorang ni..
No comments:
Post a Comment