Al-kisah satu petang Rabu, bulan lepas..
Hari tu bukan macam weekdays kebiasaan di mana setiap kali waktu balik kerja, akak aku yang jemput, tapi disebabkan akak aku ada hal, aku terpaksa balik sendiri..
Seperti biasa, aku naik bas B114 mengelamun sorang2, takde mood nak jadi peramah dengan orang2 di sekeliling aku, sebab dari awl2 lagi aku kena berdiri bersama ramai lagi penumpang2 yang muka masing2 penat baru balik dari keje..
Lepas sampai di stesen Pekeliling, aku ambil bas B101 dan biasanya bas ni jarang lah aku naik bas kena berdiri. Aku takde mood nak jadi peramah dengan orang yg duk sebelah seat aku (si mamat) yang aku tengok 'kekwat' semacam jer.
Oh ya, sorang disebelah aku ni sejak dari naik bas asyik bercakap je dengan HP canggih die tu.. tau la HP aku tak canggih, tapi aku saje je eksen,buat2 cari barang dalam handbag aku, dengan niat asalnya aku nak tunjuk kat die yang aku ada 3 bijik HP!!..HAHAHAHA!!..
Dari awal perjalanan balik, aku tak ada mood sampailah si mamat sebelah aku ni bercerita la pasal artis tu la..artis ni laa... macam PR artis lak. Tup! Tup! dia terbukak citer ada orang nak bunuh diri kat Chow Kit. (ntah betul ntak tidak, Wallahu Alam..) Dalam hati nak tergelak gak tgk gelagat maat ni, (hehehe..jahat ek aku). Tapi apsal slang dia bercakap macam orang seberang ek??? Tapi aku pun still konfius n susah nak beza antara slang mamat seberang dgn orang Sabah.. Hehehe...
Last2 die turun kat Pudu..fuhh! lega aku. Dengar die berborak ngan kawan dia kat phone tu lagi buat aku nak tergelak, bukan heran sgt pun (gelagat manusia ni macam2).
Sampai je kat KL Sentral, dah tak ramai penumpang bas yang tinggal termasuk la aku. Waktu tu jam pun dah menunjukkan pukul 7.15 p.m. Maghrib dah pun. Seperti biasa orang mmg la ramai baik kat KL Sentral atau mane2 pelusuk KL ni.
Aku turun dari bas terus menapak ke seberang jalan, sebetulnya ke stesen monorail KL Sentral. Bukan sebab nak naik monorail, tapi nak naik bas metro 46D pulak, trip terakhir untuk sampai ke rumah aku. Sementara nak menunggu bas,aku berdiri di celah2 orang2 asing yang sama2 mencari rezeki kat Msia bumi lagi bertuah ni. Dalam banyak2 tu aku terpandang la sorang mamat Africa yang memang sedang berjalan menuju ke arah aku..
Die tanya bas untuk pegi ke Kota Damansara (U88), dlm slang BI aku yg cukup-cukup makan aku cuba la melayan mamat ni. Aku ingat die nak tanya pasal bas tu je..tapi...
Dengan peramahnya die bercerita la pasal diri die yang aku taknak tau pun...
Pasal mak die, pasal ayah die, pasal kepercayaan die, apa2 ntah lagi...
Dah la bercakap macam nak tangkap lentok je...nasib baik la aku tak tergoda..hahaha...
Yang aku perasan, mamat Africa ni dari awal perbualan asyik tanya aku faham ke tak apa yang die cakap. Aku layankan aje. Aku tau dah taktik macam tu, dalam paper dan tv kan dah banyak kes membabitkan diorang ni. Tak lama lepas tu, muncul bas 46D yang aku tunggu2.. (dalam hati aku lega gila, akhirnya boleh aku blah dari mamat ni. Tapi seperti yang diagak, sempat lagi nak minta nombor telefon aku tu, hai agak-agak la weh.!!!
Aku cepat2 blah naik bas.
SAMPAI JE RUMAH..aku terkenang2 kisah 2 orang asing yang aku jumpa hari tu...Pesan aku, keep ur safety even in public OK...
Labels
Personal
(84)
Seronok
(19)
Pengalaman
(12)
Kerja
(11)
Pendapat
(8)
Sahabat
(8)
Lukisan
(5)
Puisi
(5)
Seni
(5)
Lirik lagu
(4)
Potret
(4)
Ulasan
(4)
Kehidupan
(3)
Keluarga
(3)
Makanan
(3)
Merapu
(3)
Pengetahuan Am
(3)
Perkongsian
(3)
Agama
(2)
Blog
(2)
Cute stuff
(2)
Fakta
(2)
Hati
(2)
Isu semasa
(2)
Motivasi
(2)
My Hobby
(2)
My Passion
(2)
Tag
(2)
Alya
(1)
Anugerah
(1)
Blythe
(1)
Celoteh
(1)
Goreng
(1)
Haiwan Kebangsaan
(1)
Jodoh
(1)
Kahwin
(1)
Kaktus
(1)
Karaoke
(1)
Kasut
(1)
Kidal
(1)
Malaysia
(1)
Masak Kunyit
(1)
Mimpi
(1)
Norsheila Amin
(1)
Nujum
(1)
Pensel Warna
(1)
Resepi
(1)
Ros
(1)
Sketchbook
(1)
Sotong
(1)
Uji minda
(1)
Wikipedia
(1)
Wordless Monday
(1)
peti
(1)
No comments:
Post a Comment