Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Tuesday, February 22, 2011

Post #81 : Imran Ab Rahim (2)

Seperti dalam entri 'Imran Ab Rahim' yang lepas, lukisan tersebut belum siap lagi.. jadi di sini saya upload lukisan yang dah siap. Tak seberapa hasil kerja saya ni..komen la, yang negatif dan membina pun tak ape, kalau sudi ye...:-)


Imran Ab Rahim
Medium : A3 paper, B, 4B



Tuesday, February 08, 2011

Post #80 : Sudah masuk bulan ke-5

Sudah masuk bulan ke-5 saya di bumi Jengka. Memulakan tugas baru di sini. Di bumi KMTPh, terlalu jauh bezanya dengan Kuala Lumpur. Setidak-tidaknya saya dapat juga kembali ke kampung halaman saya di Temerloh lebih kerap. Jarak perjalanan dari Jengka ke Temerloh lebih kurang 45 minit saja.

Ya, saya dapat berkhidmat di sini atas tiket 'calon simpanan' SPA yang saya pohon sedikit masa dulu. Alhamdulillah syukur. Lebih kurang 5 bulan menanti, pada pertengahan Ramadhan, Ogos  2010 yang lepas, saya terima surat lantikan dari SPA. Setidak-tidaknya keluhan saya juga tidak berpanjangan. Terlalu berharga rezeki yang menunggu saya ni. 

Hm..harus diingat juga cabaran juga berlainan. Segala- galanya baru di matrik ni. Suasana kerja baru, dan operasi matrik ini juga masih baru. Bulan Mei 2011 juga bakal menyempurnakan graduasi student batch ke-2 matrik ini.

Kawan-kawan di sini juga sangat baik dan banyak membantu. Moga yang terbaik menanti saya kat sini.




(nota kaki: Sesapa yang sudi or tinggal di area berdekatan boleh jenguk sy kat sini:-
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) Jengka, Pahang :-))


Post #79 : Imran Ab Rahim (1)

Dia adalah Imran Ab. Rahim. Classmate aku semasa aku lower 6 di ABS. Aku sempat masuk lower 6 sekejap sebelum ke UiTM. Hm..dia minta aku lukiskan potret dia. Imran baik. Kami sama-sama jadi AJK Koperasi sekolah. Setahu aku, dia ada bakat melukis, sebab kami juga pernah hasilkan banner kelas untuk digantung di sekitar kawasan sekolah. Oh ya, dia pun seorang yang bijak. Sejak dari lower 6, aku tak pernah face to face lagi dengan si Imran, sebab bila batch kami buat reunion, or walimah kawan2 sekolah kami, sama ada aku tak datang, or dia tak hadir. Hahaha..OK2.

Jadi inilah hasil yang tak seberapa dari aku. Dah siap gambarnya cuma aku sengaja upload gambar yang belum siap ni. Aku hanya belajar Pendidikan Seni yang teras sehingga form 3. Jangan risau sebab kritikan juga aku terima seadanya sebab aku kurang mahir dalam ilmu seni lukis.


 *Gambar yang dah siap sepenuhnya aku akan upload nanti :-)

Medium: A3 paper, B, 4B