Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Friday, June 26, 2009

Post #68 : Tamat berkursus

Serius lenguh2 badan dan sendi2 ni. Akhirnya tamatlah sudah Kursus Induksi Modul umum bil 2/2009 KPKK.  Kursus ni disertai oleh mereka-mereka yang berkenaan yakni lantikan gred 27 hingga 41. Ada dari skim B,E,F,J,S, dan juga W. Aku start pergi kursus ni dari 14hb - 25hb Jun baru ni. Memang best dan dapat penat. Huhu...

Ada kuliah dan ada juga riadah dan aktiviti lasak. Kali ini aku berkursus kat Agrotek Garden Resort di Hulu Langat, Selangor. Tempatnya tak jauh sgt dari rumah sewa aku, lebih kurang 30 minit perjalanan dalam waktu yang jalannya tidak berapa 'jam'.

Aktiviti yang paling best ialah sukan air dan 'flying fox'. Dan juga 'chicken dance' dan tarian poco-poco setiap kali aktiviti riadah. Dari 8.30 pagi - 4.30 petang, adalah waktu kuliah. Dan petang tu ada riadah. Kemudian malamya, pukul 8.30 - 10.30 malam, ada kuliah lagi. Apa2 pun aku dapat ramai kawan2 dari RTM, ASWARA, Kraftangan Malaysia dan JAKIM (KADER). Antaranya, Ija (Aswara), Intan, Hazida, Kak Aida, Kak Hasnor, Safa, Sab, Dila, Paris (RTM), Min (KADER), dan ramai lagi lah..

Tahniah juge buat group aku (Caya La Wei) yang mendapat nombor tercorot untuk kategori persembahan malam penutup, tetapi telah menjadi juara pada pertandingan sukan kepit bola dan 'mumia wrap'. Hohohohoho!!!

Kepada group Caya La Wei,  thanx sume-sumenye:-

1. Rislan (Kraftangan Kedah) - KETUA
2. Mohd Nizam (Kraftangan T'ganu)
3. Khairul (Kraftangan Melaka)
4. Ahmad Tarmizi (RTM Angkasapuri)
5. Ahmad Suhairy (RTM Angkasapuri)
6. Intan Farhana (RTM Angkasapuri)
7. Engku Nor Zalifah (ASWARA)
8. Nordalila (RTM Angkasapuri)
9. Norsafaliza (RTM Angkasapuri)
10. Sabrina (RTM Sabah)
11. Hazmin Hamzah (JAKIM - KADER)
12. Cik Kaktus - Ini aku k...

Oh ya..untuk tajuk pengucapan awam, aku telah memilih 'Membaca Jambatan Ilmu'. Better to be save la kan. Ambik yang kita rasa agak senang untuk dikupas topik ni. Cuma waktu last day, ada exam. Jawab la secara berjemaah ye... Itu part paling best!

Friday, June 12, 2009

Post #67 : Award dari Enche Tulisan Cyber

Aku telah terima award dari Enche Tulisan Cyber, thanx a lot Enche Tulisan Cyber ye...
Ni award pertama
Ni award yang kedua
Sape2 bermurah hati nak bagi award kat aku, bagi lah banyak2.. hehehehe

Thursday, June 11, 2009

Post #66 : Teknologi melindungi orang ramai dari 'terrorist' (part 2)

Bertemu di bahagian kedua 'teknologi melindungi orang ramai dari 'terrorist'.

Sebenarnya ciptaan senapang automatik yang banyak diguna pakai oleh tentera Isreal sekarang adalah hasil daripada kajian yang mana pihak mereka mendapati banyak askar mereka terkorban bila bertempur dengan askar2 pihak lawan pasal kebanyakan adegan2 bertempur ni kat bangunan2.

So, sebelum senapang canggih ni dicipta, dorang akan menjengukkan kepala untuk pastikan tiada askar pihak lawan (orang2 Palestin yang tidak berdosa) di sebalik dinding sebelah sebelum dorang membuat serangan (serangan hendap). Jadi kadang2 nasib kurang menyebelahi mereka(askar Israel) (sebenarnya nasib mmg tak menyebelahi mereka, kerana itu ciptaan ini dicipta), so pihak lawan akan 'shoot' kat kepala mereka. Jadi, muncullah idea untuk buat senapang automatik yang lengkap dengan fungsi kamera auto focus yang boleh pusing 360 darjah, untuk memudahkan mereka (askar Israel) melihat kot2 ada pihak lawan yang mereka tak nampak di sebalik dinding semasa bertempur. Sebenarnya banyak juga kupasan ciptaan senjata dan alat canggih yang berteknologi tinggi yang dikupas dalam rancangan tu.

Apa2 pun, dunia memang dah semakin canggih...dan pemikiran manusia juga semakin canggih, jadi bermacam2 ancaman dibuat untuk menakutkan sesama manusia, dan di satu sudut lagi, ramai pihak yang cuba menutup kesalahan diri sendiri (menghuru-harakan dunia dengan cara yang nampak seperti tidak bersalah), iaitu dengan cara mencipta teknologi canggih untuk menutup dosa-dosa besar yang mereka cipta sebenarnya..

Wednesday, June 10, 2009

Post #65 : Padah skip makan

Aku selalu tahan lapar, sebab kat ofis ni aku jarang kuar makan waktu lunch..


Hasilnya aku selalu pening kepala...sebab aku tak makan sepanjang hari, mestilah angin sudah masuk dalam badan, dan naik ke kepala...
Aku kurang jelas, kenapa gambar di atas, otaknya dimerahkan. Yang penting kepeningan aku belum la sampai ke tahap sakit otak.
*(lihat benda2 warna hijau, terutamanya tumbuh-tumbuhan untuk legakan kepeningan)



Jadi, konklusinya, jangan selalu skip makan dan biar perut kosong.
Makan SEGERA jika anda lapar!! :-)

Thursday, June 04, 2009

Post #64 : Siapa boleh tolong diri sendiri?

Untuk makluman semua, aku telah mengalami satu perasaan yang semua orang penah rasa. Tapi anehnya, perasaan ini makin hari makin kerap aku rasa. Semakin dibiar melarat, semakin tak tenteram. Jiwa jadi semakin kacau. Makan pun tak lalu. Mandi pun nak cepat. Jalan pun nak laju-laju. Sembahyang pulak selalu di akhir waktu.. Astaghfirullahal'azim...

Haaa...

Tension pasal ape?
Pasal keje laa..Keje banyak kat ofis. Sudahnya aku dah taktau nak kejar keje yang mane satu, pasal keje2 tu semua pakat-pakat nak main kejar-kejar ngan aku. Nasib baik sekarang ni dia main kejar-kejar je ngan aku. Kalo dia dah sampai ke tahap dapat tangkap aku, pastu dush dush kat muka aku barang 2 3 kali kali, mau aku terus koma...(ambik off je memanjang walaupun keje banyak..hahaha).


Takpe la.. sekali lagi aku kena tolong diri sendiri. Sapa pun nak tolong aku. Kalau gaji aku banyak, boleh la aku gaji barang sorang dua PA. Tapi gaji aku ngan duduk kat KL ni, tak mampu pun nak buat semua tu. Takpe lah. Aku kan 'cik kaktus'. Kena la kuat angkat besi. Opss, kena lah kuat macam besi. Lepas ni kalo keje nak main kejar-kejar dengan aku lagi, sure aku dah boleh lari lagi laju sampai satu ofis aku sapu..Hahaha...




(Yang ni aku kena praktik selalu ni, bila marah or tension je, mesti tulis n lukis gambar smile)



Tuesday, June 02, 2009

Post #63 : Meja aku bersepah..

Aduhai meja..
bersepahnye.

Meja aku kat ofis ni bersepah. Sebab hari2 kena belek suratkhabar, jadi hari2 kena menggunting mana2 artikel, berita, or gambar yang aku suka.
Alih2, aku taktau nak letak kat mana. Hanya meja la jadi tempat aku longgokan keratan2 tu semua..

Maaf la Enche Meja oiii, sebab aku wat sepah..
Ok, ok aku janji sebelum balik aku kemas k..

Monday, June 01, 2009

Post #62 : Doakan Aiman

Anak saudara aku yang paling kecik, Aiman telah dimasukkan ke wad kanak-kanak di Hosp. Temerloh kerana jangkitan kuman di paru- parunya pada Sabtu (30 mei) yang lalu. Umur dia baru 1 tahun 4 bulan..Sian Aiman selalu sakit.. Moga Aiman cepat SEMBUH..