Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Tuesday, March 27, 2012

Post #106 : Pinjam meminjam



Assalamualaikum. Hari ni permulaan bekerja untuk minggu ini. Semalam? Cuti. Oh, saya aje yang bercuti. :-)
Diharap semua dari kita sentiasa sihat dan ceria, sentiasa di bawah lindungan payung rahmat-Nya. Sedari mula bergerak nak ke ofis dari rumah, sambil memandu, tangan ni sibuk menekan punat stesen radio, sekejap Sinar FM, sekejap Suria FM, sekejap IKIM FM, sekejap-sekejap ke Hot FM. Alih-alih saya tertarik dengan topik yang dikeudarakan di Sinar FM pagi ni. Berkenaan "Pinjam Barang, Tapi Tak Reti-Reti Nak Pulang" (ok, saya ada tokok tambah sedikit tajuk topik tu...:P).

Lebih kurang sejam memandu ke ofis, banyak panggilan dari pendengar menceritakan kisah mereka meminjam barang dari orang, tetapi masih tak pulang-pulang sampai sekarang. Antara yang menarik :-

Kisah 1 (Tudung bawal)
Kisah seorang perempuan, yang meminjam tudung bawal dari ibu saudaranya sejak 7 tahun lepas tapi masih tak pulang-pulang sampai sekarang. Yelah, sekarang ni tudung bawal dah dikira old fashion dah, tak macam 10 tahun yang lepas, tudung tu lah paling in sebab selalu student U selalu pakai waktu pegi ke kelas. Tudung bawal pun faveret kakak-kakak saya, sampai sekarang menimbun-nimbun kat rumah. Al-kisahnya dia (si peminjam) kata, dari dia takde anak, sampai dia dah ada 3 orang anak, masih tak pulangkan lagi tudung tu kat makcik dia. Katanya lagi, tudung tu masa dipinjam warna pink nya masih cantik lagi, sekarang dah macam tak warna pink, dah lusuh...Fuuu..teruk kan...hahaha. Eloklah dia hadiahkan makcik dia tudung baru je.. :-)

Kisah 2 (Pengasah pensel)
Yang ni lagi dahsyat. Pemanggil ni seorang lelaki. Dia kata dia pernah pinjam pengasah pensel (sharpener) dari rakan sekelasnya semasa dia Darjah 4. Tapi sampai sekarang masih tak pulangkan lagi kepada rakannya tu. Bila ditanya umurnya berapa sekarang...dah 31 tahun weh... bayangkan la...dah lebih 20 tahun pengasah tu dia pinjam, tak tergerak hati nak pulangkan kat rakan dia tu. Padahal dia sendiri mengaku setiap kali tengok pengasah tu kat rumah dia, mesti dia teringat kat rakan dia tu. Katanya lagi, rumahnya dengan rumah rakan dia tu takla jauh pun. Cuma...dah dia sendiri pun tak tergerak hati nak pulangkan pengasah tu. Dah berkarat dah pun. Baiklah dia belikan pengasah baru yang style cucuk pensel, pastu pusing2, yang canggih sikit tu...Mesti berbaloi-baloi bila dia pulangkan kat rakan dia tu..

Kita sendiri sebenarnya kadang-kadang bila pinjam barang orang lain, sampai terlupa nak pulangkan semula. Sampai terlupa apa yang kita pinjam. Lebih teruk kalau kita sedar, kita pinjam barang orang lain, tapi still taknak pulangkan balik, atau lebih tepat dah jadi macam harta sendiri. Saya pun kadang-kadang pinjam buku library, liat je nak pulangkan...Macam sekarang, buku library kat rumah ni masih tak pulang-pulang lagi. Time pinjam nak cepat, time nak pulang, bertangguh-tangguh, liat sungguh.....

Wallahu'alam.

No comments: