Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Monday, August 08, 2011

Post #85 : Inilah suratan Penguasa Alam

Maksud hadith Rasulullah: “Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga perkara:
1. Sedekah jariyah,
2. Ilmu yang bermanfaat, atau
3. Anak soleh yang mendoakannya”
(HR Muslim)

Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(QS, Al-Munafiqun, 63:11)

2011 buat keluarga saya....

16 Februari : Abang ipar ketiga saya mengalami kemalangan jalanraya. 4 bahagian tulang telah patah... Sehingga ke hari ini...dia masih terlantar di rumah, tidak boleh berjalan dan terpaksa dibantu untuk menguruskan dirinya sendiri.

April : Abah dimasukkan ke Hospital Temerloh. Memang abah ada sakit batu karang sejak dari muda. Namun baru-baru ini juga abah disahkan mengalami kerosakan buah pinggang.

31 Mei : Emak dan kakak sulung pula terlibat dengan kemalangan jalanraya. Alhamdulillah mujur kakak tiada apa-apa kecederaan. Tapi emak....tulang belakangnya retak dan terpaksa dibedah untuk membuang tulang yang retak tu.

8 Jun : Emak telah selamat menjalani pembedahan tulang belakang. Tulang belakang emak telah dimasukkan 8 butir skru bagi menyambungkan kedua-dua bahagian.

9 Jun : Pagi yang sangat hiba....sewaktu mahu bertolak dari Hospital Temerloh kerana semalaman menemani emak di wad, kakak sulung saya menelefon dan memberitahu berita yang sangat meruntun jiwa. Satu-satunya abang dan adik-beradik lelaki kami, telah dikhuatiri lemas di Sungai Pahang. Operasi pencarian diteruskan.

25 Jun: Pagi sabtu, setelah 17 hari kami menanti, akhirnya berita yang kami terima telah merungkaikan lara di hati kami. Jenazah arwah abang dijumpai tersangkut di dahan dalam sungai, betul-betul berhadapan dengan sekolah di mana tempat ibu dan kakak sulung saya bekerja. Alhamdulillah setelah saya, kakak sulung dan suaminya membuat proses pengecaman, betullah jenazah itu adalah jenazah abang saya berdasarkan baju, seluar dan kunci kereta miliknya yang masih tersimpan elok di dalam pelipat pinggang seluarnya. Dan alhamdulillah jasadnya masih sempurna, itulah keajaiban dan hadiah dari Allah...Al- Fatihah....

2 Julai : Satu lagi kenyataan yang meruntun hati kami, ibu mertua kepada sepupu saya yang ketika itu baru sebulan melangsungkan perkahwinan telah kembali ke rahmatullah kerana terjatuh di bilik air dan disahkan mati otak...Al-Fatihah....

8 Julai : Di tengah hari Jumaat, mendapat khabar pula yang ayah tam (bapa saudara) saya pula telah meninggalkan kami semua. Hibanya Allah saja yang tahu....Al- Fatihah...

3 Ogos (3 Ramadhan) : Kira -kira pukul 8 pagi, abah pula dijemput Ilahi. Sedihnya kian berganda. Namun saya redhakan pemergian abah di bulan yang mulia ini...Terasa semuanya mimpi...

Moga Abah, Abang, Ayah Tam, Makcik dan mereka yang telah tiada tenang di sana...Moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman di sisi-Nya...Al- fatihah...