Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Tuesday, December 09, 2008

Post #23 : Aku pasrah...



Aku dah bincang ngan mak n abg ipar aku.. dan setelah aku pikir2 kan..aku tak pegi PTD assessment kat kemaman tu (dengan alasan2 aku sendiri).. aku hanya berdoa ada rezeki untuk aku akan datang, yang lebih baik (tak semestinya dengan melepaskan peluang gi assessment ni aku tak leh nak apply semula)...
Aku pasrah, Allah tau yang terbaik untuk aku (walaupun Kak Ngah aku akan bising2 bila aku bagitau aku tak jadi pegi Jumaat ni - 12hb 12)

Thursday, December 04, 2008

Post #22 : Alasan bagaimana?

Aku tengah dalam kepening2 peningan lalat.. Lalat2 telah mengacau hidup aku lagi...
Ya Allah, aku tak tau apa harus aku putuskan.. nak pegi Assessment PTD, aku kena mintak cuti sehari ngn bos.

Tapi... aku tak harap aku boleh cuti 12hb 12 ni..sebab hari kelmarin (Selasa) aku dah try nak mintak cuti raya.. tapi jawapan yg aku terima dari bos kesayanganku :

" Bukan saya taknak bagi awak cuti 9hb tu, tapi memandangkan awak belum lagi kerja cukup sebulan, lagipun kalau awak kata awak boleh ganti cuti tu ngan kerja hari sabtu or ahad, rasanya tak boleh. Sebab apa, sebab tugas2 harian awak tak melibatkan kerja OT"

Penuh panjang lebar dan aku memang betul2 faham..

Aku pun tersengih macam kerang busuk, sebab sebenarnya bukanlah cuti hari raya tu (9hb) yang aku nak sangat, tapi cuti 12hb tu yang aku betul2 nak mintak. Aku nak gi PTD PAC tu, walaupun aku tak berapa yakin aku leh lulus. Lagipun kursus tu sehari je (dr pagi-petang), tak macam kawan aku, kena 3 hari..

Aku harap Bad dpt tolong aku create alasan yang paling sesuai untuk aku mintak EL untuk 12hb ni..

Tuesday, November 25, 2008

Post #21 : Kerja semula

Alhamdulillah..setelah 2 bulan lebih aku memerap kat umah (pahang), akhirnya aku dah dapat keje...terima kasih atas pertolongan bekas bos aku (sekarang dah jadi bos aku semula) sebab recommend aku untuk keje kat Bernama lagi, dulu aku keje kat level G skang dah pindah ke tingkat 8..

dah seminggu aku jadi warga tetap bernama (bermula 17/11/2008) bersama2 ngan Tadzman n lagi beberapa muka baru yang lapor diri sesama ngn kitorang kat HR. macam biasa aku jumpa dengan kawan2 sekerja yang dah memang asal ada kat situ, hepi dapat jumpa kawan2 lama..

Aku harap dapat menjadi pekerja cemerlang bukan saja dalam Infolib, tapi untuk 1 BERNAMA, 1 Kementerian Penerangan, 1 Malaysia!!!.... Chaiyokk...!!

Monday, September 29, 2008

Post #20 : Saja nak mengada

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Post #19 : Pengat Pisang


Hari ni dah masuk hari ke 29 umat Islam berpose.. malam semalam..aku masak pengat pisang untuk berbuka..oleh kerana penghuni rumah yang tak ramai..maka secara otomatik aku telah menghabiskan 2 mangkuk pengat pisang waktu berbuka..(sayang kalo tak makan). Lepas buat kuih bikin sendiri (muruku) ngan mak aku, aku makan pengat pisang lagi, dan dengan baik hati abg aku buatkan aku air nescafe yg tahap kemanisannye susah untuk aku terima (nak suruh adik dia cepat2 dpt diabetes ke)..
Kira2 pukul 3 pagi.. aku telah mengalami sakit 2 yang mengundang rasa tak selesa di bahagian perut...mungkin penangan pengat pisang dan air nescafe... aduhhh.....

Thursday, September 18, 2008

Post #18 : Sweet Alya

Ni citer pasal Alya (anak buah aku umornye 3 tahun)

Semalam..aku melayan anak2 buah aku (anak kak long) melukis..
kerana excited dapat crayon yang baru dibeli oleh Mak Der (akak aku no.3) kat Cowboy.. Alya terus cari buku ABC die, minta aku 'kaler'kan semua gambar2 dalam buku tu..
Aku suruh die kaler, asyik la duk kata tak pandai. Sudahnya aku yang kalerkan untuk die semua skali..

Semalam..Alya n Aqil (adik Alya)..
lepas je waktu berbuka terus datang umah.. ajak aku lukis2 untuk diorang.
Kertas nama2 hadiah (yang ibu dorang punya) jadi mangsa hasil seni kreatif dua beradik tu..
Aku lukiskan gambar belon. Ada tiga belon.. warna merah (Aqil punye), warna ungu (Alya punye) n warna biru muda (aku punye).. macam2 aku lukis tapi dua beradik tu dah syok sgt dengan lukisan belon aku tu..

Sampaikan...waktu tidur die tidur sekali dengan lukisan belon aku tu.. (Alya biasa tidur dengan aku sejak aku duk umah) .

Pagi2 lagi lepas bangun je terus die kejutkan aku..

"Maksu, mana belon kakak?"
"Emm..maksu taktau la kakak" (Aku tengah mamai)
"Maksu2!!! kakak dah jumpe..! kakak nak balik!"
Terus die balik umah ibu die bawak lukisan belon tu...

30 minit kemudian..

"Maksu2!.. bangun laa..."
"Ye...ye maksu bangun"
"Maksu, kakak buat kapal terbang untuk maksu"

Aku bukak mata..aku tengok ada 'kapal terbang' kertas dengan rupa yang tak berapa nak jadi kapal terbang kat sebelah bantal aku... aku tersenyum sendirian.. ALYA...ALYA..

Post #17 : Melawan Kesepian - Siti Nurhaliza

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…
Semoga kepergianmu
Tak akan…

Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti..

Thursday, July 31, 2008

Post #16 : Hari terakhir..dan bermula 1 2 3...

Dah 2 3 hari rasanya aku tak menulis, hari ni mood aku macam biasa (rasa seperti suam-suam kuku sebab sedih sikit hari ni hari last aku kat BERNAMA).

Hari ni aku bangun awal, pukul 4 pagi setelah terjaga kerana kesejukan angin kipas yang meniup aku sepanjang malam hinggakan aku terjaga dari tidur sebab aku rasa macam perut aku masuk angin (angin dari kipas kot).

Petang semalam akak aku ajak tidur (bermalam) kat umah sepupu aku kat Shah Alam, tapi aku taknak sebab mengenangkan ada banyak benda aku nak bawak ke ofis esoknya (hari ni la).

Tengahari kat ofis, warga Infolib buat jamuan khas sempena 'keberhentian' perkhidmatan aku, Aziz n Shah kat Infolib BERNAMA. Makanan ada yg dimasak ada yg tempah..tapi ALHAMDULILLAH SEDAP... :)

Sebelum acara makan2, kami bertiga diminta bagi ucapan sikit...mula2 Shah, dituruti Aziz n aku.
Mula2 nak bagi ucapan aku memang cool aje.. (tak gelabah sgt).. Elok2..part tengah2 aku berucap..aku pandang muka bos, muka kak ron n kak ani..aku rasa sebak. :_( MAKA BERDERAILAH air mata aku..hehehe..(malu nye aku!!) . Nasib baik Mr. Ragu 'cool down' kan aku.. (maceh Mr. Ragu).

Bila dah 'cool down' tu aku pun sempatlah buat lawak tepi jalan skit2 masa nak ending ucapan aku tu (aku bukan la jenis pandai melawak sgt masa time2 keje kat Infolib ni)..

Time makan tu ada 2 pasang mata orang2 telah memandang aku n Ozah, mungkin sebab mata aku sembab menangis (cengengnye aku...!!!). Tapi orang2 yg pandang aku tu tak lain tak bukan mmg suka menyakat orang..hehehe..

Alahai sedihnye tinggalkan warga2 Infolib....hari terakhir,aku balik lambat hari ni..tinggalkan infolib dalam pukul 6.30 pm. Aku balik naik bas ngn Rani terus ke Pekeliling amik bas ke Temerloh kul 8.00 pm. Dalam bas.aku mengelamun macam orang2 lain dalam bas tu gak...

'Go go 1 2 3 cari kerjaa baruuuu...lalalalala!!!!'

Dalam bas insiden lain pulak... ada GADUH2!!!!.. Aku nak citer ke tak ek?????

Monday, July 28, 2008

Post #15 : Kesan Zikir terhadap Otak Manusia


Aku tertarik nak mengupas sedikit mengenai topik ni. Sebelum ini aku pernah terbaca satu artikel mengenai kesan zikir terhadap otak kita.Hm, jika dibuat perbandingan dengan 14 juta saraf yang terdapat dalam otak kita, dah hampir menyamai jumlah 16 juta saraf yang terdapat di bahagian tubuh kita yang lain. Dan yang menariknya 14 juta saraf di otak ini akan berinteraksi dengan 16 juta saraf di bahagian tubuh kita yang lain untuk membentuk pelbagai aktiviti fizikal dan pemahaman ilmu yang kita peroleh daripada interaksi bio-elektrik saraf-saraf tu.

Apa kaitannya dengan zikir dan otak???

Ok, apabila kita itu berzikir, tentulah melibatkan pengulangan sebutan kalimah-kalimah suci Allah. Pada masa tu, beberapa kawasan otak yang terlibat akan jadi aktif. Sekaligus mewujudkan satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. 

Hm..apa pula kesan bila saraf-saraf otak kita dah jadi aktif???

Ya, bila otak aktif, secara tak langsung pemikiran kita jadi lebih meluas, mudah untuk memahami perkara baru. Otak yang aktif pun akan mudah bagi kita melihat sesuatu perkara dari sudut perspektif yang berbeza-beza. Ini sekaligus menjadikan kita semakin kreatif dan kritis.  Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Cakap saja boleh, tapi apa buktinya???

[Maklumat dari artikel] -- Dalam tahun 1993, sekumpulan pakar di Universiti Washington ada menghasilkan kajian makmal  dengan melakukan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda dan mereka perlu membaca setiap perkataan tersebut satu persatu. Part yang menarik ialah apabila sukarelawan ini menyebut senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, imbasan PET menunjukkan aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.  Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jadi rasanya tak rugi kita berzikir sebab tak perlu keluar duit, tak perlu keluar tenaga dan tiada istilah kesuntukan untuk ganjaran pahala. Otak jadi sihat, hati jadi bersih, pahala pun dapat. :-)

Wednesday, July 23, 2008

Post #14 : Menjadi sedar

Aku baru terbaca salah satu cerpen dalam buku "Mendakap Kasih Guru" susunan Azman Ahmad. Tajuknya "Kenangan terakhir". Ceritanya pendek, dan jalan ceritanya sangat2 mudah difahami. Ceritanya macam ni. Rozi, watak utama dalam cerita ni, seorang pelajar perempuan yang nakal (suka buat kes) tiba2 berubah. Berubah menjadi apa? Barbie doll yang cantik?? Rozi sebenarnya menjadi lebih baik dengan perubahan perangai yang dulunya suka menganggu kawan2 sekelasnya, setelah ditukarkan ke kelas lain atas arahan guru kelasnya.

Kenapa dia tiba2 berubah? Adakah sebab dia dah rasa tak best ngan situasi kelas baru die? Sebab dia tak leh nak ganggu kawan2 die lagi? (Dalam cerita sebenar jalan ceritanya ringkas dan tak ada jawapan untuk menjawab soalan2 tu)

Hanya satu yang dapat aku ringkaskan.. sebabnya "MATI" atau dengan lebih afdal "MENINGGALKAN DUNIA" setelah MENJADI SEDAR.

Rozi mungkin dapat rasa (MENJADI SEDAR) dia banyak melakukan kesalahan, dan mungkin dapat merasakan ajal dia hampir tiba.

Satu hari dia berjumpa dengan guru kelas dia, beria-ia benar Rozi menyatakan dia nak balik semula ke kelas asalnya. Sejak dari hari tu, hampir tiap kali terserempak dengan mantan guru kelas dia tu, dia akan merayu perkara yang sama. Hinggalah pada satu hari, "Cikgu, jangan lupa ya hari Isnin minggu depan saye pindah ke tempat asal saye". Mantan guru kelasnya cakap "InsyaAllah"

Hari Isnin tu, sebaik sahaja bertemu dengan guru kelas Rozi, mantan guru kelas Rozi pun bertanya, "Ada nampak tak pelajar yang bernama Rozi?"
"Encik tak tahu? Rozi sudah tidak ada lagi," kata guru kelasnya.
"Dia meninggal dunia semalam. Dia cedera parah dilanggar lori dalam kemalangan jalan raya Sabtu lalu," sayu suara guru kelasnya menyampaikan berita kematian Rozi.

Serta-merta terngiang-ngiang kata-kata Rozi pada minggu lepas.

Dalam cerpen ni, daripada seorang pelajar yang nakal, Rozi dah banyak berubah..MENJADI SEDAR untuk diri sendiri. Mungkin selepas kematiannya maka wujudlah alasan kenapa Rozi berubah. Sebenarnya bukan hanya sebab Rozi tahu ajal dia akan tiba, baru dia MENJADI SEDAR.

Kita berubah MENJADI SEDAR atas banyak sebab. Dalam tahap2 tertentu dan situasi tertentu, seringkali kita mengalami dan dapat rasa MENJADI SEDAR apa yang kita buat itu sama ada salah atau tidak. Rasanya semua orang rasa macam tu. MENJADI SEDAR yang wujud dalam perasaan dan fikiran dianggap tak relevan sebab tidak berlaku apa2 perubahan secara jasmani, 'verbal', perbuatan. Hanya melengkapkan MENJADI SEDAR itu bila ia wujud sama dalam rohani dan jasmani dan aku guna istilah aku sendiri 'mengalami titik perubahan'. Salah satu titik perubahannya, dalam kes ROZI; berubah dari seorang pelajar yang nakal kepada pelajar yang baik, dan titik perubahan itu disedari setelah Rozi meninggal dunia (akibat). Hanya setelah adanya perubahan(sebab) dan akibat, maka "MENJADI SEDAR" itu lengkap dengan peralihan yang sinonim 'negatif ke positif'. (Pada pendapat aku 'SEDAR' ni bila kita tau dan dapat menilai sesuatu dan membezakan sesuatu itu positif atau negatif ).

Aku selalu 'MENJADI SEDAR' tetapi tidak nampak sebab tidak ada titik perubahan tu. Kalau tak orang akan cakap "Dia dah sedar selama ni dengan ape yang dia buat"

Post #13 : Rindu

Perasaan rindu dah mula menusuk kalbu. Setulus hati aku rindu pada orang-orang yang telah banyak memahat momen indah dan bererti dalam hidup aku.
Aku bukan penyair mahupun pemuisi. Aku tak pandai nak tulis ayat-ayat cair menggambarkan perasaan hati. Aku hanya nak cakap "AKU SENTIASA RINDU KAMU".

 
Awww!

 
Jadual kerinduanku mengikut hari (hahaha)

Monday, July 21, 2008

Post #12 : Rasa bersalah

Hari ni permulaan minggu baru, hari Isnin yang aku sangka nak hujan je pagi ni, tapi tak hujan.


Malam semalam sebelum tido, aku dah set jam handset pukul 5.00 pagi sebab aku nak bersahur, nak puasa. Kebiasaannya aku bangun 5.30 pagi (hanya untuk hari bekerja). Kalau hari minggu faham2 lah.. Oleh kerana letih balik dari kampung semalam tak hilang lagi(aku sampai KL pukul 2.00 pagi), aku tido lalu malas le nak meng'iron' baju untuk dipakai gi kerja esok pagi (pagi ni) ni.

Kringggg!!! Aku bangun pagi tadi..rasa malas sgt nak bersiap2 gi kerja. Jam dah bising2, aku off kan, aku tido semula. Oleh kerana aku ni hanya makan gaji, terpaksa jugak aku gagahkan diri bangun,kena meng'iron' baju. Baju yang senang di'iron'..yaa! aku memilih jubah pagi ni.

Menu sahur aku - roti + jem kacang + air nestum

Dalam tren (KTM) aku berdiri. Walaupun pagi ni agak awal keluar dari rumah (6.20 pg), tapi adalah satu keajaiban kalau tren 6.33 pagi, ada seat untuk duduk.

Pagi yg agak lancar (sewaktu dlm perjalanan nak sampai ofis) sebab aku sampai ofis pukul 7.38 pagi. Dan seperti biasa aku kemas2 library, dan switch on PC kaunter dan PC meja aku.

'Kenapa suratkhabar belum sampai lagi?' (Biasanya pagi2 sampai je kat ofis, suratkhabar dah menunggu aku untuk di'divide' dan dicop2)

Pukul 8.00 pagi, baru lah minah yang hantar suratkhabar hari2 tu datang,dengan muka yg agak serius (dia suka duk kacau aku selalunya). Pagi ni mungkin dia tak nak masuk dalam library sebab aku cuma nampak dia park troli suratkhabar tu kat depan pintu masuk library n terus hantar suratkhabar ke AV dulu (sebelah ngn library). Aku pun dgn hati yg tulus dan mulus, ambik la suratkhabar khas untuk library kat troli tu.

Sedang syok duk kira2... maka lalulah Kak A dan Kak N (ofismate aku) yg on da way nk gi beli sarapan kat Kak Ima (AV).

Dorang cakap "Eh, Baina..jangan2..biar dia bawak masuk dalam suratkhabar tu. Dah tugas dia". "Takpelah Kak, saye bawak masuk..tak berat ni"

Dengan tiba2 muncullah minah suratkhabar tu dgn muka agak serius (aku takut gak kalo tengok die marah).Die pun bersuara.. "Tak apa,biar aku angkat ini sume..aku kan low class" Dah tengok dia macam tu, aku pun serba-salah. Terus Kak A dan Kak N meng'chow'kan diri..

Serta merta aku rasa bersalah.. "Eh takpe, biar saye yang angkat je.."
Kak A dan Kak N beria-ia larang aku angkat paper tu..last2, aku biar je minah tu angkat..Aku tak berani tegur dia (minah tu la) sebab muka dia dah lain macam (kalau ditegur mungkin akan menyebabkan gempa bumi berlaku)

Lepas setel2 menghadiahkan suratkhabar kat aku, aku hadiahkan minah tu "Terima kasih"

Kak N pun dtg kat aku, "Baina, lain kali tak payah angkat surat khabar tu. biar die angkat sendiri, nanti kalau kite ambil sendiri, kalau tak cukup n salah kira, mesti dia salahkan kita.." "Ok Kak.."

Hari ni aku rasa BERSALAH..

Post #11 : Ini lagu (menusuk jantungku)



Tajuk/Lirik Lagu: Tanpa
Penyanyi: Sixth Sense (6th Sense)


Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

(Korus)
Tanpa cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati..

(ulang chorus)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti

Takut.. Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati

Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

p/s: biarkan hari ni aku ber'jiwang' sorang2..

Friday, July 18, 2008

Post #10 : Penengan buah limau..



Hari jumaat yg indah ini telah diindahkan lagi dengan makan free kat opis..

al-kisahnya..

SEMALAM ....Kak Ron: Baina, esok ada makan2 kat opis..jangan lupe tau!
"Yeke..bestnye! Kak Ron ke yang masak?"
Kak Ron: Yelah, kak Ron masak ayam goreng berempah, ayam en. Mohamod yg sponsor"

Kira-kira pukul 6.45 ptg..

Dalam kete nk balik umah, saye pun taip sms..
"Ozah, esok nak puasa tak? Tadi ada tak Kak Ron cakap kat Ozah esok nak wat makan2 kt opis?"

"Tak de lak kak Ron cakap ape2.. em, kte dijmput ke??"

"Kak Ron ade cakap kat Baina tadi. esok ingt x jadi nak puasa.. nnti tak sedap lak wat makan2 kite tak join. Kalo tak dijemput takpe.."

"Ok, esok jgn lupa beli sarapan!"

Seperti kebiasaan waktu pagi, on da way menapak ke opis terchenta, saye n Ozah selalu beli sarapan (nasi lemak la biasanye) kat gerai depan Persatuan Sejarah M'sia tu.. mmg sedap, murah dan banyak nasi lemak die..
HARI NI..
Saye pun belilah sarapan pagi, tapi hari ni beli bihun goreng (RM 1 je). On da way ke opis, nampak Ozah bawak tupperware2 dari kete Kak Ron.
Dalam hati 'Upss!!! sarapan dah beli..'
"Baina!"
"Eh Ozah, kak Ron jadi ye buat makan2"
"Ha'ah"
"Ozah dah beli sarapan ke"
"Dah..."
Sampai je kat opis, saye terus wat tugas2 biasa dengan penuh dedikasi (divide suratkhabar n cop suratkhabar). Pastu jenguk Ozah kat pantri.. 'Tengah potong timun rupanye..'
Ozah : Kite nak sarapan dulu ke?
"Ok je..ikutlah.."
Saye n Ozah pun duk la sarapan. Saye ngn bihun goreng, Ozah lak nasi berlauk. Sedang duk syok bersarapan, Kak Ron ngn Kak Ani pun masuk dalam pantri.
"Haa...kan dah cakap dari hari tu, nak wat makan2 kat opis! Budak ni bertuah betoi!"
Saye n Ozah tersengih cam kerang busuk je..
Ozah : Ingatkan Kak Ron nak wat makan tengahari..
Kak Ani : Takkan nasi lemak nak makan waktu tengahari..
"Takpe..ini kira sarapan pukul 8 pagi..hehehe"
Pukul 9 tu, terpaksa lah makan sarapan untuk kali ke-2. Acara makan2 ni dibuat secara berjemaah dalam bilik meeting ngn staf lain2. Saye n Ozah dah senak perut melantak banyak sgt. Dalam bilik meeting, Kak Ron duk menyakat kami berdua.. "Tambah la lagi Ozah ngn Baina.. skit je makan tu..Mamod,Ozah ni segan ada Abg Saiful .." Dalam kesenakan teramat, saye pun buat2 gelak jelah ngn Ozah..
Apa2 pun rezeki.. ALHAMDULILLAH...
Tengahari tu..pekena pulak buah limau..yang sebenarnya tak berapa masam pun..tapi akibat dek makan sambal ikan bilis Kak Ima yg banyak dicampur dengan khasiat buah limau yg telah meresap sebati dlm perut.. saya n Ozah mengalami 'penangan buah limau' menyebabkan kami sakit perut sikit2 petang ni..

Post #9 : Bakal diberhentikan

Setelah hampir 8 bulan memberi khidmat bakti kepada BERNAMA (Pusat Maklumat dan Perpustakaan aka INFOLIB), akhirnya saye bakal menamatkan perkhidmatan secara kontrak saye di sini pada akhir bulan ini.."

Agak sedih berada di minggu-minggu terakhir di sini..


1. Bos saye yg banyak beri tunjuk ajar n kata2 nasihat.
2. Cik Mas (second bos) yang banyak menggumbirakan hati saye sepanjang di Infolib
3. En Mohamod (bos unit) yang tak pernah marah saye.. hehehe
4. Kak Nani, Kak Ron, Kak Ani, Kak Ros, Ozah, Kak Yana, Aziz, Shah, Fikri, Fikri Abd Aziz, Tadzman, Kak Liza, Zaki, En Arif, En Wahid, En Razak, En Halim, En Ragu, En Saiful, Pn Laalitha..(ermm..ada yg tertinggal ke)

Doakan saye dapat kerja yg bagus pas ni..

Thursday, July 17, 2008

Post #8 : Nikah kahwin


Tadi baru aje 'O' (kawan pejabat) YM, dia cakap:

"Nak kawin...".

Saya tanya O,kenapa tiba2 pagi2 yg sejuk macam pijak lantai antartika ni timbul persoalan kawin..

"O tengah download lagu org kawin, member O mintak tolong carikan.."

Saye teringat, minggu lepas O ada cakap kawan dia satu UIA nak kawin bulan depan. Tak silap saye 16 Ogos depan.

"Baina pun nak kawin gak.." "Tapi duit x cukup lagi"

Dah 24 tahun saye hidup..agak2 jodoh tiba umur berapa???

KAWIN..sebelum kawin kena la akad nikah..sapa yg sudi me'nikah' dengan saye???? =P

Post #7 : Festival Membaca 2008

2 hingga 4 julai lepas ada festival membaca kat PWTC. saye terlibat gak sikit2 dalam program tu 'Urusetia tempekan'...hehehe. Sebenarnya kalo bos saye tak suruh saye gi tolong die conduct survey dr PPM (persatuan pustakawan msia) tu, saye pun tak tau ada event tu.. ermm..kenapa promosi kurang??? PNM (Perpustakaan Negara Msia) ngn Kem. Kebudayaan, Kesenian dot,dot, dot kena lah lebihkan promosi. Nak tarik bebudak suka membaca, tapi pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan masa festival tu pun saye tak tau.

Oh ye.. pasal survey tu, sebenarnye corner yg saye kena jaga ialah 'Teroka Dunia Sesawang' share tempat ngn PNM. So ada la sediakan PC kat area situ, dalam 15 bijik kot. PC yg diangkat dr PNM la kot. Bos dah siap2 prepare soalan mengenai PPM n BLIS (BERNAMA Library and Infolink Service) untuk dijawab oleh orang-orang yg terer guna PC n internet browsing. Soalan tu takde la susah sgt, cuma kena pandai tengok modul (BLIS) je. Hadiah top 3 yg dorang dapat.. buku2 sumbangan PNM (nama pun festival membaca)..

Saye cuma ke sana pada 3 n 4hb tapi sambutan tak menggalakkan sangat (komen yg jujur) sebab ada ke patut buat time budak sekolah.. buat lah cuti Sabtu Ahad ke.. so orang pun macam suam2 kuku nak datang,tambahan lak gerai2 jualan pun tak berapa nak cukup makan..buat syarat je..

Apa-apa pun..saye rileks je duk sana, jadi Urusetia TEMPEKAN, menempekkan muka sambil menunggu orang-orang bijak pandai menjawab soalan kuiz... yang penting dalam 2 hari saye gi sana .. BORANG KUIZ TU HABISSSS!!!!...

Monday, July 14, 2008

Post #6 : Hari isnin yang...

hari sabtu dah ahad lepas saye balik kampung...jadi memang cuti lah kedua-dua hari tersebut. ingatkan nak keje semalam (ahad) tapi tiba2 malas je rasa. saya balik KL dengan akak bertolak dari temerloh kul 5.30 pagi. sampai KL kul berapa??? biasalah ISNIN.... sampai KL pukul 8.30 pagi nasib baik saye punch card tadi '8.29' pagi.. fuhhhh... sempat... :)

Friday, July 11, 2008

Post #5 : Nak balik kampung... :(

Rindu nya nak balik kampung..dah lama tak balik kampung...
:(

Post #4 : Makan...makan...

Hari ni sejuk sgt kat ofis..sejukkkk....
Tadi makan free waktu lunch...
Sedap Kak Ron masak.. alhamdulillah rezeki..

Thursday, July 10, 2008

Post #3 : Esok Makan Apa?

Hari esok adalah hari yang best! kenapa? sebab kak ron (ofismate) saye sekali lagi ingin menunjukkan kepakaran beliau dalam masak-memasak.. kesimpulannya, ada org sponsor, jimat lah duit lunch untuk esok..!!! :P

Post #2 : Aku demam

Aku demam...mungkin last week aku melawat adik2 sepupu aku yg tak berapa sihat... aku demam...