Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Thursday, April 22, 2010

Post #78 : Apa lagi yang mampu...

Setelah beberapa minggu menanti dengan penuh debar, akhirnya keputusan interview SPA aku terjawab.aku tidak berjaya,hanya dikategorikan sebagai 'calon simpanan'. Berkali-kali aku memujuk diri, memohon agar keputusan yg terpampang jelas di laman web itu tidak muktamad, dengan erti kata lain, aku tidak mahu menerima kenyataan yang aku tidak berjaya. Pada petang itu, hari rabu, 15hb., aku sekadar suka2 melayari laman web SPA, tidak sangka yang keputusan temuduga yang sepatutnya boleh disemak bermula 16hb(keesokan hari) sudah boleh disemak pada petang itu. Hati aku dup dap dup dap menunggu page yg tengah loading, setelah no.IC aku dimasukkan, butang enter ditekan..aku meneka2 aku akan berjaya..tapi..apa lagi yang mampu aku...

Setelah itu berkali-kali aku tekan2 F5 di page yg sama,mengharapkan ayat yang sama tidak tertera menyatakan aku 'calon simpanan utk tempoh 1 tahun'...walaupun banyak rasa kecewa,namun masih ada segunung harapan, untuk aku menunggu surat tawaran melapor diri jika dipanggil oleh pihak SPA,segunung harapan selama 365 hari.

Sudah 2 orang bertanyakan keputusan temuduga aku, maksud aku, rakan sekerja aku. Oh ya, aku hanya katakan 'tiada rezeki'. Malu juga kerana hampir 1 unit di ofis tahu aku berurusan dengan bahagian HR untuk urusan pengesahan dan dokumen keperluan untuk hadir temuduga itu. Dan aku masih ingat kata2 aku pada mak selesai interview ini di kuantan kira-kira 5 minggu lepas, 'Kalau aku dapat kerja ini, gaji aku akan naik, jadi aku mahu buat garaj kereta di rumah di kampung'. 'Maaf mak, belum cukup duit gaji untuk buat garaj kereta tambahan kat rumah kita' :)

Aku percaya, ujian ini bukan untuk melabelkan aku tidak layak untuk mendapat apa yang aku inginkan. Aku telah terlepas sesuatu yang aku inginkan,impikan. Bukan hanya ini sahaja, 'banyak' juga sebenarnya. Kamu di luar sana pun, pasti ada banyak benda @ perkara yang kamu inginkan,idamkan, terlepas, dan mungkin kamu kecewa. Secara rasional, aku tahu, ada hikmahnya..itulah yang aku baca di dalam buku 'Aura Personaliti Warna' karya Mir Hazil Azran Ramli. Oh ya, aku menjalani ujian di dalam buku ni, dan yang aku nilai sendiri, dan aku adalah 'violet'. Warna yang aku jarang bayangkan dengan diri aku. :) (Aku agak penat untuk membaca setelah balik dari kerja, yang kadang2 memaksa aku sampai di Pantai Indah ketika orang lain yang tidurnya sudah masuk mimpi round ke-2)...namun aku paksa diri untuk membaca, kerana aku percaya aku suka membaca, kalau tidak, takkanlah 5 tahun kebelakang dan tahun2 sebelumnya, aku suka membaca buku@ majalah yang sama berulang kali.

Allah, bukakan pintu rezeki yang luas untuk aku, dan kamu di luar sana. InsyaAllah, aku akan berusaha lagi, untuk mendapatkan apa yang aku idamkan..dan sekarang, aku sudah meletakkan harapan baru, mendapatkan Master dan seterusnya PHD, walau aku tidak bergaji banyak, aku akan mencari jalan untuk membiayai pengajian aku nanti. Doakan aku ye pembaca semua.

Thursday, April 01, 2010

Post #77 : Kerek sangat

*si putih

Al-kisahnye, satu petang dalam minggu lepas dan bulan lepas..

Saya dan si putih menyelusuri tengah-tengah bandaraya yang banyak debu ni..(fuh, dengan terkedek-kedek si putih meluncur membawa saya destinasi kami..iaitu.... RUMAH). Hari tu keje di ofis agak banyak.jadi mood saya pun macam ok tak ok laa. Sepanjang perjalanan yang bermula kira2 jam 5.30 petang itu, fikiran saya menerawang memikirkan macam-macam hal, dari bab keje (emm..macam manalah keputusan interview dgn SPA hari tu..) sampailah ke bab makanan (nak makan apa lah malam ni).

Sampai kat satu traffic light, sedari dari jauh dah nampak lampur merah, maka si putih terkedek-kedek la memberhentikan diri beliau. Di depan si putih ada si colourful yg bermacam warna.  Heh, lupa, kat belakang si putih pun ada lagi geng-geng yang bermacam-macam warna.

Sedang saya dan si putih duduk membatukan diri di tengah-tengah jalanraya yang penuh sesak dek kerana tunggu lampu bertukar ke warna hijau, adalah seorang mamat motor ni yang berhenti betul2 sebelah si putih. Sedang syok saya dan si putih melayan perasaan masing-masing, tiba- tiba mamat itu dengan kenyitan mata yg tak berapa nak kenyit telah menimbulkan perasaan berjuang dalam diri saya secara mencanak-canak. Ini kerana cara mamat itu seolah-olah nak ajak si putih saya ni  race dengan motor beliau! 'Elehhh...',gertak hati saya. 'Aik, mamat ni. dah la bawak motor jer, nak ajak perempuan yang innocent macam saya ni race pulak',..seraya terus saya berpaling dan tarik muka 14 dari mamat tu..Haaa...jahat kan sy! Apa yg nak dibanggakan sangat dengan si putih kau tu!!

Akibat kejahatan fikiran saya pada petang tu,keesokan harinya kawan ofis saya telah menumpang saya waktu balik dari keje. Lepas turunkan kawan saya 1 stesen LRT kat tengah-tengah bandaraya debu ni, saya dah bagi signal awal nak masuk ke kanan, tapi....tapi...tapi... Mungkin balasan juga buat saya bila saya telah dihemburkan perkataan "bodoh" oleh seorang mamat tutttttt~ yangg membonceng motosikal kerana dia merasakan timing saya tak betul waktu nak masuk ke kanan tu, sekaligus menyebabkan dia terpaksa mengelak motosikalnya dari saya..Wah! terkasima sy bila di'tut' oleh mamat motor tu..(lihatlah kejahatan sy merendah-rendahkan mamat motor pada petang sebelumnya, sy telah di'tutttt' oleh mamat motor yang lain pula)...Syabas bette, syabas cik kaktus!!!

Tuesday, March 30, 2010

Post #76 : Salah sendiri



Haiya! Al-kisahnye 2 3 hari lepas duit aku dah hilang RM70..huuu!! Mungkin laa nilai RM70 tu tak banyak bg orang kaya yg dah berkepuk2 duit dlm poket, tapi kalo dah namanya duit, bile lesap ntah ke mane tu yang jadi tanda tanya ! Ntah makhluk mana laa yg amik duit aku tu! Hmmm.....ntah2 aku sendiri yg salah letak kot! Hahaha....

Al-kisah yg lain plak..semalam (Isnin) aku tak datang kerja. Ahad malam tu aku masih di kampung dan aku dah cadang nak bertolak ke termpat kerja straight dari Temerloh subuh semalam. Subuh Isnin tu, tepat jam 4.30 pagi, alarm hp aku berbunyi-bunyi (nak cuba kejutkan aku dari tido la tu!).  Terus la bijik mata aku terpisat2, celik macam nak taknak je.  Dalam terbaring dan mamai, tangan capai HP, terus text kepada ofismate aku, 'Salam. aku nak amik off day hari ni.' Setelah yakin sms tersebut berjaya dihantar, dengan aman dan bahagianya, terus aku sambung tido.Bila mak aku bangun pukul 6, mak buat-buat kelam kabut nak kejutkan aku. Hahaha... Aku rilex je pasal aku mmg dah plan nak off day hari ni. :-)

Jadi bila pagi ni (Selasa), sekembalinya aku ke tempat keje, pagi-pagi sudah kena tegur sama itu bos. Mana tak nya, aku tak planning awal-awal nak ambik off day semalam. Maaf ye bos! Aku rela ditegur dan dimarahi secara profesional atas kesalahan aku sendiri. Yang membaca, jadikan pengajaran. Buat sesuatu biar planning baik2 punya ok. Senang untuk diri sendiri, senangkan orang lain jugak.  :-)

(nota kaki: off day yang kes aku ni boleh claim cuti ganti if aku buat OT. 8 jam (sehari off day))

Tuesday, January 19, 2010

Post #75 : Menulis.(sebab)

Hari ni, aku bertolak agak awal ke ofis. (Maksudku hanya awal beberapa minit).

Kebiasaannya, aku akan keluar dari rumah pukul 7.15 pagi, menuju ke lif, dan untuk keluar dari kawasan parking juga kadang2 memakan masa dan secara puratanya mengambil masa 10 minit. Maka kebiasananya pukul 7.30 barulah aku keluar dari kawasan rumah, bergerak perlahan ke ofis.

Tapi entah kenapa hari ni aku agak awal dari kebiasaan. Aku hanya bersiap-siap seperti biasa, dan aku lihat pada jam di dinding sewaktu menuju ke pintu rumah. Terdetik, "Memang awal 15 minit!!" :)

Rupa-rupanya, ada hikmah (sebab) di sebalik aku bersiap awal. Seperti yang dijangka. KL hujan pagi ni, tetapi tidaklah begitu lebat, hanya cukup untuk menyegarkan bumi yang berusia jutaan tahun, membasahkan debu-debu kota yang penuh lumpur ini. Dan akhirnya, aku tetap sampai di ofis 7.50 pagi (waktu kebiasaan) kerana sewaktu hendak keluar dari kawasan parking di rumah, memang memakan masa juga.

Rutin harian 2010, memang ada sedikit perubahan. Tidak banyak cuma cukup untuk dibuat penilaian dan perbandingan berbanding 2008 dan 2009. walaupun masih makan gaji di tempat yang sama, menyewa di blok yang sama,tetapi rumah sudah bertukar, bilik juga sudah berubah. Dari bilik master, selesa dan lebih privacy, ke bilik yang lebih kecil ruang dan saiz, tentunya terpaksa berkongsi bilik air dengan rakan serumah yang lain (memang hidup adalah berkenaan perkongsian..rite?) Rumah juga lebih tinggi tidak macam dulu. Dulu tidak perlu menunggu lif yang lama untuk ke pintu rumah.. sekarang sedikit demi sedikit perubahan telah dan sedang berlaku. Hidup juga ada kala tinggi dan rendah. Berubah mengikut kehendak dan keterpaksaan.

Oh ya, aku pindah rumah pada pertengahan 2009, kerana tuan rumah mahu menyewa kepada pasangan suami isteri rakyat asing, dan kami satu rumah telah membawa haluan masing2. maksudku, aku dan kakak masih menyewa di blok yang sama tapi di tingkat yg lebih tinggi, manakala rakan serumah ketika itu, tak tahu di mana rumah baru mereka. Macam itu lah hidup, kadang-kadang terpaksa berubah bila dipaksa. Terpaksa pindah rumah oleh kerana telah 'dihalau' oleh tuan punya rumah.. (hehehe).

Dan ada kalanya kita ingin berubah tetapi masih belum diizinkan untuk berubah. Banyak contoh dalam kehidupan kita sehari-hari. Orang berubah ada sebab. Dan lebih penting setiap perkara yang berlaku, sentiasa ada sebab.. Menulis juga ada sebab.. Hari ini aku menulis, kerana aku ada sebab. Aku merindukan sesuatu yang telah lama hilang dari hidup aku. Aku menulis untuk mengenang moment hari ini. Walaupun tiada yang istimewa, aku hanya ingin menulis sebab hari ni, HARI BIASA2 SAJA...

Thursday, January 14, 2010

Post #74 : Impian yang tertunda

Sumber penggalian dari: Petshopbox Studio

Masuk je 2010..semua orang sibuk memasang azam. oh ye! Selamat Tahun Baru 2010, walaupun dah agak lewat, still nak ucap jugak kepada saudara-saudari cikebom cikebom yang sudi jenguk blog aku ni.

Memang dah tersangat lama tak muncul dengan entri baru, blog dah lemau macam biskut meri masuk angin.

Tahun baru, impian baru. Eleh, dah sinonim sangat tu. Kenapa tahun baru mesti ada impian baru? Tahun sudah2 dah tercapaikah impian kita? Aku sangat2 banyak impian, kadang2 impian yang tak masuk akal pun ada. Ok, masuk bab serius. Impian pun kena serius!

Impian aku pada tahun yang sudah, macam2. Antaranya aku nak beli kereta (Alhamdulillah), sekurang-kurangnya kaki aku dah tak lenguh menapak ke tempat kerja. Alhamdulillah 1 impian dah tercapai.

Impian nak sambung master, yang satu ini belum tercapai. Aku memang betul2 mengimpikan impian yang satu ni. Rasanya dah 2 tahun berturut-turut menyambung impian ni. Setakat ni hanya bermimpi jelah..

Walaupun impian yang satu tu belum terlaksana, seperti biasa, 2010 aku dah memasang satu lagi impian. Mudah-mudahan kerjaya aku diberkati Allah dan aku mendapat peluang dan ruang untuk ke satu tahap yang lebih baik untuk memajukan diri. (wah, ayat buku teks sgt2!)..

Last sekali nak cakap, buatlah sebanyak mana impian, pasanglah banyak mana pun hajat. Janji tak nyusahkan mak bapak n orang sekeliling. :-D