Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Thursday, October 20, 2011

Post #96 : Semoga kuatlah menghadapi ujian



Assalamualaikum w.b.t.
Just a quick update..Simple and short.
Mungkin sesetengah dari kita pernah mengalaminya. Mungkin dah kerap mengalaminya. Atau yang pasti kita akan mengalaminya jika diberi kesempatan umur yang panjang. 

Kehilangan orang yang tersayang.

Entri ini cukup membuat saya menangis. 

Mungkin saya terlalu dibuai perasaan. Tapi percayalah, bila anda mengalaminya, jangan kata anda tak membungkam dan menitiskan air mata.

Ada masa, bolehlah baca Entri ini.

Al-fatihah, buat seluruh ahli keluarga, yang disayangi dan sahabat yang lebih dulu dijemput Ilahi. Moga bertambah ingatan, bertambah sedekah dan pahala buat kamu-kamu.

Sekian, jaga diri semua. Assalamualaikum.

Post #95 : Saya bercadang buat Blog lain...




Assalamualaikum w.b.t.

Tajuknya pun very straight forward. Sebenarnya, keinginan ini dah lama membuak-buak dan terpendam begitu sahaja. Oleh kerana, tahun 2011 adalah tahun yang dilimpahi berbagai peristiwa terutamanya di dalam keluarga saya, jadi banyak kerja tertunda. Maksud saya, kerja melukis yang tertunda. 

Disebabkan sebelum ini pun saya bukanlah seorang penggiat seni yang aktif, maka dalam waktu terdekat, saya bercadang mewujudkan blog seni saya sendiri. Seni sangat ke orangnya saya ni? Tidaklah, blog itu nanti bakal jadi blog yang lebih khusus untuk saya luahkan dan kongsikan karya seni tak seberapa dari saya. Tidak kisahlah berapa pun bilangan followers atau yang sekadar singgah, atau yang drop comment, sebab dari awal tujuan saya ber'blog adalah hanya kepuasan dan share setakat apa yang saya rasa sesuai untuk saya share di sini. 

Tunggu sajalah dan harap kawan2 dapat bagi support juga dan doakan saya ye...:-) Jaga diri semua...

Wednesday, October 12, 2011

Post #94 : Hidup lebih bermakna (Bah. 2)


Assalamualaikum pembaca, entri kali ini adalah sambungan dari entri ini. Saya sebetulnya sangat-sangat bersyukur diberi kehidupan dan ketentuan begini sepanjang hidup dan nafas saya hingga ke saat ini. Pemergian arwah Tok memberi tamparan hebat dari segi emosi saya terutamanya. Seperti di entri lepas, arwah Tok meninggal dunia ketika saya berusia 12 tahun. Dan tentunya ketika itu, saya seperti kehilangan tempat bergantung dan bermanja. Sedari saya dan adik-beradik dibesarkan oleh Emak, seorang ibu tunggal, kami tinggal bersama-sama dengan Tok dan Wan di sebelah Emak.


Hari-hari berlalu dan pada ketika saya menunggu keputusan peperiksaan UPSR yang ketika itu masih tiada subjek sains, saya lalui dengan tenang bersama-sama Emak, Wan dan adik-beradik lain. Teringat kenangan manis ketika itu yang mana sekolah saya ada menganjurkan pertandingan karaoke untuk murid-murid yang selesai menduduki UPSR. Pada mula-mulanya, saya tak berniat pun nak masuk pertandingan tu, kerana pada ketika itu, saya adalah kanak-kanak yang tebal dengan sifat pemalu (hehehe). Waima bercakap dengan murid lelaki sekelas pun saya segan-segan. Akhirnya, setelah dipujuk oleh kawan-kawan, saya pun masuk jugaklah pertandingan tu.


Seminggu sebelum pertandingan, saya dan kawan-kawan sibuk berlatih, mengasah suara.hehehe... Cikgu memberi kami VCD karaoke dan meminta kami memilih lagu daripadanya. Kami kena praktis menyanyi di rumah. Pada ketika giliran saya membawa pulang VCD tu ke rumah, saya telah memasangnya di rumah jiran saya di belakang rumah, kerana di rumah kami tiada pemain VCD ketika itu. Maka saya pun sempatlah berlatih 2 3 kali dengan lagu yang saya pilih tu. Emak dan Wan yang meminta saya memilih lagu tu. Lagu apa ye??? :-)

Tiba hari pertandingan, (tak salah saya diadakan pada hari sabtu) saya dan kawan-kawan pun mengayuhlah basikal ke sekolah pagi-pagi lagi. Sepanjang perjalanan, saya rasa sangat kembang kempis hidung ni. Mana taknya, kawan-kawan memuji baju saya sangat cantik, dan saya mekap pun cantik (huhuhu). Sebenarnya Emak menyuruh saya memakai baju kurung kedah berwarna maroon yang kainnya ala-ala songket kepunyaan Wan saya. Baju tu agak besar dan kainnya agak longgar dengan saya ketika tu. Jadi, Emak sangat kreatif. Emak telah mengikat kain yang longgar di bahagian pinggang saya tu dengan tali rafia bagi mengelakkan kain tu terlucut. Kelakar rasanya, walaupun agak ketat di bahagian pinggang bila diikat dengan tali rafia, kain tu memang tak terlucut.

Bila tiba giliran saya menyanyi, oh Tuhan... nyanyian saya pada awalnya terlebih laju dari tempo. Mujurlah sempat cover balik. Lagu yang saya nyanyi ialah lagu dari Norsheila Amin iaitu Ahai Usahlah... Mungkin yang muda-muda ni tak biasa dengar lagu ni. Tapi masa saya kecik-kecik dulu, Norsheila Amin ni one of my favourite female singer selain dari Aishah, Francisca Peter dan Ramlah Ram. Ni nak tempek sikit lirik lagu ni, catchy jugak lagunya. Berunsur nasihat...

Ahai Usahlah  (Norsheila Amin)

Jika pandang banyak bahayanya
Mata bertentangan kau mungkin tergoda
Usah dekat dekat kalau dah berpunya
Nanti kau terpikat padah akibatnya

Lunak suara bijaknya mengatur kata
Berbagai cerita lucu jenaka
Menjadi umpanannya...

Ahai usahlah kau biar minyak dan api
Nanti yang terbakar dirimu sendiri
Jangan paras rupa gaya serta harta
Itu semua lakonan belaka

Hai... udang bersama udang 
Tak sama anak tenggiri
Yang bujang bersama bujang
Yang berpunya ketepi

Hai... udang bersama udang
Tak sama anak tenggiri
Menumpang kekasih orang
Merana sendiri

Gelora di hati tenang tenangkan
Perkukuhkan lah iman...
Diturutkan hati turutkan rasa
Dirimu... akhirnya...
Rosak binasa...


Inilah Norsheila Amin

Al-kisahnya, kami yang masuk pertandingan tu semua berdebar-debar menunggukan keputusan pertandingan. Bila semua peserta dah habis melalak, turn Cikgu pulak menunjukkan bakat nyanyian. Dalam pada tu, saya dan kawan-kawan pun asyik teka-meneka siapa yang bakal jadi Juara Karaoke Idol SKKT 1996 (hahaha, ok tipu itu nama reka sendiri je). Apa, tahun 1996? wah...berkurun dah tu. So, kira sendirilah umur saya sekarang, kalau tahun 1996 saya dah pun 12 tahun. Opss!! SKKT tu nama sekolah saya, SK Kampung Tengah. Malangnya pengumuman pertandingan karaoke tu tak diumumkan pada hari tu jugak, tetapi diumumkan semasa perhimpunan hari Isnin berikutnya. Menantikan keputusan tu memang membuat hati kanak-kanak saya yang ketika itu baru 12 tahun berdebar-debar jugak lah..hehehe.. Alamak!!!!! Rasa macam penat nak taiplah. Bersambung ke Bah.3 la pulak ye....:-)

(Bersambung...)

Friday, October 07, 2011

Post #93 : Kisah Hari Jumaat

Assalamualaikum pembaca...Harap kalian semua sihat sejahtera. :-)

Tidak mahu leret bercerita...

Al kisahnya tengah hari tadi, waktu rehat, kami seramai 3 orang kaum Adam dan 10 orang kaum Hawa telah berkonvoi sebanyak 4 buah kereta ke Jengka 20 untuk melawat salah seorang rakan sekerja kami yang telah ditimpa kemalangan bulan lepas. Tak sempat pula nak snap gambar kat sana. Apa pun, moga sahabat kami itu cepat sembuh dan cepat2 masuk kerja semula.

Selepas itu, seorang kawan ajak singgah ke gerai tepi jalan di simpang masuk ke Kilang Alps. Jadi sewaktu memandu tadi dah terlajak, tapi nasib baik boleh pusing balik. Jadi tak sangka pula 2 geng kereta yang sama-sama berkonvoi ketika pergi tadi pun singgah di gerai tu. Jadi di gerai tu kami suka-suka sambil bercerita dan agak riuh lah suara kami.

Apa pun, inilah gambar yang sempat saya ambil. 



 Inilah pasembor, bukan Penang mai ye...Jengka mai...


 Hehehe....khusyuk Kak Azni menikmati juadah :-)


 Khusyuk Kak Azni dan Zati dengar Asiah bercerita hehehe....


Inilah laksa utara yang saya order hehehe...boleh tahan laa...cuma perut dah memang kenyang, jadi laksa ni tak habis dimakan...huhuhuh...


Saya order limau ais...sebab perut dah cukup penuh... :-)


 Ini geng yang berkonvoi juga...:-)


Okay, selamat berhujung minggu semua....Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Monday, October 03, 2011

Post #92 : Inilah pembuka selera...

Assalamualaikum... Yang ini memang kecur air liur dibuatnya. Inilah mangga muda yang dibawa oleh seorang rakan kat tempat kerja tengah hari tadi. Kat tempat kerja, bila ada yang bawa makanan, memang its like almost heaven laa...not heaven okay...

Mangga muda dicicah dengan pencicah (kicap, gula, belacan sikit + cili padi 3-4 biji)... Fuhhhh! memang makan sambil kenyit-kenyit mata laaa...hehehe....

 Buah mangga muda, comel-comel je...kulit nampak hijau, tapi isi dalam dah nak dekat masak, kuning2 sikit.


 Pencicah terangkat laaa....


Kan...isinya kuning-kuning sikit....:-)