Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Monday, August 10, 2009

Post #72 : Kenapa 10:10?

Aku sering tertanya, kenapa 'setting' untuk jam seantero dunia disetkan kepada 10:10 ? Ya, memang inilah setting yang dibuat dari kilang2 yang buat jam.

Pertama sekali, kita lihat beberapa mitos mengenai sebab musabab ia ditetapkan seperti itu. Ramai dari kita anggap 'setting' 10:10 dibuat sempena memperingati kematian Abraham Lincoln, John F. Kennedy (JFK) dan Martin Luther King Jr (MLK). Ini kerana dikhabarkan 10:10 adalah waktu ketiga-tiga tokoh terkenal ini menemui ajal. Hakikat sebenarnya, emm.....bukan.

Lincoln telah ditembak pada 10:15 malam dan menemui ajal pada 7:22 pagi berikutnya. JFK pula ditembak pada jam 12:30 malam dan pengumuman rasmi kematiannya adalah pada pukul 1:00 pagi, manakala MLK pula ditembak pada jam 6:01 petang dan mati pada 7:05 malam. So, kenapa teori 10:10 bersangkut-paut pula dengan kematian ketiga-tiga tokoh ni?

Satu lagi pandangan menyatakan penggunaan 10:10 adalah sempena pengguguran bom atom tetapi tidak pasti sama ada di Nagasaki atau Hiroshima. Tetapi menurut fakta, 'Fat Man Bomb' dan 'Little Man Bomb' diletupkan pada pukul 11:02 pagi dan 8:15 pagi waktu tempatan. So, salah lagi la kan...

Jadi, apakah sebab sebenar kepada penggunaan meluas teori 10:10 ni?
Estetik. Sebenarnya, kedudukan jarum jam 10:10 tersembunyi pelbagai faedah. Faedah dari segi apa? Menurut yang aku baca, kedudukan jarum jam pada 10:10 ni tidak bertindih, maka mudah untuk kita melihat apa-apa butiran yang terkandung di dalam jam, seperti nombor, jenama dan lain-lain. Tidak ada apa kepentingan pun, cuma pihak pengilang ini akan buat 'default setting' 10:10 kerana untuk tujuan pemasaran produk mereka. Ini kerana, kedudukan jarum jam 10:10 tidak menutup logo sesuatu jam yang biasanya diletak di antara ruang nombor 12 dan 6. Manakala, elemen-elemen tambahan yang canggih (hari dan tarikh, etc) biasanya diletakkan berhampiran nombor 3,6 dan 9.

Lagipun, jarum jam 10:10 seolah-olah menunjukkan simbol 'senyum' yang mana pengeluar jam berpendapat, produk mereka lebih 'presentable' dan 'give more happier' kepada orang ramai..




Rujuk ini untuk maklumat lanjut : http://blogs.static.mentalfloss.com/blogs/archives/30391.html

Sunday, August 09, 2009

Post #71 : Inikah masanya

Malam berganti siang,
Berkali-kali jadi sepi,
Bulan tidak lagi digenggaman aku.

Hari ini,
Kamu menjauh,
Aku mulai kabur,
Keikhlasan tak lagi gemerlap,
Melarut jadi kelabu,
Sungguh,
Masih mendamba kasihmu,
Yang telah hilang.

Sering,
Madahmu bertukar amarah,
Sungguh sedih hati,
Rasa sangsi, dan..

Mula mencari salah diri,
Mula membenci diri,
Mula menyendiri,
Mula hilang pertimbangan diri.

Ketukan masih bertalu,
Dalam pintu hati kosong,
Berdepan denganmu,
Aku seakan abdi,
Aku seakan mati,

Masa sering bertanyakan aku,
Inikah masanya,
Untuk melepas rasa ini pergi,
Biar rasa baru,
Timbul dalam hati,
Minta ruang kosong diganti,

Sekali lagi,
Dia mengerti nawaituku permainan ini,
Apa pun kini,
Dia tetap ada,
Dalam hati ini sampai mati.

Tak pernah kosong.
Bila dan ketika masa sekali pun.