Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Friday, March 18, 2011

Post #83 : Oh...awak kidal rupanya...

Entri ni bukanlah bertujuan untuk show off dengan kekidalan yang dimiliki. Mungkin yang kidal kerap terima teguran begini " Oh, awak kidal rupanya.." atau "Best tak jadi kidal?" atau yang paling kerap didengar "Orang kidal ni kreatif"...Betul ke???

(Oh ya, sebelum tu entri ni agak panjang. maaflah kalau anda bosan membaca.)

Cuma ada satu permintaan dari hamba Allah yang nampaknya cukup berminat dengan kelainan atau senang cakap keunikan orang kidal.

Baiklah, di sini saya nak ceritakan tentang kekidalan saya. Sejak dari bayi (menurut emak), memang dah nampak kekidalan saya. Dan harus diakui kekidalan saya ini didorong oleh gen abah saya yang juga seorang yang kidal. Adik- beradik saya yang seramai 5 orang (termasuk saya), tiada yang kidal melainkan saya.

Dari kecil, saya biasa menyuap nasi dengan tangan kiri. Dan family terutamanya emak lah yang selalu menegur dan mengajar saya untuk menyuap makanan menggunakan tangan kanan. Alhamdulillah, berkat teguran n ajaran emak, saya tak kekok sangat makan dengan tangan kanan sejak dari kecil.

Cuma satu hal yang agak susah untuk diubah sehingga sekarang, sekali-sekala saya akan menggunakan tangan kiri terutamanya jika ingin mencedok nasi, menyudu kuah mee kari, makan mee goreng yang panjangnya berbelas inci (hehehe) atau memotong ayam goreng yang kekenyalannya melebihi tahap dodol masak 20 jam. senang cakap, bila makan tidak menggunakan tangan, saya lebih cenderung dengan tangan kiri. Maaflah jika ada yang tegur atau tak senang bila melihat saya mencedok nasi dengan tangan kiri, hatta menghirup sup dengan sudu di tangan kiri. Kiri lebih dominan bagi orang kidal (itu kenyataan).

Kalau bab kerja rumah seperti memotong sayur, menggoreng ikan dsb, memang tangan kiri lah yang memainkan peranan. Family dan orang sekeliling kadang-kadang seram bila lihat saya memegang pisau dengan tangan kiri kerana kata mereka, agak kekok melihat orang kidal melakukan kerja-kerja rumah/ dapur. Saya akui bila saya sendiri melihat orang kidal yang lain memotong sayur, saya rasa seram kerana takut mereka terpotong jari sendiri.

Kalau masuk bab menulis. Memang saya sendiri agak berbeza dengan orang lain. Dan mungkin ramai orang kidal macam saya menulis seperti cara saya. Kalau di atas kertas, saya akan pusingkan kertas tersebut 90 darjah yang mana, tulisan sebelah kiri akan berada di atas, dan tulisan sebelah kanan akan berada di bawah. Bermakna saya akan menulis bermula dari atas ke bawah. Kebanyakan orang terutamanya orang yang menulis menggunakan tangan kanan, mereka menulis bermula dari kiri ke kanan. Betul kan? Mungkin itulah cara orang kidal seperti saya menulis. Tapi ada juga orang kidal yang menulis seperti cara orang tangan kanan menulis.

Bab melukis tak ada beza, sebab ini lebih subjektif. Bila saya melukis, tidaklah hanya pada satu arah. Kanvas lukisan tu akan saya pusing-pusing atau gerak-gerak mengikut kehendak + keselesaan saya.
Ok, dah panjang sangat ni. Sikit je lagi....

Cakap-cakap tentang orang kidal lebih kreatif, pada pendapat saya…tak lah semua. Bagi saya sifat kreatif ni subjektif dalam individu seseorang. Dan dah termaktub saya memang minat dengan seni terutamanya lukisan.

Dan lagi satu, berita kurang menggembirakan ialah, kajian University Oxford mendapati orang kidal ni lebih berisiko untuk menghidap skizofrenia (betulkah ejaan ni?). Untuk lebih lanjut klik sini dan juga klik sini ye.

Oh ya, kami menyambut Happy Left Handers' Day pada setiap 13 Ogos (klik sini ye)

 Ini tangan saya. Lihat! Saya menulis dari atas ke bawah. :-)


 Ini tangan orang lain. Anggarannya dia memusingkan kertas 45 darjah, seperti cara kebanyakan orang menulis.


 Oh ya, Presiden Obama juga seorang kidal!


 Kadang- kadang cara saya menulis juga seperti ini. :-)


 Kekok rasanya melihat dia memotong fish fillet ni.


 Bila melukis, juga seperti kebanyakan orang.


 Memotong kertas dengan tangan kiri.


 Ini gunting khas untuk orang kidal.

Post #82 : Amalina Azme

Ini Amalina Azme. Dia muda 2 tahun dari saya. Kami rakan sekerja semasa saya di BERNAMA, Kuala Lumpur. Saya suka kawan dengan Ama (panggilan untuk dia). Sebab kami sama-sama berjiwa sensitif. (bukan hanya tertakluk kepada mudah menitiskan air mata saja...hehehe).  Sekarang dia dah kembali semula ke negeri kelahiran dia, Perlis. Dia bekerja di JKKN Perlis. Semoga Ama berjaya di sana. :-)

Ini potret Ama yang saya sempat lukis.