Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Thursday, October 20, 2011

Post #96 : Semoga kuatlah menghadapi ujian



Assalamualaikum w.b.t.
Just a quick update..Simple and short.
Mungkin sesetengah dari kita pernah mengalaminya. Mungkin dah kerap mengalaminya. Atau yang pasti kita akan mengalaminya jika diberi kesempatan umur yang panjang. 

Kehilangan orang yang tersayang.

Entri ini cukup membuat saya menangis. 

Mungkin saya terlalu dibuai perasaan. Tapi percayalah, bila anda mengalaminya, jangan kata anda tak membungkam dan menitiskan air mata.

Ada masa, bolehlah baca Entri ini.

Al-fatihah, buat seluruh ahli keluarga, yang disayangi dan sahabat yang lebih dulu dijemput Ilahi. Moga bertambah ingatan, bertambah sedekah dan pahala buat kamu-kamu.

Sekian, jaga diri semua. Assalamualaikum.

Post #95 : Saya bercadang buat Blog lain...




Assalamualaikum w.b.t.

Tajuknya pun very straight forward. Sebenarnya, keinginan ini dah lama membuak-buak dan terpendam begitu sahaja. Oleh kerana, tahun 2011 adalah tahun yang dilimpahi berbagai peristiwa terutamanya di dalam keluarga saya, jadi banyak kerja tertunda. Maksud saya, kerja melukis yang tertunda. 

Disebabkan sebelum ini pun saya bukanlah seorang penggiat seni yang aktif, maka dalam waktu terdekat, saya bercadang mewujudkan blog seni saya sendiri. Seni sangat ke orangnya saya ni? Tidaklah, blog itu nanti bakal jadi blog yang lebih khusus untuk saya luahkan dan kongsikan karya seni tak seberapa dari saya. Tidak kisahlah berapa pun bilangan followers atau yang sekadar singgah, atau yang drop comment, sebab dari awal tujuan saya ber'blog adalah hanya kepuasan dan share setakat apa yang saya rasa sesuai untuk saya share di sini. 

Tunggu sajalah dan harap kawan2 dapat bagi support juga dan doakan saya ye...:-) Jaga diri semua...

Wednesday, October 12, 2011

Post #94 : Hidup lebih bermakna (Bah. 2)


Assalamualaikum pembaca, entri kali ini adalah sambungan dari entri ini. Saya sebetulnya sangat-sangat bersyukur diberi kehidupan dan ketentuan begini sepanjang hidup dan nafas saya hingga ke saat ini. Pemergian arwah Tok memberi tamparan hebat dari segi emosi saya terutamanya. Seperti di entri lepas, arwah Tok meninggal dunia ketika saya berusia 12 tahun. Dan tentunya ketika itu, saya seperti kehilangan tempat bergantung dan bermanja. Sedari saya dan adik-beradik dibesarkan oleh Emak, seorang ibu tunggal, kami tinggal bersama-sama dengan Tok dan Wan di sebelah Emak.


Hari-hari berlalu dan pada ketika saya menunggu keputusan peperiksaan UPSR yang ketika itu masih tiada subjek sains, saya lalui dengan tenang bersama-sama Emak, Wan dan adik-beradik lain. Teringat kenangan manis ketika itu yang mana sekolah saya ada menganjurkan pertandingan karaoke untuk murid-murid yang selesai menduduki UPSR. Pada mula-mulanya, saya tak berniat pun nak masuk pertandingan tu, kerana pada ketika itu, saya adalah kanak-kanak yang tebal dengan sifat pemalu (hehehe). Waima bercakap dengan murid lelaki sekelas pun saya segan-segan. Akhirnya, setelah dipujuk oleh kawan-kawan, saya pun masuk jugaklah pertandingan tu.


Seminggu sebelum pertandingan, saya dan kawan-kawan sibuk berlatih, mengasah suara.hehehe... Cikgu memberi kami VCD karaoke dan meminta kami memilih lagu daripadanya. Kami kena praktis menyanyi di rumah. Pada ketika giliran saya membawa pulang VCD tu ke rumah, saya telah memasangnya di rumah jiran saya di belakang rumah, kerana di rumah kami tiada pemain VCD ketika itu. Maka saya pun sempatlah berlatih 2 3 kali dengan lagu yang saya pilih tu. Emak dan Wan yang meminta saya memilih lagu tu. Lagu apa ye??? :-)

Tiba hari pertandingan, (tak salah saya diadakan pada hari sabtu) saya dan kawan-kawan pun mengayuhlah basikal ke sekolah pagi-pagi lagi. Sepanjang perjalanan, saya rasa sangat kembang kempis hidung ni. Mana taknya, kawan-kawan memuji baju saya sangat cantik, dan saya mekap pun cantik (huhuhu). Sebenarnya Emak menyuruh saya memakai baju kurung kedah berwarna maroon yang kainnya ala-ala songket kepunyaan Wan saya. Baju tu agak besar dan kainnya agak longgar dengan saya ketika tu. Jadi, Emak sangat kreatif. Emak telah mengikat kain yang longgar di bahagian pinggang saya tu dengan tali rafia bagi mengelakkan kain tu terlucut. Kelakar rasanya, walaupun agak ketat di bahagian pinggang bila diikat dengan tali rafia, kain tu memang tak terlucut.

Bila tiba giliran saya menyanyi, oh Tuhan... nyanyian saya pada awalnya terlebih laju dari tempo. Mujurlah sempat cover balik. Lagu yang saya nyanyi ialah lagu dari Norsheila Amin iaitu Ahai Usahlah... Mungkin yang muda-muda ni tak biasa dengar lagu ni. Tapi masa saya kecik-kecik dulu, Norsheila Amin ni one of my favourite female singer selain dari Aishah, Francisca Peter dan Ramlah Ram. Ni nak tempek sikit lirik lagu ni, catchy jugak lagunya. Berunsur nasihat...

Ahai Usahlah  (Norsheila Amin)

Jika pandang banyak bahayanya
Mata bertentangan kau mungkin tergoda
Usah dekat dekat kalau dah berpunya
Nanti kau terpikat padah akibatnya

Lunak suara bijaknya mengatur kata
Berbagai cerita lucu jenaka
Menjadi umpanannya...

Ahai usahlah kau biar minyak dan api
Nanti yang terbakar dirimu sendiri
Jangan paras rupa gaya serta harta
Itu semua lakonan belaka

Hai... udang bersama udang 
Tak sama anak tenggiri
Yang bujang bersama bujang
Yang berpunya ketepi

Hai... udang bersama udang
Tak sama anak tenggiri
Menumpang kekasih orang
Merana sendiri

Gelora di hati tenang tenangkan
Perkukuhkan lah iman...
Diturutkan hati turutkan rasa
Dirimu... akhirnya...
Rosak binasa...


Inilah Norsheila Amin

Al-kisahnya, kami yang masuk pertandingan tu semua berdebar-debar menunggukan keputusan pertandingan. Bila semua peserta dah habis melalak, turn Cikgu pulak menunjukkan bakat nyanyian. Dalam pada tu, saya dan kawan-kawan pun asyik teka-meneka siapa yang bakal jadi Juara Karaoke Idol SKKT 1996 (hahaha, ok tipu itu nama reka sendiri je). Apa, tahun 1996? wah...berkurun dah tu. So, kira sendirilah umur saya sekarang, kalau tahun 1996 saya dah pun 12 tahun. Opss!! SKKT tu nama sekolah saya, SK Kampung Tengah. Malangnya pengumuman pertandingan karaoke tu tak diumumkan pada hari tu jugak, tetapi diumumkan semasa perhimpunan hari Isnin berikutnya. Menantikan keputusan tu memang membuat hati kanak-kanak saya yang ketika itu baru 12 tahun berdebar-debar jugak lah..hehehe.. Alamak!!!!! Rasa macam penat nak taiplah. Bersambung ke Bah.3 la pulak ye....:-)

(Bersambung...)

Friday, October 07, 2011

Post #93 : Kisah Hari Jumaat

Assalamualaikum pembaca...Harap kalian semua sihat sejahtera. :-)

Tidak mahu leret bercerita...

Al kisahnya tengah hari tadi, waktu rehat, kami seramai 3 orang kaum Adam dan 10 orang kaum Hawa telah berkonvoi sebanyak 4 buah kereta ke Jengka 20 untuk melawat salah seorang rakan sekerja kami yang telah ditimpa kemalangan bulan lepas. Tak sempat pula nak snap gambar kat sana. Apa pun, moga sahabat kami itu cepat sembuh dan cepat2 masuk kerja semula.

Selepas itu, seorang kawan ajak singgah ke gerai tepi jalan di simpang masuk ke Kilang Alps. Jadi sewaktu memandu tadi dah terlajak, tapi nasib baik boleh pusing balik. Jadi tak sangka pula 2 geng kereta yang sama-sama berkonvoi ketika pergi tadi pun singgah di gerai tu. Jadi di gerai tu kami suka-suka sambil bercerita dan agak riuh lah suara kami.

Apa pun, inilah gambar yang sempat saya ambil. 



 Inilah pasembor, bukan Penang mai ye...Jengka mai...


 Hehehe....khusyuk Kak Azni menikmati juadah :-)


 Khusyuk Kak Azni dan Zati dengar Asiah bercerita hehehe....


Inilah laksa utara yang saya order hehehe...boleh tahan laa...cuma perut dah memang kenyang, jadi laksa ni tak habis dimakan...huhuhuh...


Saya order limau ais...sebab perut dah cukup penuh... :-)


 Ini geng yang berkonvoi juga...:-)


Okay, selamat berhujung minggu semua....Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Monday, October 03, 2011

Post #92 : Inilah pembuka selera...

Assalamualaikum... Yang ini memang kecur air liur dibuatnya. Inilah mangga muda yang dibawa oleh seorang rakan kat tempat kerja tengah hari tadi. Kat tempat kerja, bila ada yang bawa makanan, memang its like almost heaven laa...not heaven okay...

Mangga muda dicicah dengan pencicah (kicap, gula, belacan sikit + cili padi 3-4 biji)... Fuhhhh! memang makan sambil kenyit-kenyit mata laaa...hehehe....

 Buah mangga muda, comel-comel je...kulit nampak hijau, tapi isi dalam dah nak dekat masak, kuning2 sikit.


 Pencicah terangkat laaa....


Kan...isinya kuning-kuning sikit....:-)


Friday, September 30, 2011

Post #91 : Taaruf bersama sahabat

Assalamualaikum pembaca...

Ok seperti entri sebelum ni, inilah empunya diri En. Takiey yang saya ada ceritakan serba-sedikit pasal dia dalam caption gambar sambal ikan bilisnya :-) Hari ni saja promote blog En. Takiey ni sebab nak dia belanja makan ke...apa yang patutlah kan... lagipun nak bagitahu dia ni kacak bergaya gak, bukan tu saja, dia baik hati n ringan tulang...:-) over sangat ke saya puji ni? oklah...itu je untuk En. Takiey cukup ye...Dia ni kira cam adik-adik jugak dengan saya hehehe....Oh ya, jangan lupa KLIK DI SINI untuk jengah ke blog dia ni. Saya tak pasti dia dah ada yang punya belum...tapi kalau tujuan pembaca semua nak menambah kenalan dan membaca entri2 dari En. Takiey ni, dialu-alukan, betul tak En. Takiey??? Tengok la bawah ni saya tempekkan gambar beliau....:-)

 Mula- mula kita mesti tengok pantai....


 
 Dah ada feeling tengok pantai, kita kenalah termenung jauh-jauh...so bolehlah layan feeling berfeeling dengan jayanya...:-D


 
 Kemudian ajaklah sekali kawan-kawan dan belanja mereka makan...


 
 Perut sudah kenyang, tentulah hati pun happy. "Apa lagi kita shopping sekali.", ujar Takiey.


Fuhh, lepaklah sekejap untuk hilangkan penat bershopping.


Owh...rupanya En. Takiey ni bershopping n berdating dengan anaknya...hehehe (akak gurau je ye Takiey)



Inilah sambal ikan bilis yang diwar-warkan itu...:-)


Sekian. Gurauan semata-mata ye En. Takiey. Jangan marah :-)



Post #90 : Menjamu pancaindera mata...

Assalamualaikum pembaca...
Sedari Syawal sudahpun melabuhkan tirainya. Kita dah pun menyingkap jendela Zulkaedah pula... Jadi pada Zulkaedah ke-2 ini, saya nak share serba sedikit gambar juadah (hahaha,juadah aje tau, tetamu yang datang maaf saya tak sempat snap ye!) sepanjang Majlis Jamuan Hari Raya di tempat kerja saya...So...enjoice laa...mungkin ada yang terliur kot, InsyaAllah Aidiladha ni, kita mungkin dapat lagi merasa juadah super mega ini. :-)

 Kek pisang :-)


 Rendang daging super yummy !


 Zoom in dari gambar di atas dengan tujuan untuk menggambarkan kenikmatan dan kesedapannya :-)


 Tapai yang sedap. Siap tapau balik makan dekat tempat sendiri hehehe...


 Oh....inilah penyeri hari raya...membuatkan feeling berhari raya itu membuak-buak sehingga ke penghujung Syawal sekalipun...pelbagai cookies dan kuih-muih sedap yang berwarna pelangi :-)


 Nasi impit...pengganti ketupat :-)

Kuah lodeh yang sedap juga :-)


 Sambal ikan bilis...katanya home made dari En. Takiey yang hensem itu. Oh ya, bolehlah klik je nama dia ni En. Takiey dan jengah blog dia. Dan yang benar para pembaca sekalian, beliau sangat hensem dan baik hati...(Okay entri seterusnya saya akan masukkan gambar En. Takiey ini..bodeklah katakan...:-))

Acar mentah by Kak Nisah, dimakan bersama Nasi Dagang :-)


Nasi dagang by Kak Nisah :-) sedap, like original Terengganu punya...


Kuah sphagetti  dari Kak Azni (Sila klik nama dia untuk jenguk blog dia). Sedap, sgt pekat dan cukup rasa dgn isinya sekali. :-)


Inilah kuih semperit yang Ustaz Rusuwan bawa, original home made dari Pekan. Sedap tau! Ini pun kami tapau makan kat tempat sendiri :-D


Ini sphagetti yang Asiah bawa untuk dimakan bersama kuah di atas tadi :-) Sila jenguk blog Asiah juga ye.


Ini dalca :-)


Satay daging + ayam :-)


Dan lastly adalah air sirap kegemaran semua peringkat umur :-)


Sekian...



Wednesday, September 21, 2011

Post #89 : Berkabung kernamu

 (Image courtesy by Google Images)

Aku masih, sehingga ke hari ini. 
Mengalir air mata. 
Untukmu. 
Dan serasa makin sayu.
Biar jadi darah. 
Aku tetap sendu. 
Tak pernah ku temu lagi penghujung sebak ini.

Tuesday, September 06, 2011

Post #88 : All Left-handers: Oh...dah terlambat untuk wish

Happy Left-Handers Day on 13th August...Seriously bagaimana pula saya lupa dan terlepas tentang hari istimewa ini... Adushhhh!!!!
Ini dari saya :-)

Post #87 : Iftar bersama Kelab Staf KMTPh

Iftar ramadhan lalu di Tekam Resort & Plantation, Jerantut anjuran Kelab JAUHAR iaitu Kelab Staf KMTPh.







Eid mubarak. minal aidil wal fa'izin...

Post # 86 : Pindah

Oh, tiada apa yang mahu diceritakan. Hanya update sedikit tentang kerja harian. Saya di KMTPh masih belum sampai setahun rasanya. Jadi pengalaman kerja juga tidak banyak yang mahu dikongsikan. Jika dicampur tolak, saya bekerja hampir 3 tahun. Itu sahaja.

Tengok ajalah proses pemindahan perabot, buku, alatan pejabat dan lain- lain dari Pusat Sumber di Blok Pentadbiran (Aras 1)  ke Aras 3 Blok Kuliah. Fuh, packing saja dah letih. Alhamdulillah dibantu oleh pihak kontraktor yang mengangkat hampir 90% barang-barang ke tingkat 3 .Kerja-kerja ini dilakukan sekitar bulan Mei 2011 lepas.

Susun semula buku

Pejabat pun kena kemas

Packing buku untuk dibawa naik ke tingkat 3

Majalah dan lain-lain bahan pun kena packing gak...

Perabot pun pindah sama :-)

Monday, August 08, 2011

Post #85 : Inilah suratan Penguasa Alam

Maksud hadith Rasulullah: “Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga perkara:
1. Sedekah jariyah,
2. Ilmu yang bermanfaat, atau
3. Anak soleh yang mendoakannya”
(HR Muslim)

Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(QS, Al-Munafiqun, 63:11)

2011 buat keluarga saya....

16 Februari : Abang ipar ketiga saya mengalami kemalangan jalanraya. 4 bahagian tulang telah patah... Sehingga ke hari ini...dia masih terlantar di rumah, tidak boleh berjalan dan terpaksa dibantu untuk menguruskan dirinya sendiri.

April : Abah dimasukkan ke Hospital Temerloh. Memang abah ada sakit batu karang sejak dari muda. Namun baru-baru ini juga abah disahkan mengalami kerosakan buah pinggang.

31 Mei : Emak dan kakak sulung pula terlibat dengan kemalangan jalanraya. Alhamdulillah mujur kakak tiada apa-apa kecederaan. Tapi emak....tulang belakangnya retak dan terpaksa dibedah untuk membuang tulang yang retak tu.

8 Jun : Emak telah selamat menjalani pembedahan tulang belakang. Tulang belakang emak telah dimasukkan 8 butir skru bagi menyambungkan kedua-dua bahagian.

9 Jun : Pagi yang sangat hiba....sewaktu mahu bertolak dari Hospital Temerloh kerana semalaman menemani emak di wad, kakak sulung saya menelefon dan memberitahu berita yang sangat meruntun jiwa. Satu-satunya abang dan adik-beradik lelaki kami, telah dikhuatiri lemas di Sungai Pahang. Operasi pencarian diteruskan.

25 Jun: Pagi sabtu, setelah 17 hari kami menanti, akhirnya berita yang kami terima telah merungkaikan lara di hati kami. Jenazah arwah abang dijumpai tersangkut di dahan dalam sungai, betul-betul berhadapan dengan sekolah di mana tempat ibu dan kakak sulung saya bekerja. Alhamdulillah setelah saya, kakak sulung dan suaminya membuat proses pengecaman, betullah jenazah itu adalah jenazah abang saya berdasarkan baju, seluar dan kunci kereta miliknya yang masih tersimpan elok di dalam pelipat pinggang seluarnya. Dan alhamdulillah jasadnya masih sempurna, itulah keajaiban dan hadiah dari Allah...Al- Fatihah....

2 Julai : Satu lagi kenyataan yang meruntun hati kami, ibu mertua kepada sepupu saya yang ketika itu baru sebulan melangsungkan perkahwinan telah kembali ke rahmatullah kerana terjatuh di bilik air dan disahkan mati otak...Al-Fatihah....

8 Julai : Di tengah hari Jumaat, mendapat khabar pula yang ayah tam (bapa saudara) saya pula telah meninggalkan kami semua. Hibanya Allah saja yang tahu....Al- Fatihah...

3 Ogos (3 Ramadhan) : Kira -kira pukul 8 pagi, abah pula dijemput Ilahi. Sedihnya kian berganda. Namun saya redhakan pemergian abah di bulan yang mulia ini...Terasa semuanya mimpi...

Moga Abah, Abang, Ayah Tam, Makcik dan mereka yang telah tiada tenang di sana...Moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman di sisi-Nya...Al- fatihah...

Wednesday, June 22, 2011

Post #84 : Hidup lebih bermakna (Bah. 1)


(Artikel ini dikarang pada 31hb Mei 2011 yang lalu, saat di mana sebelum berlakunya kemalangan jalanraya yang melibatkan emak dan kakak sulung saya, namun tak bkesempatan untuk di'publish' pada hari tersebut)


Semakin hari, bertambah umur, hingga tak boleh dikira lagi dengan jari...
Semakin hari, bertambah kerut di dahi, hingga tak tau lagi makna kedukaan hati...

Hari ini..alhamdulillah...sudah sekian lama saya tak menulis (walhal selama ini pun saya bukanlah penulis blog tegar, atau sejati yang padat blognya dengan tulisan baru saban hari...) saya memuji kepada bloggers lain yang rajin menulis. kesungguhan anda menulis itu buat saya rasa, ohh...!! sudah sekian lama saya mengenal dan mewujudkan blog ini, namun entri saya hanyalah seciput. rasa kerdil nak dibandingkan dengan para blogger yang sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan tapi entri mereka amat banyak sekali...:-)

Seriusnya, saya agak sibuk dengan perihal hidup saya. Perihal keluarga yang bagi saya ujian dan dugaan itu senantiasa ada, dan juga perihal kerja yang banyak sekali berada dalam fikiran saya.

Saya adalah anak bongsu dari 5 bersaudara, juga anak perempuan satu-satunya yang masih bujang dalam keluarga, juga kalau mengikut sifir keluarga, di kalangan saudara perempuan, seharusnya giliran saya lah selepas ini untuk mendirikan rumah tangga.

Apa makna kehidupan pada saya???

Hidup saya dilingkari, suka duka, semua rasa ada. Saya pasti orang lain juga begitu. Jadi tentulah tiap dari kita punya makna hidup yang berbeza-beza....

Perihal saya...

Sudah 27 tahun saya menikmati pelbagai rasa, di bumi bertuah ini. Tentunya kerisauan saya yang terbesar salah satunya ketika ini ialah untuk mencari pasangan sesuai untuk saya, yang mana dia boleh menjalani hidup seterusnya dengan saya. Dahulunya fikiran kolot saya hanyalah berkisar kepada, perempuan yang masih belum berkahwin, walaupun  usianya dah  menginjak ke angka 30 (atau mungkin lebih dari itu) sudah pastilah dia seorang yang memilih. Tapi memilih itu kan suatu yang subjektif...baiklah...memilih yang macam mana?

Ketika itu dalam fikiran saya ada beberapa jawapan yang skeptikal; tentu perempuan itu mahukan lelaki yang hensem, yang berduit, yang punya kerjaya hebat dan tentunya yang baik budi pekerti.

Sekarang, fikiran saya terlalu ketara berbeza. Saya akui saya menilai hidup ini dengan cara yang jauh berbeza dari dulu, jauh berbeza dari setahun yang lepas, jauh berbeza dari 5 tahun yang lepas mahupun 10 tahun yang lepas. Saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai keluarga saya, kerana saya merasakan ruang ini bukanlah satu landasan yang sesuai untuk berkongsi tentang apa saja dan semua rasa, terutamanya perkara yang dikhuatiri menimbulkan sensitiviti melibatkan pelbagai pihak. Cuma ingin saya katakan, melalui perjalanan hidup keluarga saya, dari mana mulanya emak saya bergelar ibu tunggal iaitu sejak saya masih dalam kandungan emak lagi, saya kagum dengan mak. Setelah dewasa ini, baru saya mengenal erti yang hidup itu lebih bermakna dengan apa yang saya, emak dan  keluarga saya telah dan sedang lalui selama ini. Bermakna bagi saya, tidak hanya berkisar tentang yang manis-manis saja, yang indah-indah saja untuk dikenang. Tapi lebih bermakna dengan setiap peristiwa yang terjadi kepada saya dan di sekeliling saya. Yang membawa rasa suka waima duka sekalipun.

Dari telapak tangan masih merah, tapak kaki sebesar ibu jari, saya dan adik-beradik dijaga baik oleh emak, atuk dan nenek di sebelah emak (yang saya selesa panggil Tok dan Wan). Saya dibesarkan dalam suasana kampung, betul2 pure orang kampung :-). Emak bekerja makan gaji dengan kerajaan, tapi jawatannya tidaklah tinggi, sesuai dengan emak hanya mendapat pendidikan sehingga tingkatan 3 saja. Tapi demi kami 5 beradik, menyediakan makan pakai kami, kelengkapan kami, emak bekerja gigih.

Dulu.. waktu saya masih terlalu mentah untuk mengerti apa-apa, pernah seorang hamba Allah ini mengatakan yang emak tak mungkin mampu menyekolahkan kami 5 beradik hingga darjah 6 sekalipun. Dan kami tak bermaksud membuktikan dia salah, namun walaupun tidak bergelar seorang doktor atau peguam yang hebat, dan bukanlah lulusan luar negeri, namun saya dan adik beradik akhirnya bergelar pelajar IPTA. Alhamdulillah berkat dari Allah s.w.t, usaha gigih ibu dan keluarga saya.

Dalam pahit getir menyekolahkan kami, saat kanak-kanak lain yang perginya dihantar ibu atau ayah ke sekolah dengan motor mahupun kereta, kami 5 beradik ke sekolah dengan basikal dan kadang-kala hanya berjalan kaki, yang saya kira jauhnya 3km, dan jalan ke sekolah pada suatu ketika dulu yang kami panggil 'jalan baru' itu hanya jalan yang di kiri kanannya kawasan hutan dan berpaya. kalau nasib kurang baik, bertembunglah kami dengan kumpulan monyet-monyet atau babi hutan yang melintas jalan. Pernah juga di mana saya yang ketika itu darjah 1, dijemput oleh arwah atuk pulang dari sekolah, terserempak dengan ular tedung yang sedang melintasi jalan. ular itu masyaAllah besarnya....mujurlah atuk sempat mengelak dan memberhentikan basikal di tepi jalan.  itu tak dikira sesusah mana :-) sebab saya percaya ada lagi yang jauh lebih susah.

Masih segar dalam ingatan saya, bila musim hujan, sebelum ke sekolah, emak akan bungkuskan beg2 sekolah kami dengan plastik beras, bagi mengelakkan buku-buku basah, begitu juga dengan kasut2 sekolah kami. Betapa saban hari emak bersusah-payah menyental kotoran di uniform sekolah kami, memastikan kami seperti budak-budak lain, kemas dan bersih setiap hari ke sekolah. Kerana kami hanya ada sepasang uniform sekolah. Saya sangat menyanjungi emak, sebab kami adik-beradik masih mampu berselipar, masih mampu berpakaian bersih walaupun dalam keadaan yang agak kekurangan. Alhamdulillah bila dah masuk sekolah menengah, emak mampu menyediakan lebih keperluan buat kami adik-beradik.

Arwah Tok (meninggal pada tahun 1996 sewaktu mengerjakan fardhu haji) dan arwah Wan (meninggal pada tahun 2002 kerana sakit tua) tentunya individu yang sangat banyak menjaga kami semasa kecil hinggalah mereka tiada. Saya sangat rapat dengan kedua-duanya. Dan tentunya bila mereka tiada, saya juga antara yang paling sedih, paling terasa, dan paling sunyi dengan kehilangan mereka.

Saya mula bersekolah pada 1990, di Tabika Kemas Kampung Pangsenam. Dan ketika 4 tahun, dah mula dihantar mengaji ke rumah mak saudara (Makde) berhampiran dengan rumah kami. Perjalanan dari rumah kami ke rumah Makde punya cerita yang manis untuk dikenang. Walaupun rumah Makde tidaklah jauh mana, tapi kami terpaksa melalui hutan kecil dan paya yang laluannya kami panggil 'ikut darat' untuk ke rumah Makde saban petang. Kalau nasib kurang baik, terserempak dengan babi hutan dalam perjalanan. Yang paling disukai tentulah mengutip buah ketapi, buah getah dan buah salak sepanjang perjalanan pergi dan balik dari mengaji. Terima kasih Makde dengan tunjuk ajar kepada kami. Alhamdulillah saban tahun, kami adik beradik sehingga sekarang masih melawat Makde terutama sekali bila waktu raya.:-)

Sewaktu darjah 1, di SK Kampung Tengah, saya bukanlah pelajar yang sedarinya bijak. Saya ditempatkan di kelas 1T. Dahulu darjah 1 hingga 6 hanya ada dua kelas, iaitu kelas K untuk Kampung, dan T untuk Tengah. Hari permulaan sekolah, saya rileks aje, sebab Kak Ngah, Kak De dan Abang saya pun bersekolah di situ. ketika itu Kak Long saya dah pun masuk ke Tingkatan 1. Saya tak menangis macam budak lain. Cuma saya agak pendiam semasa di sekolah. Hingga terbawa-bawa ke sekolah menengah. Kenangan semasa darjah 1, saya pernah diketuk di kepala dengan pembaris kayu kerana memberi jawapan salah dalam soalan Matematik. Sejujurnya, keputusan subjek Matematik saya masa darjah 1 memang C. Namun, yang paling saya ingat ialah apabila saya memenangi tempat pertama peraduan melukis peringkat sekolah rendah daerah temerloh bagi kategori darjah 1-3.

Sehingga darjah 6, pada suatu ketika saya telah diberikan biasiswa oleh seorang usahawan kaya di daerah saya. Di dalam sekolah saya, hanya saya dan seorang lagi sahabat saya ditawarkan biasiswa tersebut. Berita itu sangat disambut gembira dengan rasa syukur oleh saya dan keluarga. Pada ketika itu, Tok dan Wan bersama dengan seorang ayah saudara saya sedang mengerjakan fardhu haji dan saya seperti tak sabar nak memaklumkan kepada mereka mengenai berita gembira tu. Tapi Allah lebih berkuasa mengatur segalanya. Beberapa minggu sebelum Tok dan Wan ke Mekah, Tok ada bersembang dengan saya, katanya dia mahu meninggal dunia di Mekah. Ketika itu saya hanya terdiam. Benarlah janji Allah, pada petang hari raya Aidiladha tahun itu, kami menerima khabar duka dari Mekah, yang Tok telah menghembuskan nafas terakhirnya di sana kerana menghidap semput. Jenazahnya juga turut dikebumikan di sana. Tak sempat saya nak memberitahu Tok mengenai berita gembira saya itu...Al-fatihah... 


(Bersambung...)

Friday, March 18, 2011

Post #83 : Oh...awak kidal rupanya...

Entri ni bukanlah bertujuan untuk show off dengan kekidalan yang dimiliki. Mungkin yang kidal kerap terima teguran begini " Oh, awak kidal rupanya.." atau "Best tak jadi kidal?" atau yang paling kerap didengar "Orang kidal ni kreatif"...Betul ke???

(Oh ya, sebelum tu entri ni agak panjang. maaflah kalau anda bosan membaca.)

Cuma ada satu permintaan dari hamba Allah yang nampaknya cukup berminat dengan kelainan atau senang cakap keunikan orang kidal.

Baiklah, di sini saya nak ceritakan tentang kekidalan saya. Sejak dari bayi (menurut emak), memang dah nampak kekidalan saya. Dan harus diakui kekidalan saya ini didorong oleh gen abah saya yang juga seorang yang kidal. Adik- beradik saya yang seramai 5 orang (termasuk saya), tiada yang kidal melainkan saya.

Dari kecil, saya biasa menyuap nasi dengan tangan kiri. Dan family terutamanya emak lah yang selalu menegur dan mengajar saya untuk menyuap makanan menggunakan tangan kanan. Alhamdulillah, berkat teguran n ajaran emak, saya tak kekok sangat makan dengan tangan kanan sejak dari kecil.

Cuma satu hal yang agak susah untuk diubah sehingga sekarang, sekali-sekala saya akan menggunakan tangan kiri terutamanya jika ingin mencedok nasi, menyudu kuah mee kari, makan mee goreng yang panjangnya berbelas inci (hehehe) atau memotong ayam goreng yang kekenyalannya melebihi tahap dodol masak 20 jam. senang cakap, bila makan tidak menggunakan tangan, saya lebih cenderung dengan tangan kiri. Maaflah jika ada yang tegur atau tak senang bila melihat saya mencedok nasi dengan tangan kiri, hatta menghirup sup dengan sudu di tangan kiri. Kiri lebih dominan bagi orang kidal (itu kenyataan).

Kalau bab kerja rumah seperti memotong sayur, menggoreng ikan dsb, memang tangan kiri lah yang memainkan peranan. Family dan orang sekeliling kadang-kadang seram bila lihat saya memegang pisau dengan tangan kiri kerana kata mereka, agak kekok melihat orang kidal melakukan kerja-kerja rumah/ dapur. Saya akui bila saya sendiri melihat orang kidal yang lain memotong sayur, saya rasa seram kerana takut mereka terpotong jari sendiri.

Kalau masuk bab menulis. Memang saya sendiri agak berbeza dengan orang lain. Dan mungkin ramai orang kidal macam saya menulis seperti cara saya. Kalau di atas kertas, saya akan pusingkan kertas tersebut 90 darjah yang mana, tulisan sebelah kiri akan berada di atas, dan tulisan sebelah kanan akan berada di bawah. Bermakna saya akan menulis bermula dari atas ke bawah. Kebanyakan orang terutamanya orang yang menulis menggunakan tangan kanan, mereka menulis bermula dari kiri ke kanan. Betul kan? Mungkin itulah cara orang kidal seperti saya menulis. Tapi ada juga orang kidal yang menulis seperti cara orang tangan kanan menulis.

Bab melukis tak ada beza, sebab ini lebih subjektif. Bila saya melukis, tidaklah hanya pada satu arah. Kanvas lukisan tu akan saya pusing-pusing atau gerak-gerak mengikut kehendak + keselesaan saya.
Ok, dah panjang sangat ni. Sikit je lagi....

Cakap-cakap tentang orang kidal lebih kreatif, pada pendapat saya…tak lah semua. Bagi saya sifat kreatif ni subjektif dalam individu seseorang. Dan dah termaktub saya memang minat dengan seni terutamanya lukisan.

Dan lagi satu, berita kurang menggembirakan ialah, kajian University Oxford mendapati orang kidal ni lebih berisiko untuk menghidap skizofrenia (betulkah ejaan ni?). Untuk lebih lanjut klik sini dan juga klik sini ye.

Oh ya, kami menyambut Happy Left Handers' Day pada setiap 13 Ogos (klik sini ye)

 Ini tangan saya. Lihat! Saya menulis dari atas ke bawah. :-)


 Ini tangan orang lain. Anggarannya dia memusingkan kertas 45 darjah, seperti cara kebanyakan orang menulis.


 Oh ya, Presiden Obama juga seorang kidal!


 Kadang- kadang cara saya menulis juga seperti ini. :-)


 Kekok rasanya melihat dia memotong fish fillet ni.


 Bila melukis, juga seperti kebanyakan orang.


 Memotong kertas dengan tangan kiri.


 Ini gunting khas untuk orang kidal.