Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Friday, March 27, 2009

Post #36 : Menilai

Hari2 biasa..hari2 takde lain2 aktiviti, hari2 tak melibatkan kerahan tenaga berhabis-habisan.. mesti orang2 kat opis akan tengok aku sedang khusyuk melakukan tugas harian, mengetik2 keyboard kat depan aku. Memegun bisu, menikmati kusyen kerusi yang melenguhkan badan2 aku..
Entah kenapa sejak orang teknikal godeng2 PC aku, selalu je hang dan terpaksa la aku restart balik. Aku dah tension pulak buat kerja terpaksa save byk kali..

Aku memang rajin..RAJIN...Rajin sangat bekerja, dan komited dengan tugas aku. Sehinggakan aku tak menikmati waktu senggang aku, lunch hour aku, even makan pagi juga aku dah beli siap2 untuk seminggu on Monday. Aku beli roti di cafe PNM (jimat + senang nk makan)..
Rajin ke macam tu? Hehehe..tak rajin..puji diri sendiri je..

Yupp..ada banyak kerja yang nak dibuat, tapi tak bermakna aku hanya bekerja secukupnya waktu bekerja. Aku sempat ber'facebook', ber'tagged', ber'friendster', ber'blogging' malah ber'YM' sedang tangan memegang pen dan gunting..

Pagi2, aku akan terima salinan n/papers tempatan untuk aku buat headline news dalam portal lib. aku. Kemudian aku berkhidmat bakti kepada chairman..memilih dan memotong keratan akhbar mengenai ekonomi M'sia. tugas baru ni aku peroleh dari Kak Ju (bukan nama sebenar) yang sebelum ni melakukan tugas ni secara harian.. Maka dan sejak dari 11 Mac hari tu aku mula membelek2, mencatat, memotong, dan melekat semua akhbar yang aku pilih, kemudian diserahkan kepada org yang btanggungjawab untuk beri kpd chairman. Pagi adalah waktu aku membereskan kesemua surat2 khabar tu..

Tugas aku yang main adalah update + godek2 lib. website. handle koleksi gambar lib. wat buletin lib. wat minit mesy utk lib. wat itu..wat ini.. wat itu...wat ini.. wat itu..wat ini...wat benda2 lain..wat taktau sudah~~~!! hehehehe

Menjelang tengahari aku dah boleh mula wat kerja aku yang lain.. Kadang2 dengan web lib..aku ada banyak idea untuk meng'update' layout yang tak brp nak cun tu.. Layout web lib. ni plain sgt..

Masalahnya bila aku nak menyelesakan diri dengan kerja meng'update' apa yang patut, akan menjengah la kerja2 on d spot, on d dot, on time aku terpaksa buat, even bukan tugasku.. (Ya Allah, aku ni mcm nak kurangkan pahala je..redha je walau terpaksa buat kerja orang lain)..
Tension tak kalau kena buat kerja orang lain..yelah..bila dah disuruh, terpaksa wat on d spot..dan waktu tu kite tengah ada kerja yang perlu disiapkan.. sampai kerja kita tak siap.... hehehehe...
Erm...banyakkan bersabar... kite kena selalu melihat apa2 pun yang berlaku lebih dari 1 sudut..
Sudut pertama, kebaikan dan keburukan dari sesuatu yang berlaku
Sudut kedua, kenapa dan mengapa sesuatu itu berlaku
Sudut ketiga, akibat daripada sesuatu itu berlaku..
Ya..sebagai contoh.. kita sering dipilih melakukan apa juga tugasan, walaupun ada orang lain yang mampu untuk melakukan tugas2 tu..Jadi kita harus menilai dan jangan lah tension sgt bila diberi kerja yang banyak..
Kita harus menilai..
Sudut pertama... apabila diberi banyak kerja, kebaikan adalah :
1. kita lebih pandai + terer wat kerja tu dari orang lain
2. maknanya bos suka kat kite la + nampak kite boleh diharap
3. dapat pahala (off course)
4. menunjukkan kita rajin + tak berkira
5. Dll.. pikirkan lagi ye..
Jika kita menilai keburukannye pulak, mungkinlah:
1. Kerja kite bertambah (bertimbun2)
2. Kita rasa tak adil sebab byk keje kite kena wat..
3. Dll
* TAPI rasanya lebih baik kita fikirkan kebaikan yang kita dpt, dari keburukan yang leh men'stress'kan kite..
Sudut kedua...kenapa dan mengapa?
1. Dari sudut ini, nilailah kemungkinan kite diberi kerja kerana orang lain melihat kita mampu melakukan kerja tu (mungkin hasilnya lebih baik dari org lain) , mungkin juga kita dapat melakukannya dari sudut lebih menarik dan berbeza hasilnya. Mungkin juga kita fikir, tugas tu terpaksa buat kerana dah last minute dan orang lain tak dpt buat mengikut speed kita sebab nak urgent. Apa pun menilai dari sudut kedua tak perlu lah sampai wat kite rasa tension. Ada baiknya kita anggap aje, kenapa dan mengapa sesuatu tu berlaku ada hikmahnya..sama ada ke atas diri kita or org lain..
Sudut ketiga...akibat dari sesuatu perkara..
Dalam konteks or contoh yg aku beri ni.. mmg kita akan dpt pahala..mungkin orang2 sekeliling akan anggap kita ni best, sebab boleh diharap, boleh wat keje, dan ada harapan untuk kita dinaikkan pangkat, laporan prestasi kite pun chantek... hehehehe..
Jadi jangan la berkira sgt bila diberi banyak kerja.. macam aku gak lah..aku ni berkira sgt ker??? UPSSS...
Buat sesuatu dengan rela hati.. InsyaAllah.. balasan baik kita akan dpt, antara cepat atau lambat je... itu memang dah dijanjikan.. :)

Post #35 : Monolog diri (HAWA)




Aku Hawa
Dicipta indah menemani Adam
Aku Hawa
Tulang rusuk Adam.

Aku Hawa
Terkadang
Dipandang lemah
Dianggap lemah.

Aku Hawa,
Yang halus

Aku Hawa,
Yang mulus

Aku Hawa,
Yang lembut

Itu peribadiku.

Hari ini,
Aku masih Hawa,
Mampu berlari jauh,
Mampu bertatih hidup,
Walau fitrahku lembut,

Kerana gerak hatiku,
Ada kehendak,
Ada kemahuan,
Ada keinginan,
Menyalakan api tak pernah padam,
Biar tak marak, tapi sentiasa bersinar.


(ntah ape2 aku merepek hari ni..bosan Jumaat break lama sgt... )

Post #34 : Book Review (Honk! if you're Malaysian)



Book title : Honk If You’re Malaysian
Author : Lydia Teh
Date of release : Jan 2007
Publisher : MPH Publishing Genre : Slices of Malaysiana (sequel to Life’s Like That)


I'm currently reading this book..

best dan enjoy baca coz cara penulisannye bersahaja.

Baru baca tak sampai setengah buku, so far buku ni menceritakan mengenai budaya or lebih senang cakap 'lifestyle' rakyat Malaysia (lebih kepada habits kite)

Buku ni dah lama ada library ofis aku ni, cuma baru kali ni aku dapat pinjam. Sebab sebelum ni buku ni asyik berstatus 'on-loan item'.

:) try utk habiskan baca buku ni sebelum due date die..

Tuesday, March 24, 2009

Post #33 : MURTAD

Pertama sekali, isu ini sangat sensitif untuk dikupas. Cuma aku nak share ape yang aku baca dalam akhbar pagi tadi. Sedang duk leka membelek-belek paper,ada satu berita yang berjaya mencuri perhatian aku.. (berita dari akhbar tempatan). Tak perlu rasanya aku nak mention nama akhbar dan tajuk beritanya..

Kisahnya berkenaan sekeluarga Muslim yang ingin menukar agama kerana kesempitan @ kesusahan hidup.. Agak pelik bunyinya...kerana dari rupa paras salah seorang dari mereka yang di'sensor'kan matanya, aku lihat macam orang Melayu je... yelah pelik sebab orang Melayu nak tukar agama ni agak janggal @ jarang kite dengar.

Al-kisahnya terjadi di salah sebuah negeri di Pantai Timur. Keluarga ni ada 11 orang isi keluarga, keluarga nukleus terdiri daripada mak, ayah + anak2..

Menurut cerita dari Si Ibu yang di'interview', oleh kerana mereka sekeluarga ni hidup miskin, maka orang2 sekampung tak suka n memandang 'hina' mereka. Hidup mereka sekeluarga ni dibenci oleh orang kampung. Walaupun dah dapat bantuan sebijik rumah PPRT dari pihak yang memerintah, tapi disebabkan kesempitan hidup, bekalan air rumah mereka dah dipotong. Sejak rumah mereka takde air, dengan cerdiknya mereka menyambung paip rumah mereka dengan paip surau kat kampung tu.

Mungkin ramai jiran2 dorang tak senang ngan 'cara' macam tu, jadi adalah budak2 nakal ni pegi potong paip air yang dah disambung tu dan campak kepala paip tu dalam tempat tak sepatutnya (takungan najis kalau tak silap aku).

Selain dari tu jugak Si Ibu ni mengadu yang keluarga mereka slalu kena cemuh sebab miskin, tak berduit, tak kaya macam Sultan Brunei..memandangkan Si Ayah hanya bekerja sebagai pengutip besi buruk untuk menanggung Si Ibu n 9 orang anak2 mereka. (emm..sedih kan)

Kemuncak cerita ni bila Si Ibu n Si Ayah buat surat permohonan untuk convert n gi ke salah sebuah gereja kat tempat dorang. Ada pihak yang dapat tau dan hasrat dorang tu dihalang.
Dan seperti biasa, pihak yang bertanggungjawab sedang dalam usaha meng'kaunseling' dan brainwash keluarga ni agar membatalkan niat dorang untuk tukar agama.. (hishh...berdosa besar tu, MURTAD..).

Harapan aku, harap2 keluarga ni jangan la duk pikir sampai nak tukar agama. Ape kejadahnya laa sampai nak tukar agama sebab tak tahan dengan hidup susah. Banyak cara lain yang lebih bagus nak memperbaiki hidup. Belum tentu dengan tukar agama hidup dorang akan berubah lebih baik. Dah la akan dilaknat Allah, taktau la kalau masih boleh hidup dengan tenang lepas tukar agama.. (hurmm) .. Wallahualam...

Kepada keluarga ni, "Pikirkan cara yang terbaik untuk memperbaiki hidup anda, bukan dengan cara merumitkan lagi hidup anda.."

Pada pihak2 yang rasa tersinggung, aku mintak maaf.. cuma berkongsi cerita aje. Diharap pihak berwajib dapat la membuat tindakan yang sewajarnya untuk menghalang hasrat dorang ni..

Thursday, March 19, 2009

Post #32 : Mohon maaf

MAAF..

Maaf amat susah diungkap secara lisan. Seringkali kita merasakan bahawa cara yang terbaik untuk mengungkapkan maaf biasanya melalui tulisan. Memohon maaf secara berdepan dan mengaku setiap kesalahan kita pada orang yang sepatutnya mendapat maaf yang 'berharga' dari kite memang perbuatan terpuji yang amat susah dilakukan oleh rata-rata dari kita. Hari ni, menggunakan medium ini, di kesempatan ini aku nak mohon maaf kepada sesiapa yang pernah aku sakitkan hatinya, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Post #31 : Earth Hour


Pada 28 Mac 2008, 8.30 mlm.. selama sejam (bermakna sampai 9.30 mlm) rakyat Malaysia diseru supaya memadamkan lampu untuk menyokong program Earth Hour dalam kempen mengurangkan 'global warming'


Bermakna, kalau kita tak off lampu waktu tu, kita mengundi untuk 'global warming' laa kan.. :)


Jadi tunggu dan lihat sama ada kita ingat @ lupa pada tarikh dan waktu yang ditetapkan untuk memadamkan lampu. Dengar2 ada stesen TV swasta akan offkan siaran pada waktu tu untuk men'support' kempen ini. SYABAS la kalau betul.. hehehe..
Apa-apa pun sama2 la kita support kempen ni.. untuk 'rumah besar' kita jugak...:)

Wednesday, March 04, 2009

Post #30 : Orang asing

Al-kisah satu petang Rabu, bulan lepas..
Hari tu bukan macam weekdays kebiasaan di mana setiap kali waktu balik kerja, akak aku yang jemput, tapi disebabkan akak aku ada hal, aku terpaksa balik sendiri..

Seperti biasa, aku naik bas B114 mengelamun sorang2, takde mood nak jadi peramah dengan orang2 di sekeliling aku, sebab dari awl2 lagi aku kena berdiri bersama ramai lagi penumpang2 yang muka masing2 penat baru balik dari keje..

Lepas sampai di stesen Pekeliling, aku ambil bas B101 dan biasanya bas ni jarang lah aku naik bas kena berdiri. Aku takde mood nak jadi peramah dengan orang yg duk sebelah seat aku (si mamat) yang aku tengok 'kekwat' semacam jer.

Oh ya, sorang disebelah aku ni sejak dari naik bas asyik bercakap je dengan HP canggih die tu.. tau la HP aku tak canggih, tapi aku saje je eksen,buat2 cari barang dalam handbag aku, dengan niat asalnya aku nak tunjuk kat die yang aku ada 3 bijik HP!!..HAHAHAHA!!..

Dari awal perjalanan balik, aku tak ada mood sampailah si mamat sebelah aku ni  bercerita la pasal artis tu la..artis ni laa... macam PR artis lak. Tup! Tup! dia terbukak citer ada orang nak bunuh diri kat Chow Kit. (ntah betul ntak tidak, Wallahu Alam..) Dalam hati nak tergelak gak tgk gelagat maat ni, (hehehe..jahat ek aku). Tapi apsal slang dia bercakap macam orang seberang ek??? Tapi aku pun still konfius n susah nak beza antara slang mamat seberang dgn orang Sabah.. Hehehe...

Last2 die turun kat Pudu..fuhh! lega aku. Dengar die berborak ngan kawan dia kat phone tu lagi buat aku nak tergelak, bukan heran sgt pun (gelagat manusia ni macam2).

Sampai je kat KL Sentral, dah tak ramai penumpang bas yang tinggal termasuk la aku. Waktu tu jam pun dah menunjukkan pukul 7.15 p.m. Maghrib dah pun. Seperti biasa orang mmg la ramai baik kat KL Sentral atau mane2 pelusuk KL ni.

Aku turun dari bas terus menapak ke seberang jalan, sebetulnya ke stesen monorail KL Sentral. Bukan sebab nak naik monorail, tapi nak naik bas metro 46D pulak, trip terakhir untuk sampai ke rumah aku. Sementara nak menunggu bas,aku berdiri di celah2 orang2 asing yang sama2 mencari rezeki kat Msia bumi lagi bertuah ni. Dalam banyak2 tu aku terpandang la sorang mamat Africa yang memang sedang berjalan menuju ke arah aku..

Die tanya bas untuk pegi ke Kota Damansara (U88), dlm slang BI aku yg cukup-cukup makan aku cuba la melayan mamat ni. Aku ingat die nak tanya pasal bas tu je..tapi...

Dengan peramahnya die bercerita la pasal diri die yang aku taknak tau pun...
Pasal mak die, pasal ayah die, pasal kepercayaan die, apa2 ntah lagi...
Dah la bercakap macam nak tangkap lentok je...nasib baik la aku tak tergoda..hahaha...

Yang aku perasan, mamat Africa ni dari awal perbualan asyik tanya aku faham ke tak apa yang die cakap. Aku layankan aje. Aku tau dah taktik macam tu, dalam paper dan tv kan dah banyak kes membabitkan diorang ni. Tak lama lepas tu, muncul bas 46D yang aku tunggu2.. (dalam hati aku lega gila, akhirnya boleh aku blah dari mamat ni. Tapi seperti yang diagak, sempat lagi nak minta nombor telefon aku tu, hai agak-agak la weh.!!!

Aku cepat2 blah naik bas.
SAMPAI JE RUMAH..aku terkenang2 kisah 2 orang asing yang aku jumpa hari tu...Pesan aku, keep ur safety even in public OK...

Monday, March 02, 2009

Post #29 : +CÜtΣ ΣrαSΣRs+ :Þ



Cupcake erasers
These cup cake erasers are so fun.
They are miniatures, and very cute.
These mini cupcakes looks so tasty and they are fat free and sugar free.. :>



Cake & ice-cream erasers
Macam kek yg real ye..
Aku suke aiskrim pink tu...nak yg pink tu!!!






Dental Erasers!!
Ini bukan untuk gosok gigi..tapi digunakan untuk gosok kertas (^.^)



Meal erasers
These erasers look so yummy to use!!

Post #28 : Teka Teki Tekuk

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu
Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!
Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!
Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?

Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’
Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!
Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU??

Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!
Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!
*ampun maaf dipinta andai terkasar bahasa