Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Thursday, March 22, 2012

Post #103 : Doakan Saya


Sumber gambar : Cahaya Islam

Saya akui saya sudah menghampiri alam 30-an dan kalau umur panjang bye-bye lah alam 20-an. Saya tak tahu nak mula dari mana. Cuma saya sekadar tersenyum bila memikirkan soal jodoh.

"Bila nak kahwin ni?"
"Kawan-kawan awak dah ramai kahwin, awak bila lagi?"
"Dah ada calon ke?"
"Jangan tunggu lama-lama, nanti orang taknak."

Itulah antara ayat-ayat dan soalan klise yang biasa ditanya kawan-kawan dan orang sekeliling bila bertemu mereka. Saya tidak rimas. Memang pun baik kaum Adam mahupun Hawa, lazimnya selepas SPM, akan sambung belajar, atau bila lepas SPM terus kerja. Bagi yang sambung belajar, soalan sebegini tidak ditanya lagi. Selepas tamat belajar, dah mula bergaji sendiri, mulalah mak abah, makcik, pakcik, tok wan di kampung, kawan-kawan sekerja, kawan-kawan sama sekolah, kawan-kawan sama universiti bertanya soalan keramat tentang KAHWIN dan JODOH.

Saya tidak terlepas dengan hujanan soalan tentang soal jodoh sejak 2 3 tahun kebelakangan ini. Saya biasakan mulut menjawab, jodoh belum berjumpa, doa-doakanlah.

Saya akui ada juga antara rakan-rakan yang cuba-cuba untuk memadankan saya dengan seseorang yang mereka kenal. Tapi setakat ini belum menjadi. Saya rasa kahwin itu sangat besar tanggungjawabnya. Tapi tiada alasan untuk saya mengatakan BELUM bersedia.

Saya pernah istikharah, dan berserah pada Dia. Mungkin usaha saya tidak seberapa. Namun saya tidak pernah menyalahkan sesiapa jika jodoh saya belum sampai. Saya tidak berani bercakap soal CINTA, kerana itu terlalu luas skopnya. Saya tidak berani menghurai lanjut CIRI-CIRI jejaka idaman, kerana saya tidak pernah meletakkan syarat menyukai dan menyenangi mana-mana lelaki.

Saya tidak menyalahkan sesiapa jika tiada lelaki menyenangi dan memiliki hati saya. Kerana TAKDIR itu datang dari Allah. Sepahit mana pun ketentuan Dia, seboleh-bolehnya saya tetapkan hati terima dengan berlapang dada.

Saya tidak mahu menggunakan istilah menerima dan menolak cinta. Saya tidak arif dalam mentafsir cinta sesama manusia, apatah lagi mentafsir CINTA HAKIKI milik Dia.

Soal JODOH SAYA, saya serahkan pada Dia. Saya berusaha dan akan berusaha, tapi jika sudah ada jalan yang ditentukan Dia buat saya, saya terima. Saya berkahwin atau tidak, mudah-mudahan saya bahagia. InsyaAllah... Buat famili tercinta, buat kawan2, buat sesiapa yang kenal saya, bertanya selagi mana anda suka, saya tak pernah marah. Saya jawab sejujurnya, DOAKANLAH saya. Mana tahu mungkin satu hari kita berjumpa, anda sudah melihat saya menggenggam erat jemari suami di sisi, mungkin juga dengan putera dan puteri saya sendiri. Sekian. :-)

No comments: