Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Monday, July 28, 2008

Post #15 : Kesan Zikir terhadap Otak Manusia


Aku tertarik nak mengupas sedikit mengenai topik ni. Sebelum ini aku pernah terbaca satu artikel mengenai kesan zikir terhadap otak kita.Hm, jika dibuat perbandingan dengan 14 juta saraf yang terdapat dalam otak kita, dah hampir menyamai jumlah 16 juta saraf yang terdapat di bahagian tubuh kita yang lain. Dan yang menariknya 14 juta saraf di otak ini akan berinteraksi dengan 16 juta saraf di bahagian tubuh kita yang lain untuk membentuk pelbagai aktiviti fizikal dan pemahaman ilmu yang kita peroleh daripada interaksi bio-elektrik saraf-saraf tu.

Apa kaitannya dengan zikir dan otak???

Ok, apabila kita itu berzikir, tentulah melibatkan pengulangan sebutan kalimah-kalimah suci Allah. Pada masa tu, beberapa kawasan otak yang terlibat akan jadi aktif. Sekaligus mewujudkan satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. 

Hm..apa pula kesan bila saraf-saraf otak kita dah jadi aktif???

Ya, bila otak aktif, secara tak langsung pemikiran kita jadi lebih meluas, mudah untuk memahami perkara baru. Otak yang aktif pun akan mudah bagi kita melihat sesuatu perkara dari sudut perspektif yang berbeza-beza. Ini sekaligus menjadikan kita semakin kreatif dan kritis.  Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Cakap saja boleh, tapi apa buktinya???

[Maklumat dari artikel] -- Dalam tahun 1993, sekumpulan pakar di Universiti Washington ada menghasilkan kajian makmal  dengan melakukan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda dan mereka perlu membaca setiap perkataan tersebut satu persatu. Part yang menarik ialah apabila sukarelawan ini menyebut senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, imbasan PET menunjukkan aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.  Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jadi rasanya tak rugi kita berzikir sebab tak perlu keluar duit, tak perlu keluar tenaga dan tiada istilah kesuntukan untuk ganjaran pahala. Otak jadi sihat, hati jadi bersih, pahala pun dapat. :-)

No comments: