Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Friday, February 06, 2009

Post #24 : Tirai 2009

Assalamualaikum..
Untuk tahun 2009, ini post aku kali pertama. Dah lama rasanya tak menulis. Hari ni penghulu segala hari (Jumaat) bersamaan 10 Safar 1430H. Perihal 2009 masih lagi samar2 apa akan jadi pada aku untuk sepanjang bulan2 mendatang hingga Disember.

Perihal peribadi.. Well, aku tak nak menyingkap banyak sangat pasal peribadi. Lebih kepada common phrase ..'no comment'. Aku berpendapat hidup aku normal sekarang. Yup di mata aku sendiri. Kadang2 aku gembira macam budak perempuan yang dapat lolipop berwarna- warni, sedih seperti budak perempuan dirampas lolipopnya yang berwarna-warni dan adakalanya takde perasaan apabila seorang budak lelaki dengan selamba merampas lolipop kepunyaan budak perempuan tadi (sometimes all these feelings actually fakes esp. in front of others).. hehehe...

Kadang2 aku sunyi, tapi sunyi pun bagus supaya lebih senang untuk aku muhasabahkan diri sendiri. Bukan semua perkara dapat kita luahkan dengan cara yang betul dan dapat difahami semua orang. Bila sunyi kita akan rasa perlukan seseorang untuk menjadi tempat meluahkan segala rasa kelat, masin dan masam (refer kepada benda2 yg tak best). Sejauh mana orang sudi memahami apa yang kita rasa, kita harus menilai melalui reaksi dan macam2 aksi yang orang tu tunjukkan..

Dan dalam kekalutan rasa, tak lain tak bukan, hanya Dia yang Maha Mendengar segala rintihan, jerih perih perasaan kita. Setiap dari kita pasti teringat tentang seseorang yang memberi makna dalam perjalanan hidup kita. Yang dikasihi, dibenci dan dikhianati (mesti ada laa..). Bagi aku sendiri, ada ramai orang yang aku selalu, dan jarang2 ingat (atas alasan sayang, rasa bersalah, dsb.). Sekadar yang mampu dilakukan, kesilapan tidak boleh diperbetulkan tanpa ada rasa bersalah dan sedar ianya satu kesilapan. Dan kenangan manis yang sentiasa kita ingat tidak boleh dipadamkan selagi kita merasa gembira dengan apa yang terjadi pada kita.. Walau apa pun, setiap yang aku rasakan, aku tahu Allah mengurniakan perasaan sayang, takut dan bersalah kerana Allah sayangkan aku.

Perihal kerja..
Takwim 2009 kerja juga bertambah2 takwimnya.. Aku terima tugas2 yang diberi sebagai satu cabaran buat aku. Mungkin kadang2 ada terasa 'stress' tapi aku tau..semua orang tak sentiasa gembira dengan kerjanya (walaupun die mmg minat dlm kerja2 dia). Apa2 pun, aku mengharapkan keupayaan diri aku untuk melaksanakan tugas2 aku dengan sebaik mungkin..

Perihal kahwin..
Huhuhu... 'no comment' kerana aku merasakan aku masih muda macam daun pisang muda..

No comments: