Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Thursday, September 18, 2008

Post #18 : Sweet Alya

Ni citer pasal Alya (anak buah aku umornye 3 tahun)

Semalam..aku melayan anak2 buah aku (anak kak long) melukis..
kerana excited dapat crayon yang baru dibeli oleh Mak Der (akak aku no.3) kat Cowboy.. Alya terus cari buku ABC die, minta aku 'kaler'kan semua gambar2 dalam buku tu..
Aku suruh die kaler, asyik la duk kata tak pandai. Sudahnya aku yang kalerkan untuk die semua skali..

Semalam..Alya n Aqil (adik Alya)..
lepas je waktu berbuka terus datang umah.. ajak aku lukis2 untuk diorang.
Kertas nama2 hadiah (yang ibu dorang punya) jadi mangsa hasil seni kreatif dua beradik tu..
Aku lukiskan gambar belon. Ada tiga belon.. warna merah (Aqil punye), warna ungu (Alya punye) n warna biru muda (aku punye).. macam2 aku lukis tapi dua beradik tu dah syok sgt dengan lukisan belon aku tu..

Sampaikan...waktu tidur die tidur sekali dengan lukisan belon aku tu.. (Alya biasa tidur dengan aku sejak aku duk umah) .

Pagi2 lagi lepas bangun je terus die kejutkan aku..

"Maksu, mana belon kakak?"
"Emm..maksu taktau la kakak" (Aku tengah mamai)
"Maksu2!!! kakak dah jumpe..! kakak nak balik!"
Terus die balik umah ibu die bawak lukisan belon tu...

30 minit kemudian..

"Maksu2!.. bangun laa..."
"Ye...ye maksu bangun"
"Maksu, kakak buat kapal terbang untuk maksu"

Aku bukak mata..aku tengok ada 'kapal terbang' kertas dengan rupa yang tak berapa nak jadi kapal terbang kat sebelah bantal aku... aku tersenyum sendirian.. ALYA...ALYA..

No comments: