Labels
Personal
(84)
Seronok
(19)
Pengalaman
(12)
Kerja
(11)
Pendapat
(8)
Sahabat
(8)
Lukisan
(5)
Puisi
(5)
Seni
(5)
Lirik lagu
(4)
Potret
(4)
Ulasan
(4)
Kehidupan
(3)
Keluarga
(3)
Makanan
(3)
Merapu
(3)
Pengetahuan Am
(3)
Perkongsian
(3)
Agama
(2)
Blog
(2)
Cute stuff
(2)
Fakta
(2)
Hati
(2)
Isu semasa
(2)
Motivasi
(2)
My Hobby
(2)
My Passion
(2)
Tag
(2)
Alya
(1)
Anugerah
(1)
Blythe
(1)
Celoteh
(1)
Goreng
(1)
Haiwan Kebangsaan
(1)
Jodoh
(1)
Kahwin
(1)
Kaktus
(1)
Karaoke
(1)
Kasut
(1)
Kidal
(1)
Malaysia
(1)
Masak Kunyit
(1)
Mimpi
(1)
Norsheila Amin
(1)
Nujum
(1)
Pensel Warna
(1)
Resepi
(1)
Ros
(1)
Sketchbook
(1)
Sotong
(1)
Uji minda
(1)
Wikipedia
(1)
Wordless Monday
(1)
peti
(1)
Wednesday, March 28, 2012
Post #107 : Melepas rasa
Bila lihat raut wajah kamu,
Aku sekadar meneka,
tidak dapat menyeka,
kesedihan yang masih mengalir di hati kamu.
Biar tak terlihat di luaran, namun saya sekadar meneka.
Aku tau kamu amat tabah.
Getir hidup tak buat kamu lemah.
biar jatuh terduduk,
bangun,
tersembam,
tersungkur,
kamu tetap insan kuat di mata saya.
Kamu istimewa,
kerana sesekali aku tau,
ada masa kamu sekadar melepas rasa.
Rasa yang sekian lama kamu tanggung.
Tuesday, March 27, 2012
Post #106 : Pinjam meminjam
Assalamualaikum. Hari ni permulaan bekerja untuk minggu ini. Semalam? Cuti. Oh, saya aje yang bercuti. :-)
Diharap semua dari kita sentiasa sihat dan ceria, sentiasa di bawah lindungan payung rahmat-Nya. Sedari mula bergerak nak ke ofis dari rumah, sambil memandu, tangan ni sibuk menekan punat stesen radio, sekejap Sinar FM, sekejap Suria FM, sekejap IKIM FM, sekejap-sekejap ke Hot FM. Alih-alih saya tertarik dengan topik yang dikeudarakan di Sinar FM pagi ni. Berkenaan "Pinjam Barang, Tapi Tak Reti-Reti Nak Pulang" (ok, saya ada tokok tambah sedikit tajuk topik tu...:P).
Lebih kurang sejam memandu ke ofis, banyak panggilan dari pendengar menceritakan kisah mereka meminjam barang dari orang, tetapi masih tak pulang-pulang sampai sekarang. Antara yang menarik :-
Kisah 1 (Tudung bawal)
Kisah seorang perempuan, yang meminjam tudung bawal dari ibu saudaranya sejak 7 tahun lepas tapi masih tak pulang-pulang sampai sekarang. Yelah, sekarang ni tudung bawal dah dikira old fashion dah, tak macam 10 tahun yang lepas, tudung tu lah paling in sebab selalu student U selalu pakai waktu pegi ke kelas. Tudung bawal pun faveret kakak-kakak saya, sampai sekarang menimbun-nimbun kat rumah. Al-kisahnya dia (si peminjam) kata, dari dia takde anak, sampai dia dah ada 3 orang anak, masih tak pulangkan lagi tudung tu kat makcik dia. Katanya lagi, tudung tu masa dipinjam warna pink nya masih cantik lagi, sekarang dah macam tak warna pink, dah lusuh...Fuuu..teruk kan...hahaha. Eloklah dia hadiahkan makcik dia tudung baru je.. :-)
Kisah 2 (Pengasah pensel)
Yang ni lagi dahsyat. Pemanggil ni seorang lelaki. Dia kata dia pernah pinjam pengasah pensel (sharpener) dari rakan sekelasnya semasa dia Darjah 4. Tapi sampai sekarang masih tak pulangkan lagi kepada rakannya tu. Bila ditanya umurnya berapa sekarang...dah 31 tahun weh... bayangkan la...dah lebih 20 tahun pengasah tu dia pinjam, tak tergerak hati nak pulangkan kat rakan dia tu. Padahal dia sendiri mengaku setiap kali tengok pengasah tu kat rumah dia, mesti dia teringat kat rakan dia tu. Katanya lagi, rumahnya dengan rumah rakan dia tu takla jauh pun. Cuma...dah dia sendiri pun tak tergerak hati nak pulangkan pengasah tu. Dah berkarat dah pun. Baiklah dia belikan pengasah baru yang style cucuk pensel, pastu pusing2, yang canggih sikit tu...Mesti berbaloi-baloi bila dia pulangkan kat rakan dia tu..
Kita sendiri sebenarnya kadang-kadang bila pinjam barang orang lain, sampai terlupa nak pulangkan semula. Sampai terlupa apa yang kita pinjam. Lebih teruk kalau kita sedar, kita pinjam barang orang lain, tapi still taknak pulangkan balik, atau lebih tepat dah jadi macam harta sendiri. Saya pun kadang-kadang pinjam buku library, liat je nak pulangkan...Macam sekarang, buku library kat rumah ni masih tak pulang-pulang lagi. Time pinjam nak cepat, time nak pulang, bertangguh-tangguh, liat sungguh.....
Wallahu'alam.
Labels:
Celoteh,
Pendapat,
Perkongsian,
Personal
Friday, March 23, 2012
Post #105 : Sotong Goreng Kunyit
Saya jarang buat entri pasal resepi masakan. Sebenarnya godek-godek kamera, hari tu ada ambil gambar sotong goreng kunyit yang saya masak. Saya kalau masak suka yang pedas. Resepi ni simple sangat.
Bahan- bahan (untuk 4 orang makan)
6-7 ekor sotong (saiz sederhana)
Garam (letak la ikut sedap rasa)
Serbuk lada (1 SK)
Serbuk kunyit (1 SK)
1 biji lada besar (dihiris nipis atau besar..suka hati ler)
1 ulas bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (diketuk)
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Bersihkan sotong dan potong kecil-kecil (seperti dalam gambar...huhu)
2. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Masukkan 3 SB minyak dan panaskan kuali.
4. Tumis bawang putih dan lada besar. Agak dah naik bau, masuk la sotong tu.
5. Masukkan bawang besar. Nak lagi pedas, masukkan serbuk lada, kalau tak lada besar tu dah mencukupi.
6. Sotong jangan masak lama2. Nanti jadi liat tak sedap. (dalam 4-5 minit je, pastu tutup api dapur gas tu).
7. Settle masak. Bersihkan dapur semua ye. Baru boleh makan dengan seronok.
Ni la sotong goreng kunyit versi koi...huhuhu
Labels:
Goreng,
Masak Kunyit,
My Hobby,
Resepi,
Sotong
Thursday, March 22, 2012
Post #104 : Alya
Alya
Alya bagi saya anak saudara yang baik, kadangkala ada masanya buat perangai juga..hehehe...sangat sukakan budak-budak dan dialah cucu sulung keluarga saya. Alya sangat suka mewarna dan melukis, kerana itu tiapkali dia akan meminta saya mengajarnya melukis dan mewarna. Alya kuat berlari. Baru- baru ini, Alya dapat no.8 bagi tahap 1 (darjah 1-3) berlari merentas desa di sekolahnya. Memang kulitnya dah semakin gelap, gara-gara di rumah Alya kuat bermain di luar rumah bersama dengan adik dan sepupu yang kebanyakannya lelaki.
Alya budaknya kadang-kadang bila merajuk, suka menyorok. Saya sayangkan Alya, sama seperti semua anak-anak saudara saya. Dialah yang pernah saya jaga ketika saya cuti semester, dialah yang membuatkan saya kapal terbang kertas ketika saya bangun dari tidur. :-)
Post #103 : Doakan Saya
Sumber gambar : Cahaya Islam
Saya akui saya sudah menghampiri alam 30-an dan kalau umur panjang bye-bye lah alam 20-an. Saya tak tahu nak mula dari mana. Cuma saya sekadar tersenyum bila memikirkan soal jodoh.
"Bila nak kahwin ni?"
"Kawan-kawan awak dah ramai kahwin, awak bila lagi?"
"Dah ada calon ke?"
"Jangan tunggu lama-lama, nanti orang taknak."
Itulah antara ayat-ayat dan soalan klise yang biasa ditanya kawan-kawan dan orang sekeliling bila bertemu mereka. Saya tidak rimas. Memang pun baik kaum Adam mahupun Hawa, lazimnya selepas SPM, akan sambung belajar, atau bila lepas SPM terus kerja. Bagi yang sambung belajar, soalan sebegini tidak ditanya lagi. Selepas tamat belajar, dah mula bergaji sendiri, mulalah mak abah, makcik, pakcik, tok wan di kampung, kawan-kawan sekerja, kawan-kawan sama sekolah, kawan-kawan sama universiti bertanya soalan keramat tentang KAHWIN dan JODOH.
Saya tidak terlepas dengan hujanan soalan tentang soal jodoh sejak 2 3 tahun kebelakangan ini. Saya biasakan mulut menjawab, jodoh belum berjumpa, doa-doakanlah.
Saya akui ada juga antara rakan-rakan yang cuba-cuba untuk memadankan saya dengan seseorang yang mereka kenal. Tapi setakat ini belum menjadi. Saya rasa kahwin itu sangat besar tanggungjawabnya. Tapi tiada alasan untuk saya mengatakan BELUM bersedia.
Saya pernah istikharah, dan berserah pada Dia. Mungkin usaha saya tidak seberapa. Namun saya tidak pernah menyalahkan sesiapa jika jodoh saya belum sampai. Saya tidak berani bercakap soal CINTA, kerana itu terlalu luas skopnya. Saya tidak berani menghurai lanjut CIRI-CIRI jejaka idaman, kerana saya tidak pernah meletakkan syarat menyukai dan menyenangi mana-mana lelaki.
Saya tidak menyalahkan sesiapa jika tiada lelaki menyenangi dan memiliki hati saya. Kerana TAKDIR itu datang dari Allah. Sepahit mana pun ketentuan Dia, seboleh-bolehnya saya tetapkan hati terima dengan berlapang dada.
Saya tidak mahu menggunakan istilah menerima dan menolak cinta. Saya tidak arif dalam mentafsir cinta sesama manusia, apatah lagi mentafsir CINTA HAKIKI milik Dia.
Soal JODOH SAYA, saya serahkan pada Dia. Saya berusaha dan akan berusaha, tapi jika sudah ada jalan yang ditentukan Dia buat saya, saya terima. Saya berkahwin atau tidak, mudah-mudahan saya bahagia. InsyaAllah... Buat famili tercinta, buat kawan2, buat sesiapa yang kenal saya, bertanya selagi mana anda suka, saya tak pernah marah. Saya jawab sejujurnya, DOAKANLAH saya. Mana tahu mungkin satu hari kita berjumpa, anda sudah melihat saya menggenggam erat jemari suami di sisi, mungkin juga dengan putera dan puteri saya sendiri. Sekian. :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)