Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Thursday, June 11, 2009

Post #66 : Teknologi melindungi orang ramai dari 'terrorist' (part 2)

Bertemu di bahagian kedua 'teknologi melindungi orang ramai dari 'terrorist'.

Sebenarnya ciptaan senapang automatik yang banyak diguna pakai oleh tentera Isreal sekarang adalah hasil daripada kajian yang mana pihak mereka mendapati banyak askar mereka terkorban bila bertempur dengan askar2 pihak lawan pasal kebanyakan adegan2 bertempur ni kat bangunan2.

So, sebelum senapang canggih ni dicipta, dorang akan menjengukkan kepala untuk pastikan tiada askar pihak lawan (orang2 Palestin yang tidak berdosa) di sebalik dinding sebelah sebelum dorang membuat serangan (serangan hendap). Jadi kadang2 nasib kurang menyebelahi mereka(askar Israel) (sebenarnya nasib mmg tak menyebelahi mereka, kerana itu ciptaan ini dicipta), so pihak lawan akan 'shoot' kat kepala mereka. Jadi, muncullah idea untuk buat senapang automatik yang lengkap dengan fungsi kamera auto focus yang boleh pusing 360 darjah, untuk memudahkan mereka (askar Israel) melihat kot2 ada pihak lawan yang mereka tak nampak di sebalik dinding semasa bertempur. Sebenarnya banyak juga kupasan ciptaan senjata dan alat canggih yang berteknologi tinggi yang dikupas dalam rancangan tu.

Apa2 pun, dunia memang dah semakin canggih...dan pemikiran manusia juga semakin canggih, jadi bermacam2 ancaman dibuat untuk menakutkan sesama manusia, dan di satu sudut lagi, ramai pihak yang cuba menutup kesalahan diri sendiri (menghuru-harakan dunia dengan cara yang nampak seperti tidak bersalah), iaitu dengan cara mencipta teknologi canggih untuk menutup dosa-dosa besar yang mereka cipta sebenarnya..

No comments: