Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Wednesday, May 27, 2009

Post #61 : Bersabar


Tadi al-kisahnya aku telah bersua dengan classmate aku masa degree, Puan A. Kami sama2 join visit yang dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) ke MATRADE kelolaan J/kuasa Perpustakaan Khusus.

Rombongan dari opis kami yang pertama sampai. Rombongan ini tak de kenderaan yang disediakan untuk mengangkut kami2 ni. Jadi terpaksalah aku pergi dengan akak2 dan bos aku naik kete diorang. Sampai je kat MATRADE kami terus dibawa ke tingkat 5 untuk sedikit penerangan tentang organisasi dorang. Pada masa tu lah aku jumpa dengan Puan A ni. Rupanya dia bekerja sebagai pegawai (Gred 41).

Bestnye rakan aku ni dah dapat gred 41. Yela, sebab aku masih makan gaji dengan gred 27. Dengarnya kawan2 aku dah ramai yang dapat keje gred 41. Yalah, walaupun dah dekat 2 tahun grad, ramai juga berjaya dapat keje kerajaan dengan gaji degree. Dan aku masih di tahap diploma.

Aku harus bersyukur, walaupun dah banyak keje yang aku apply, tak dapat apa yang aku idamkan. Tapi ofis aku skang ni sanggup terima aku. Ya mungkin rezeki aku masih kat sini. Jangan ingat penah jadi best student,  keje sentiasa menanti kita. Aku rasa ramai yang rasa situasi cam aku. Alah, tak kronik, cuma aku agak kecewa dengan diri sendiri. Imbas balik dengan sedikit sesalan, selesai praktikal, Ketua Program kos aku dulu penah tawarkan untuk mengajar 'cataloging' di UiTM. Benar kata orang, bila peluang dah ada, jangan ditolak.

Jawapannya, tak perlu cari jauh2.. mak aku pernah pesan..BERSABAR.... Tiap orang jalan hidupnya berlainan, begitu juga rezekinya tak sama. Seperti contoh, aku ada degree, dan kawan aku pun ada degree. Tapi mungkin aku harus melalui banyak step untuk dapat segenggam ijazah. Dan mungkin kawan aku, jalannya telah ditentukan mudah untuk dia dapat degree dia tu.

Mungkin aku tak dapat apa yang aku nak sekarang. Esok atau akan datang, Allah akan beri aku peluang, atau mudahkan jalan untuk aku amik Master pulak.. Amin...

Bersabar...

No comments: