Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Tuesday, May 05, 2009

Post #54 : Pengajarannya




Aku agak ramai juga antara kite-kite yang dah baca berita tentang seorang mamat kulit putih yang kes tumboh pokok fir dalam perut die.Kalo tak silap kuar dalam Kosmo, bulan lepas.

Kes ni jadi kat Russia tu. Ada sorang mamat tu tertelan biji buah fir, lalu terjadi lah insiden sakit2 dada.Ibarat macam orang lelah..macam sesak nafas..macam mencucuk2.. (pandai2 je aku).
So, mamat dengan rasa gundah gulana dan berkecamuk fikirannya, mamat ni gi kat tuan doktor, maka tuan doktor cakap die nak wat X-ray kat mamat ni..
After wat x-ray, result kuar,tuan doktor cakap positif..mmg positif sebab ada seketul objek bersaiz 5cm dalam paru-paru mamat tu. Rupe-rupenye pokok fir.. terkejut doktor tu menggalabah dan panik beberapa saat sebab tak percaya yang pokok fir dalam paru2 mamat tu masih bernyawa.

Setelah dibawak berbincang, maka tuan doktor bersetuju nak bedah mamat ni, nak kuarkan pokok kenit tu. Sedikit spesimen hati mamat tu telah diambil sebagai hadiah kepada tuan doktor sebab dah kuarkan pokok tu..

* Masa aku kecik2 dulu, kak der aku selalu menyakat aku. Kata die, kalau makan biji pisang, nanti pokok pisang akan tumbuh dalam badan aku. Mungkin la ade benarnya... Jadi kalo kite ni selalu makan biji lada, tak tumbuh lak pokok lada dalam badan kite. Mungkinlah kondisi badan kite tak sesuai untuk pokok lada tu tumbuh, maka tidak hairan lah biji lada akan kuar la bersama najis kite :P.

Kesimpulannye, jangan makan biji2 buah ke, sayur ke, tapi kalo biji mangga tu confirm la takleh nak telan kan, kecuali yang leh dikunyah or confirm senang dihadam. Lagipun kalo dah terlalu taksub makan biji2 sayur n buah ni, nanti sakit apendiks baru tau..

No comments: