Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Friday, June 26, 2009

Post #68 : Tamat berkursus

Serius lenguh2 badan dan sendi2 ni. Akhirnya tamatlah sudah Kursus Induksi Modul umum bil 2/2009 KPKK.  Kursus ni disertai oleh mereka-mereka yang berkenaan yakni lantikan gred 27 hingga 41. Ada dari skim B,E,F,J,S, dan juga W. Aku start pergi kursus ni dari 14hb - 25hb Jun baru ni. Memang best dan dapat penat. Huhu...

Ada kuliah dan ada juga riadah dan aktiviti lasak. Kali ini aku berkursus kat Agrotek Garden Resort di Hulu Langat, Selangor. Tempatnya tak jauh sgt dari rumah sewa aku, lebih kurang 30 minit perjalanan dalam waktu yang jalannya tidak berapa 'jam'.

Aktiviti yang paling best ialah sukan air dan 'flying fox'. Dan juga 'chicken dance' dan tarian poco-poco setiap kali aktiviti riadah. Dari 8.30 pagi - 4.30 petang, adalah waktu kuliah. Dan petang tu ada riadah. Kemudian malamya, pukul 8.30 - 10.30 malam, ada kuliah lagi. Apa2 pun aku dapat ramai kawan2 dari RTM, ASWARA, Kraftangan Malaysia dan JAKIM (KADER). Antaranya, Ija (Aswara), Intan, Hazida, Kak Aida, Kak Hasnor, Safa, Sab, Dila, Paris (RTM), Min (KADER), dan ramai lagi lah..

Tahniah juge buat group aku (Caya La Wei) yang mendapat nombor tercorot untuk kategori persembahan malam penutup, tetapi telah menjadi juara pada pertandingan sukan kepit bola dan 'mumia wrap'. Hohohohoho!!!

Kepada group Caya La Wei,  thanx sume-sumenye:-

1. Rislan (Kraftangan Kedah) - KETUA
2. Mohd Nizam (Kraftangan T'ganu)
3. Khairul (Kraftangan Melaka)
4. Ahmad Tarmizi (RTM Angkasapuri)
5. Ahmad Suhairy (RTM Angkasapuri)
6. Intan Farhana (RTM Angkasapuri)
7. Engku Nor Zalifah (ASWARA)
8. Nordalila (RTM Angkasapuri)
9. Norsafaliza (RTM Angkasapuri)
10. Sabrina (RTM Sabah)
11. Hazmin Hamzah (JAKIM - KADER)
12. Cik Kaktus - Ini aku k...

Oh ya..untuk tajuk pengucapan awam, aku telah memilih 'Membaca Jambatan Ilmu'. Better to be save la kan. Ambik yang kita rasa agak senang untuk dikupas topik ni. Cuma waktu last day, ada exam. Jawab la secara berjemaah ye... Itu part paling best!

2 comments:

ija aswara said...

aina...windu awakkkkk

Cik Kaktus said...

Waahhh ija...rindu kat ija gak...:-)