Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Monday, March 19, 2012

Post #101 : Siri mimpi

Malam semalam...saya didatangi 3 mimpi yang pelik.
Mungkin siang harinya, saya seharian berjalan, melihat binatang.
Malam pula, seawal jam 9.30 dah tidur.

Begini mimpi saya...

Mimpi 1
Situasi adalah di musim banjir. Ada 3 orang lelaki dewasa, tidak berbaju. Mimpi bermula dengan mereka sedang memanjat pencawang elektrik. Dalam mimpi saya, mereka tidak berniat mencuri kabel elektrik. Mungkin mereka pekerja upahan syarikat yang membekalkan elektrik untuk membetulkan pencawang elektrik berkenaan. Tiba-tiba salah seorang dari mereka terkena renjatan elektrik yang kuat, dan hampir tidak sedarkan diri. Terus dia dipapah turun oleh 2 rakannya. Semasa dipapah, dia sempat memandang kedua-dua rakannya itu dan seolah-olah berbisik sesuatu, dan selepas itu terus meninggal dunia. Mimpi saya tergantung di situ.

Mimpi 2
Situasi adalah di waktu hampir maghrib, sekitar jam 6.30 petang. Saya berjalan kaki dan dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba dalam perjalanan, saya terserempak dengan seorang kenalan pejabat di hadapan sebuah sekolah mengajar bahasa arab yang terdapat di kampung saya. Kami saling menyapa dan asyik berbual.

Tiba-tiba saya sedar yang hari dah hampir malam dan azan maghrib akan berkumandang tak lama lagi. Saya terkocoh-kocoh menelefon emak untuk memberitahu yang saya hampir sampai ke rumah. Emak menjawab, "Jangan balik lagi, sebab Tok (Datuk) awak dan jiran kita sedang memburu harimau. Ada orang nampak harimau dekat kawasan rumah kita ni!. Nanti mak telefon awak atau suruh sesapa jemput awak". Talian dimatikan. Perasaan saya ketika itu, hendak teruskan saja perjalanan memandangkan hari hampir gelap, saya pula berseorangan berjalan kaki. Tetapi teringat pesan emak, tunggu sehingga emak menelefon semula atau ada yang datang menjemput. Saya berfikir macam-macam, takut dan risaukan keselamatan keluarga di rumah. Saya terjaga dari tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, terus beristighfar dan perasaan takut itu membuatkan saya terbawa-bawa hingga ke pagi tadi. Manalah tau kalau-kalau betul yang 'harimau' itu benar-benar muncul di kawasan rumah saya.

*Untuk pengetahuan, emak saya pernah memberitahu kami, sebelum kampung saya tu diwujudkan, kawasan tersebut ialah laluan sang raja rimba itu. Arwah Tok saya juga dah lama meninggal dunia, dan arwah adalah antara pengasas kampung saya tu.

Mimpi 3
Situasi di dalam rumah. Saya bermimpi bertemu arwah Wan (nenek) saya. Dia duduk tersenyum di tengah rumah, sambil mulutnya mengunyah sirih. Mungkin saya terlalu rindu melihatnya begitu.

Mimpi yang saya alami kadang-kadang buat saya mentafsir sesuatu yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kadang-kadang sangat berkait rapat. Ajaibnya mimpi.

No comments: