Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Monday, April 13, 2009

Post #41 : Kursus = Makan!!!

Kursus..ooo...kursus..

Yelah.. masa time study kena gi kursus. bile dah kerja pun kena berkursus jugak.Dulu time study aku tak suke sgt bila kena gi kursus, nak pulak kursus berhari2..bermalam2. Tapi kalau kursus yang ala2 nak 'enjoy' tu aku suka la.. Kalau kursus yang ada LDK, yang fasi tak strict sgt, memang best. Dan lagi best bile aku terlibat dengan kursus yang mana bukan aku jadi peserta, tapi jadi urusetia..

Masa sekolah jarang ada kursus yang kena bermalam (zaman aku la). Seingat aku, kursus pertama yang aku hadiri dan dikehendaki bermalam ialah 'Khemah Ibadah'. Ni kursus masa aku darjah 6, kursus budak nak amik UPSR. Kena la tidur kat dalam bilik darjah selama 2 malam. Kursus yang ni lebih kepada pengisian untuk motivasikan budak2 nak UPSR supaya insaf2 la sikit time dah dekat nak exam. Kursus tu best sebab semua budak perempuan darjah 6 ditempatkan dalam 1 bilik darjah dan tidur la ikut suka hati korang..Itu kenangan kursus masa sekolah rendah..

Masuk sekolah menengah aku tak gi pun kursus yang kena bermalam, kecuali camping Unit Beruniform. Aku join Renjer Puteri.. jadi masa form 3 aku seronok dapat join camping kat padang sekolah aku.. Ya..buat camping unit beruniform kat padang sekolah selama 2 hari 2 malam. Tapi itu CAMPING..bukan kursus.. hehehehe

Aku suka kursus yang kena ngan jiwa n minat aku la..Sejak di BERNAMA, aku dah pergi beberapa kursus.Hampir kesemuanya kursus berkaitan software laa..
Aiyaiyyy...! ada gak aku gi kursus English for Conversation..

Dalam masa setahun aku keje sini, aku dah pergi Kursus Powerpoint, Basic Photography, Kursus BI n terbaru tengah attend Kursus Photoshop. Tapi semua pun kat BERNAMA, save bajet kot.. Hehehehe.. aku segan gak pasal baru keje dah mengada2 nak gi kursus itu, kursus ini. Tapi takpe la, Bos aku on je.. aku pun gi la.. yang penting leh dapat ilmu + sijil...

Hari ni aku ada Kursus Adobe Photoshop CS2. Kursus ni wat 4 hari, yang mane 2 hari untuk peringkat basic/intermediate n 2 hari lagi untuk advanced..

So,1st day hari ni, aku belajar dengan tutor En.Hailan yang sporting..Huru hara jugak kelas hari ni..

Walaupun ada la aku tau sikit pasal Photoshop 7 pasal penah godek2 benda ni masa study dulu, tapi features n tools dalam Photoshop CS2 ni tak banyak beza sgt. Yang penting aku nak belajar teknik.. Ya TEKNIK tu yang penting.. :)

Tak sabar nak gi kursus esok...
Lagipun Unit Latihan provide makanan sedap2.. jimat duit poket aku!!!... Huhuhuhu..

No comments: