Labels

Personal (84) Seronok (19) Pengalaman (12) Kerja (11) Pendapat (8) Sahabat (8) Lukisan (5) Puisi (5) Seni (5) Lirik lagu (4) Potret (4) Ulasan (4) Kehidupan (3) Keluarga (3) Makanan (3) Merapu (3) Pengetahuan Am (3) Perkongsian (3) Agama (2) Blog (2) Cute stuff (2) Fakta (2) Hati (2) Isu semasa (2) Motivasi (2) My Hobby (2) My Passion (2) Tag (2) Alya (1) Anugerah (1) Blythe (1) Celoteh (1) Goreng (1) Haiwan Kebangsaan (1) Jodoh (1) Kahwin (1) Kaktus (1) Karaoke (1) Kasut (1) Kidal (1) Malaysia (1) Masak Kunyit (1) Mimpi (1) Norsheila Amin (1) Nujum (1) Pensel Warna (1) Resepi (1) Ros (1) Sketchbook (1) Sotong (1) Uji minda (1) Wikipedia (1) Wordless Monday (1) peti (1)

Sunday, April 19, 2009

Post #44 : Pelangi sepi

Orang di sekeliling pasti berubah.
Yang disayangi @ pernah disayangi berubah? pasti..kita rasa dengan firasat hati, yang difikirkan saban hari,tak kira siang, malam atau waktu berganti. Bulan sudah cukup memahami hari2 malam yang sunyi..

Kerana waktu itu, akan terus menjadi saksi ingatan terhadap 'dia' yang telah tidak mahu disisi..
Kerana malam juga, bulan amat memahami keadaan hati ini..

Yaa...'dia' berubah, sejak itu terus berubah..

Berubah apabila kita tak lagi bertanya khabar hari2. Dan kita makin tersisih, makin luput dalam ingatan 'dia'. Tidak ketika kita kepentingannya, kita agendanya, kita ada dalam setiap catatan diarinya, dan inbox2 penuh dengan msg dari kita.. Detik2 jauhnya kita dari 'dia', kita akan merasa bahawa 'dia' telah berubah dari 'dia' yang dulu..

Maka akan tertanya2, adakah ini 'dia' yang dirinya aku punya? mungkin hanya kita merasakan 'dia' berubah setelah puas dengan situasi dulu,jemu dan sebu dengan hari2 dulu . Kita anggap saja 'dia' tak mau jadi,atau mungkin benci melihat dirinya yang lama.

Aduhh....kerapkali kita sedih bila 'dia' berubah menjadi 'dia' yang lain, yang baru, tentu juga bukan 'dia' yang kita ada dulu....

Aduh...sedih sgt, perit sgt...seperti menangiskan air mata yang tidak mengalir, seperti luka yang taktau mana sakitnya.Mungkin hati kita selamanya mengharapkan 'dia' tidak perlu berubah, dan selagi hati kita merasakan 'dia' berubah kerana kita sebagai alasannya, kita harap2kan pasti satu hari 'dia' mengerti betapa amat kita mengharapkan semuanya kembali seperti dulu2,dan 'dia' mau jadi lagi seperti dulu2.

Entah..entah..kerana kita hanya jadi pelangi yang selalu muncul bila hujan yang turun akan berhenti. tak guna menjadi pelangi, kalau hujan di hati sendiri tak pernah berhenti. Biar 'dia' berubah. Dan kita harus berubah, bukan perlu menjadi orang lain, tetap berhenti menjadi pelangi, ohhh...cantik hanya kerana hujan yang turun, dan belum tentu muncul bila hujan berhenti.

Berubah lah kerana tentu 'dia' tak pernah ingin kita meratapi, mengharap pelangi ini setelah dia berikan kita hujan yang tak tahu waktu untuk berhenti...

Jangan mengharap lagi hujan ini akan berhenti. Tak usah bermain sandiwara hujan dan pelangi. Kerana ubah diri itu..untuk Pencipta Abadi, pelangi, hujan, bulan dan malam sepi..selebihnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk diri ini..

Cukuplah hari ini..harus berhenti menjadi pelangi yang sepi...

3 comments:

Anonymous said...

Errrrr...novel ke apa ni?

:P

Blogger Pahang

P/S: Boleh kenal?

Anonymous said...

Salam,

Boleh ajar macam mana nak tukar background yang comel ni? Saya baru belajar buat blog. Cantik templet yang cik kaktus pakai. Ajar ye. :)

bloggerpahang@gmail.com

petimasa said...

hi blogger pahang..nanti sy emel kat awk cane nk tukar template..sy pn bukan pandai pun... :P